Laman

Sistem Trellis Boleh Lipat Enovasi Bijak Pekebun, Baru Lah Mudah Nak Tuai Hasil

Share

Vertical landscape selain menjadi elemen menarik sesebuah landskap, ia juga merupakan ruang tambahan bagi anda yang memiliki kawasan yang terhad namun ingankan kehijauan. Selain vertical landscape, trellis juga punya manfaat yang sama. Selain itu juga, kebiasaanya ia digunakan sebagai habitat tanaman menjalar.

Bagi anda yang mempunyai kebun atau kitchen garden

, selain penyediaan struktur seperti pergola sebagai sokongan untuk tanaman menjalar seperti kacang panjang, petola, timun dan sebagainya trellis juga merupakan pilihan terbaik

Namun yang menjadi masalah apabila trellis yang dibina bersebelahan dengan dinding solid atau tembok pagar. Mesti bahagian yang berhampiran dinding menyukarkan anda untuk capai. Jadi, jika terdapat sayuran yang perlu tuai atau tanaman yang memerlukan penyelenggaraa, ia terpaksa diabaikan

Artikel berkaitan:
(VIDEO) Remaja Ini Tunjuk Cara Buat Bekas Hidroponik Dari Pasu Daiso RM 5.00


Wanita Ini Buat Bekas Hidroponik Guna Besen Kedai RM 2, Ini Hasilnya

Namun pekebun bandar dari Thailand ini mempunyai solusi tersendiri iaitu dengan membina trellis yang dilengkapi dengan engsel untuk memudahkan ia menuai sayuran yang terletak di bahagian yang sukar dicapai

Pemilik telah menanam remayung pada trellis 1.2m x 2m. Remayung adalah sejenis tanaman seakan bayam tetapi ia menjalar dan membiak dengan cepat.

lakaran menunjukkan mekanisma binaan trellis yang telah digunakan

Untuk mengikat struktur agar bediri tegah dan kukuh, pemilik telah menggunakan hook mudah alih atau Turn Buckle yang telah diletakkan pada dinding berhampiran. Apabila tiba masa untuk menuai atau melakukan penyelenggaraan pada bahagian yang sukar dicapai, buka kan sahaja bahagian hook.

penghargaan: hunsa.siamtodaynews.com

IKLAN