Sinki Ada Kesan Karat Lepas Gunakan “Drain Clog Remover”, Rupanya Ini Penyelesaian Mudah

Share

Sinki tersumbat? kebiasaanya, penyelesaian cepat popular yang diambila adalah dengan membeli cecair khas untuk menyingkirkan bahan yang tersumbat. Namun, tidak semua selesai dengan semudah itu. Ada sesetengah produk mengandungi asid yang akan bertindak balas pada permukaan metal lebih-lebih lagi jenis sinki stainless steel.

Mula lah pemilk gelabah nampak kesan seakaan karat mula muncul selepas penggunaan bahan tersebut. Di sental pun, sukar untuk hilang seperti yang berlaku keapda Khairi Nizar dalam perkongsiannya di dalam group Tukang Apa Hari Ini.

Salam warga tukang….. Saya ada beli benda ni di DIY. Katanye boleh buang apa-apa yang tersumbat di dalam paip. Tapi bila pakai, dia ada kesan di sinki le…. Boleh ajarkan ke macam mana nk keluarkan kesan ubat ni di sinki?

Melalui perkongsian tersebut, ramai mencadangkan En Khairi untuk menggunakan Autosol untuk menghilangkan kesan karat tersebut. Jadi, bagi anda yang alami masalah yang sama, boleh lah guna produk tersebut.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN