Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Suka Dekor Rumah, Tak Sabar Nak Renovasi Rumah Baru!

Share

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Suka Dekor Rumah, Tak Sabar Nak Renovasi Rumah Baru!. Seronok rasanya apabila suami isteri suka minat yang sama, barulah rasa sehati dan sejiwa. Macam pasangan serasi pelakon Shaheizy Sam,43 & Syatilla Melvin,34 ni, rupanya suami isteri bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah juga meminati dekor rumah.

Menerusi perkongsian ringkas di Instagram, Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla, mendedahkan mereka suami isteri memang suka dekor rumah. Namun demikian, apabila tinggal di rumah sewa membuatkan keterbatasan dalam mencurah idea untuk menghias rumah.

Tilla juga ada mendedahkan telah membeli rumah baru dan bakal berpindah tidak lama lagi. Malah turut berkongsi keterujaan untuk dekorasi dan renovasi pada kediaman tersebut.

“Laki bini jeneh suka deco-deco rumahh tapi tulahhhh, sayang sangat rumah ni rumah sewa😭 so tak boleh berkarya lebih-lebih,”

“Tak sabaqnya rasa nak reno rumah baru kami very soon😍 ada yang nak ikut journey kami buat rumah from scratch?😍 #fromplaintoinsan jelas Tilla.

Sam Rajin Bertukang, DIY Dekor Rumah

Menariknya, kebanyakan hasil dekorasi kediaman dilakukan sendiri secara DIY oleh pasangan ini. Tilla banyak berkongsi idea dekorasi rumah dan disokong serta dibantu oleh Sam, yang turut berbakat dalam kerja-kerja bertukang serta DIY.

Terbaru, Tilla meminta bantuan Sam untuk memasang langsir jenis ‘roller blinds’ bagi menggantikan langsir ‘sheer’ lama pada ruang tamu rumah mereka. Jelas Tilla lagi, apa sahaja kerja-kerja pertukangan di rumah, Sam sedia membuatnya.

Tila ‘Kaki Kemas Rumah’

Menurut Tilla, dia mengutamakan keadaan rumah yang rapi dan wajib bersih. Malah selesa membuat sendiri kerja-kerja pembersihan dan mengemas di rumah meskipun mempunyai pembantu rumah.

Selain itu, Tilla juga berkongsi baru sahaja membeli sofa dan bean bag baru yang dirasakan pilihan terbaik dan paling bijak dalam membeli perabot pada kediaman.

“Kemaih-kemaih supaya rumah sentiasa rapi and wajib bersih😍Bila sofa dan bean bag baru sampai masing-masing berebut nak lepak atas tu🤣 Memang empuk, besar & buat rumah rasa lebih hidup,”

“Tilla pilih design Amaya daripada Alia Bastamam x Furniture And Choice collection sebab dia simple and warna pun ngam dengan rumah kami😍dan juga Mira bean bag depa bukan main lagi selesa Subhanaallah, “

jelas Tilla.

IMPIANA: Memang untung bila pasangan tahu kerja-kerja DIY, memang jimat banyak. Bertuah Tilla, Sam rajin tolong dan pandai kerja-kerja DIY dekor di rumah, malah mempunyai minat yang sama dalam menghias kediaman. Tak sabar IMPIANA nak tunggu hasil dekorasi di rumah baru mereka nanti.

Mesti Baca: Cantik Rumah Rehat NABIL AHMAD, Luas & Lapang Berkonsep Terbuka!
Baca Lagi Di Sini: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Artikel Menarik: Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri 

Published by
Suhaidah Wahab