Sekarang ini video pendek proses menghasilkan sesuatu yang kreatif atau lebih kepada DIY (Do It Yourself) semakin banyak di media sosial. Ramai yang tertarik dengan kreativiti proses penghasilan sesuatu objek itu kerana ia mampu untuk dihasilkan sendiri. Namun, ramai juga yang hanya sekadar suka melihat dan tidak yakin untuk menghasilkannya.
DIY atau Do It Yourself merupakan istilah yang digunakan untuk membuat, inovasi atau memperbaiki sesuatu benda oleh diri sendiri atau bersama rakan dan keluarga. Kerja-kerja DIY ini dilakukan bagi menguji kreativiti dan ekspresi diri selain daripada dapat menjimatkan kos. Bagi anda yang ingin melakukan kerja-kerja DIY, jangan khuatir kerana anda pasti yakin selepas mengikuti beberapa tip ini.
7 Tip Perlu Tahu Sebelum Membuat DIY
BACA ARAHAN BERULANG KALI
Sebelum melakukan DIY, anda harus baca dan fahami arahan dengan betul supaya tiada kesilapan ketika proses pembuatan. Penyediaan bahan serta kelengkapan haruslah sempurna mengikut arahan yang diberikan.
LUASKAN KREATIVITI
Anda tidak perlu mengikut bahan rujukan sepenuhnya. Jika anda mempunyai idea yang lebih kreatif, anda boleh mengolah sendiri hasil DIY yang ingin dihasilkan. Sebagai contoh, jika DIY itu melibatkan fabrik yang kosong, anda boleh mengubahnya dengan menggunakan fabrik bercorak dan ia lebih menarik.
3. JANGAN TERLALU TERBURU-BURU
Bagi menghasilkan sesuatu anda perlu kesabaran dan ketelitian. Memanglah video yang anda rujuk itu duration hanya 1 minit setelah di edit. Namun, jika anda terlalu menggesa pasti hasilnya nanti akan mengecewakan. Ikutlah arahan mengikut urutan yang diberikan. Jika anda berasa tidak yakin, rujuk semula arahan yang diberi.
4. MURAH TETAPI BERKUALITI
Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk melakukan DIY kerana aktiviti ini banyak menggunakan barangan terpakai. Anda hanya perlu mendapatkan barang asas yang terpakai dan peralatan yang lengkap. Anda pasti berasa bangga setelah dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dengan mengeluarkan kos yang rendah.
5. JANGAN MENYERAH
Jangan sesekali menyerah kalah sekiranya anda gagal dalam percubaan pertama. Pasti terdapat kesilapan pada bahan atau cara anda lakukan. Kenal pasti punca dan baiki atau lakukannya sekali lagi.
6. PERBANYAKKAN RUJUKAN
Anda harus banyak membuat rujukan supaya lebih peka terhadap keperluan yang boleh didapati. Sebagai contoh, rujukan pertama menggunakan bahan yang sukar untuk anda dapatkan, lantas anda boleh mencari rujukan lain yang sama hasilnya namun menggunakan bahan berlainan.
7. PERALATAN LENGKAP
Jika ingin melakukan pertukangan haruslah mempunyai peralatan lengkap. Jika tidak, proses DIY anda tergantung begitu sahaja. Dapatkan peralatan secukupnya, jangan sesekali memulakan aktiviti DIY tanpa peralatan lengkap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi. Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman, namun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrit yang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalakan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi. Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan.
Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi. Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
TIP IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Gambar, lukisan atau karya seni lain merupakan hiasan dekorasi yang hampir selalu ada di setiap kediaman . Memasukkan gambar ke dalam bingkai kemudian menggantungkan di dinding sudut sofa. Namun ramai yang keliru bagaimana hendak menyusun bingkai-bingkai itu pada dinding. IMPIANA kongsi kepada anda 9 cara unik dan kreatif bagaimana kedudukan menghias pelbagai bingkai pada ruang sofa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tinggal di rumah tidak semestinya selamat. Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan kejadian rompakan di kediaman. Penjenayah semakin berani bertindak walaupun di siang hari. lantas kita haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri dan rumah. Berikut antara tips keselamatan yang perlu anda ketahui.
1. Pastikan pintu dan tingkap dikunci rapat walaupun di siang hari.
2. Perhatikan kawasan sekitar sebelum memasuki kawasan rumah, pergerakan anda mungkin sedang diperhatikan
3. Simpan nombor-nombor penting untuk kegunaan kecemasan seperti jiran tetangga, pegawai polis kawasan, pondok polis berhampiran, rukun tetangga, pondok pegawal dan individu terdekat. Letakkan dalam telefon bimbit dan tampalkan juga di tempat yang mudah dilihat.
4. Jika boleh, elakkan anda atau ahli keluarga anda tinggal bersendirian.
5. Simpan dokumen-dokumen penting dan barang bernilai di tempat yang sulit.
6. Pasang selak pintu dari dalam serta alat pengera keselamatan
7. Jangan sesekali memberikan kunci rumah kepada individu yang datang untuk membaiki rumah/paip/sinki atau memasang lampu/kipas dan sebagainya. Pastikan anda memantau kerja-kerja yang dilakukan dan sebaiknya tidak bersendirian.
8. Sebelum mengunci pintu, periksa bahagian dalam rumah – di balik pintu, dalam tandas, dalam almari, di balik langsir, di bawah katil atau di mana-mana bahagian yang meragukan
9. Jangan bukakan pintu rumah/pagar kepada individu yang tidak dikenali/diragui.
10. Penceroboh mungkin menggunakan ilmu sihir. Amalkan ayat-ayat Quran tertentu sebagai pendinding diri. Seorang teman pula mencadangkan agar membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan pukau.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.