Laman

Sebelum Beli, Wajib Tahu Jenis-jenis Limau Mandarin Yang Sedap

Share

Tahun Baru Cina semakin menjelang tiba. Masa ni lah, buah limau mandarin antara barang “must have” ketika ini.Terdapat pelbagai pilihan limau mandarin di pasaran bergantung kepada saiz, kualiti dan jenis nya. Setiap jenis mempunyai rasanya yang berbeza walaupun kelihatan fizikal nya hampir sama. Nak tahu jenis apa, baca artikel yan telah disediakan

Paling Popular: PONKAN
Asal: Taiwan
Rasa: Kebiasaanya ponkan berasa manis dengan sedikit cetusan masan dihujung-hujung lidah. Tetapi ia tidak mempunyai jus yang tinggi seperti lukan.
Ciri-ciri:

Saiz sebiji Pokan lebih kurang saiz tapak tangan dewasa. Ini bermakna ia agak besar dengan kulitnya yang licin. Warna Nya sedikit terang jika dibandingkan dengan Lukan dan mudah dikupas

Manis Dan Berjus: LUKAN
Asal: Cina
Rasa: Lebih manis dan berjus jika dibandingkan dengan PONKAN. Mandarin jenis ini amat sesuai untuk digunakan sebagai ramuan di dalam masakan kerana ia tahan kepada panas dan tidak mudah benyek
Ciri-ciri: Lukan bersaiz lebih kecil dari Ponkan. Namun, kulitnya lebih nipis dan sedikit menggerutu. Adakalanya, terdapat tompok hitam pada kulit

Tahan Laman: SWATOW
Asal: Cina
Rasa: Rasanya lebih masam
Ciri-ciri: Swatow lebih besar dari saiz limau Ponkan dan Lukan. Kulitnya juga lebih tebal berbanding dua di atas dengan teksturnya yang kasar dan sedikit sukar untuk dikupas. Namun, ia mampu bertahan untuk tempuh 6 bulan berbanding limau mandarin lain yang hanya tahan 3 bulan selepas masak ranum.

Sangat Wangi: MIKAN
Asal: Cina
Rasa: Mikan antara buah limau manderin yang paling masam tetapi ia mempunyai aroma citrus sangat kuat.
Ciri-ciri: Ia merupakan buah limau mandarin yang paling kecil berbanding jenis lain dan mempunyai kulit nipis berwarna kekuningan. Namun, limau jenis ini hanya mampu bertahan 2 minggu selepas masak ranum

Paling Manis: EMPEROR TANGERINES
Asal: Cina
Rasa: Jenis limau manderin yang paling digemari kerana rasa dan aromanya yang sejati. Namun rasa manisnya tidak bertahan lama. Setalah seminggu dipetik, rasa enaknya semakin berkurangan
Ciri-ciri: Saiznya hanya 1/3 daripada saiz Ponkan. Kulitnya nipis namun sangat mudah untuk dikupas

Paling Mudah Dikupas: DEKOPON
Asal: Jepun
Rasa: Limau manderin jenis ini tidak berbiji dan mempunyai rawa manis serta segar. Ia mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding yang lain. Disamping itu juga, kulit setiap ulas dan sacs limaunya lebih lembut dan berkualiti.
Ciri-ciri: Warna kulitnya sedikit cerah dan permukaanya kasar. Terdapat benjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran tangkai

 

IKLAN