Penyaman udara atau aircond kini merupakan satu kemestian dalam setiap kediaman. Jangan hanya pandai guna sahaja, pemilik juga perlu ambil tahu serba sedikit tentang cara penjagaan perkakas tersebut.
Apabila sampai waktunya, aircond akan terasa panas dan tidak sesejuk seperti ketika baru dibeli. Ini menandakan aircond anda perlu di servis. Kebiasaannya kita akan panggil orang untuk seleggara aircond, tetapi melalui perkongsian saudara Ahmad Aqari ini, anda boleh servis sendiri aircond di rumah dengan modal lebih kurang RM20 sahaja!
Ads
Dalam video yang dimuat naik, Aqari ada menjelaskan step-by-step bagaimana untuk servis sendiri aircond di kediaman anda menggunakan satu bahan sahaja.
Ads
Jom kita semak pautan di bawah. Selamat mencuba!
Disebabkan PKP ni takde orang yang boleh datang rumah ke rumah untuk servis aircond. So, aku decide untuk servis sendiri aircond ni dengan hanya bermodalkan RM20 dan sedikit kerajinan. Korang pun boleh buat juga dekat rumah. Senang je. Yang penting sejuk.
Label pada bekas barang keperluan dapur, memudahkan kita mengenalpasti kandungan di dalam wadah. Ianya juga banyak membantu buat suami atau anak-anak yang tak berapa kenala bahan-bahan dapr tersebut. Kita pun, kadangkala boleh tak kenal lebih lagi pada tepung. Semua putih sahaja kan.
Selain menggunakan label khas, Amy Akim ada cadangan lebih mudah dan jimat. Tampal semula label bungkusan asal pada balang.
A : Mommy kenapa mommy tampal2 bekas tu..?
1. Senang nak suruh korang cari jenis barang.
2. Senang nak suruh ayah top up beli kalau stok habis.
Pakai sticker cantik-cantik kang korang tak cam packaging dia kan?
Tips ini idea mak sis..
Balang tu hasil dulu-dulu selalu beli Tart Nenas
Setakat kos pita pelekat lutsinar je, yg baik tak salah kan kita follow
Tips kampung je
Ini cuma sebahagian.
Milo, Tamar Cocoa, Nescafe, Teh semua mommy tampal jugak.
Orang laki selalu cakap tak tau.
Tamar Cocoa pun disangka Milo.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nak mendekor, lebih lagi buat kediaman bersaiz kompak perlu perancangan yang teliti. Ia dapat memastikan kediaman anda bukan sahaja cantik malah praktikal yang menjadi keutamaan. Nak merancang pun bukan mudah, perlu buat banyak rujukan.
Seperti yang dilakukan oleh ibu muda Scha Roslan. Kediaman jenis apartmen berkeluasan 900 kaki persegi diilhamkan dari tatapan yang tersdia di pintrest dan instagram.
Nak beli perabot dan aksesori rotan murah-murah boleh beli dekat kedai online ni (kilik sini https://invol.co/clqju2 )
Pemilik yang juga gemar lakukan kan DIY, memperuntukkan kos RM 4K untuk dekor keseluruhan rumah secara berdikit-dikit. Sehingga kini, kerja-kerja ubah suai masih diteruskan.
Tips saya, sebelum beli barang, cari inspirasi dulu macam mana nak deko supaya deko kita tak tunggang langgang. And follow je minat dan kreativiti kita. Selain barang-barang baru, boleh cuba beli barang secondhand/preloved untuk perabot dan hiasan yang lain daripada yang lain
Salah satu DIY dekor yang dihasilkan oleh Scha adalah frame nama. Boleh lihat video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.