Semak Nilai Pasaran Rumah Sebelum Jual – Elak Rugi & Dapat Tarik Pembeli

Apabila mahu meletakkan harga jualan rumah, langkah pertama yang paling penting ialah memastikan nilai pasaran rumah sebenar bagi hartanah tersebut. Harga yang selari dengan nilai pasaran atau sedikit lebih rendah jauh lebih mudah menarik pembeli dan mempercepatkan proses jual beli.

Peranan Agen Hartanah Dalam Menentukan Nilai Pasaran Rumah

Di sinilah peranan agen hartanah sangat diperlukan. Agen yang bertauliah bukan sahaja membantu pemilik rumah mendapatkan anggaran nilai tepat, malah mereka juga mencadangkan harga paling realistik berdasarkan keadaan pasaran semasa. Biasanya pemilik cenderung meletakkan harga lebih tinggi kerana mahukan pulangan maksimum. Lumrah — “Mana ada orang nak buat rugi dalam urusan jual beli.. Orang yang lagi kaya pun lagi particular dalam bab nie.” Tetapi tanpa semakan nilai, harga itu mungkin tidak munasabah untuk dijual.

Semak Nilai Pasaran Rumah Sebelum Jual – Elak Rugi & Dapat Tarik Pembeli

Contoh Perbandingan Harga & Nilai Pasaran Rumah

Ambil situasi ini sebagai contoh: pemilik mahu menjual pada harga RM500,000. Namun selepas agen hartanah membuat semakan, nilai sebenar pasaran rumah hanyalah sekitar RM400,000. Dalam keadaan begitu, agen akan menasihatkan supaya harga ditetapkan tidak melepasi RM400,000 kerana itulah nilai maksimum yang bank mampu tawarkan untuk pembiayaan. Sebagai pembeli pula, siapa sanggup membeli pada harga RM500,000 jika nilai pasaran cuma RM400,000? Bank hanya luluskan RM400,000, dan mustahil pembeli sanggup keluarkan RM100,000 tunai sebagai baki.

Ads

Agen Hartanah Tidak Boleh Markup Harga Sesuka Hati

Satu fakta yang ramai tidak tahu, komisen agen hartanah sebenarnya meningkat apabila harga rumah lebih tinggi. Namun mereka tetap terikat dengan nilai pasaran dan tidak boleh sesuka hati menaikkan harga kerana akhirnya proses jual beli tidak akan berjalan. Kerja mereka bukan mengejar komisen, tetapi memastikan transaksi dapat diselesaikan dengan betul berdasarkan nilai sebenar pasaran rumah.

Semak Nilai Pasaran Rumah Sebelum Jual – Elak Rugi & Dapat Tarik Pembeli

Mitos & Realiti Tentang Agen Hartanah

MITOS: Agen Hartanah nie semua markup harga rumah
REALITI: Agen Hartanah akan jual rumah ikut value rumah dan tak boleh markup sesuka hati. Yang selalu markup harga tu BROKER. Ore Kelate gelarkan mereka nie BROKER MAUT

Ads

Langkah Bijak Sebelum Menetapkan Harga Jualan Rumah

Jadi sebelum memutuskan harga jualan, dapatkan dulu semakan nilai daripada sumber yang betul seperti agen hartanah berdaftar, bank, valuer profesional, Brickz, JPPH atau NAPIC. Dengan maklumat tepat tentang nilai pasaran rumah, pemilik dapat meletakkan harga yang masuk akal, pembeli tidak terbeban, dan transaksi berjalan lebih lancar.

Kesimpulannya, semak dahulu nilai pasaran rumah anda sebelum menentukan harga jualan. Langkah kecil ini boleh mengelakkan kerugian besar, mempercepatkan jual beli, dan memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat.

Ads

Sumber: Amierul Marresya 

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads