Sentuhan Budaya Dalam Rekaan Interior: Tarikan Unik Restoran Bertema Floral Chic Klasik

Share

Di tengah kepesatan gaya hidup moden, restoran yang menggabungkan unsur budaya dan rekaan dalaman kreatif semakin menjadi pilihan. Salah satu pendekatan yang menarik perhatian adalah penggunaan sentuhan tradisional seperti kain batik, hiasan rotan dan susun atur bunga gantung yang membangkitkan rasa nostalgia, namun masih kekal relevan dengan cita rasa urban.

Restoran Budaya – Flavours of Malaysia memperkenalkan budaya sebagai lebih daripada sekadar restoran, ia adalah pengalaman budaya yang menyajikan warisan Malaysia melalui makanan. Suasana restoran ialah gabungan elemen moden dan tradisional yang mesra pengunjung.

Gabungan Warisan & Gaya Moden 

Penggunaan kain batik sebagai alas meja bukan sekadar hiasan,  ia membawa simbol budaya dan seni tekstil Melayu. Dalam masa sama, pemilihan kerusi moden dan pencahayaan lembut menjadikan suasana mesra dan selesa.

Lampu gantung rotan memberikan pencahayaan lembut, menambah sentuhan rustic tropika. Siling restoran yang dihiasi bunga gantung mewujudkan suasana romantik dan segar, seolah-olah pelanggan sedang menjamu selera dalam taman bunga.

Dinding berwarna pastel lembut dipadankan dengan kerusi kulit gelap dan meja dengan alas kain batik, menjadikan keseluruhan ruang tampil unik, seolah-olah makan dalam galeri seni berinspirasikan budaya tempatan.

Suasana Mesra & Instagrammable

Rekaan dalaman restoran seperti ini bukan sahaja menarik dari segi estetika, tetapi juga memberikan pengalaman makan yang lebih bermakna. Bagi generasi muda yang sukakan konsep ‘dine & snap’, suasana ini sangat memenuhi kehendak gaya hidup mereka.

Ruang makan terbuka ini tampil unik dengan gabungan elemen budaya dan kontemporari tropika. Lantai bercorak klasik mencetuskan aura vintage, manakala mural berwarna terang dengan elemen seni wanita tradisional memperkuat identiti budaya tempatan. Kerusi kayu bergaya retro dan meja marmar bulat memberi keselesaan santai, sesuai untuk suasana lepak atau makan petang. Tambahan pula, penggunaan lampu rotan gantung dan daun hijau hiasan pada siling memberi efek teduh dan sejuk, mencipta suasana ala warung moden yang sangat Instagrammable.

Kesimpulan:

Sentuhan budaya dalam rekaan dalaman restoran bukan sahaja menyerlahkan identiti tempatan, tetapi juga menjadikan ruang lebih cozy. Ia satu strategi bijak yang menggabungkan nostalgia, seni dan suasana santai dalam satu ruang makan yang mengujakan.

Lokasi:

Budaya Restaurant

21 Jalan Kamunting, OFF, Jalan Dang Wangi,

Kuala Lumpur,

Baca artikel lain juga: Atasi Masalah Salur Air Tersumbat Dalam Bilik Mandi. Guna Satu Alat Ini Saja

Bagai Di Hotel! 4 Tip Dekorasi Ini Mampu Jadikan Bilik Mandi Anda Tempat Paling Best Untuk Healing!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Putri