Senang Dan Mudah DIY Dinding Shiplap Guna “Maker pen” Je

Share

Memang tengah trend DIY shiplap wall. Jenis tampalan dinding (cladding) ini menghasilkan kesan visual seakan dinding kayu. Elemen ini amat sesuai dengan penerapan konsep farmhouse kediaman Puan Norpadilah Afandi.

Unik nya, kali ini Puan Norpadilah tidak menggunakan teknik tampalan papan, kayu mahupun MDF board. Tetapi hanya dengan Kuasa pen marker Sharpie sahaja. Lebih jimat dan cepat. Tambahan, kebanyakkan item dekor di rumah Puan Norpadilah adalah hasil DIY nya sendiri teramsuk perabot.

Pada yang suka DIY, paling tidak perlu ada satu cordless screwdriver ni untuk memudahkan kerja. Jenama berkualiti dan harga mampu milik adalah BLACK DACKER. Boleh beli online je (klik sini untuk beli https://invol.co/clqnz8)

Nak kongsi serba sikit perjalanan transformasi ruang tamu saya dari warna pumpkin kepada tema farmhouse rustic. Makan masa hampir dua tahun juga untuk kumpul material sebab hampir semua diy sendiri. Modal hanya beli langsir ( sbb masa tu pkp kedai kain semua blm blh operasi ), cat, kayu batang penyapu buat rod langsir, besi L bracket kedai ecoshop, bantal2 gebu, dan karpet

Yang diy :

  • Dinding batu saya buat shiplap guna pen marker saja ( sbb xde bajet )
  • Meja kopi box dari pallet
  • Meja console dari pallet
  • Rak dari laci terpakai
  • Box crate dari pallet

Hiasan2 dinding dari tingkap, frame gambar lama dan daun pintu terpakai.
Sofa tu pun sebenarnya owner dia dah buang jadi saya repair semula. Sangat2 low bajet cuma makan masa dan tenaga since saya buat semua sorang2 dan ada baby umur 1thn 4 bln. Tapi berbaloi lah semua kesabaran tusaya sgt puashati hasilnya.

Pintu lama jumpa di buangan sampah, bersihkan dan cat rustic look. Box crate saya diy guna kayu pallet.

Meja console juga diy guna kayu pallet

Daun tingkap lama, kerusi/bench & wreath akar pokok saya diy.

Rak tangga dari laci terpakai diy saja

Yang macam besi hitam tu sebenarnya tali pinggang en.somi, kita buat decor situ.

Cara DIY Shiplap Wall Menggunakan Sharpie

Dinding shiplap guna marker pen permanent sharpie. Jarak 5.5 inci.

Pembaris panjang, pembaris timbang air dan pen aharpie digunakan untuk buat faux shiplap.

Guna pembaris timbang air utk lurus

 

IKLAN