
Baru berpindah tetapi masalah muncul, lipan merayap masuk ke dalam rumah terutama waktu hujan, membawa kebimbangan lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Bukan sahaja risau digigit, tetapi ketidakselesaan psikologi sudah cukup besar.
Mengapa lipan suka masuk rumah, risiko yang anda perlu tahu dan tip praktikal untuk cegah masalah ini supaya keluarga anda boleh tidur lena.
Lipan adalah makhluk malam (nocturnal) dan gemar tempat gelap, lembap dan tidak terganggu, bawah sinki, saluran air, celah dinding, tangki air dan lantai bilik mandi adalah “spot” kegemarannya.
Lipan juga “turut makan” serangga lain seperti lipas, semut dan cacing, kalau rumah anda ada “makanan” mereka, lipan mahu ikut sekali.
Lembap dan air terkumpul – Paip Bocor, longkang tersumbat, bilik air lembap menarik lipan mencari kelembapan
Lubang dan celah dinding/ bangunan – Retak, pintu dan tingkap bocor atau tidak rapat menjadi laluan masuk bagi lipan
Longgokan sampah daun, kayu reput atau akar tumbuhan – Tempat persembunyian dan pembiakan lipan
Gunakan plaster atau sealant untuk menutup rekahan dinding, celah pintu/tingkap dan lubang paip.
Pastikan pintu bilik air, bilik stor atau ruang bawah rumah tutup rapat dan tidak ada ruang gelap kecil yang boleh diselit lipan.
– Pastikan bilik air, kawasan dapur atau tempat basuh tidak “berkurap” air.
– Pastikan saluran air dan longkang tidak tersumbat.
– Lap kawasan basah dan elak genangan air dalam rumah, lipan suka tempat lembap.
– Gunakan kipas ekzos atau ventilasi dalam bilik air untuk sirkulasi udara.
Garam – tabur sedikit garam di celah dinding atau titik lembap. Garam boleh mengeringkan lipan.
Daun pandan – bau pandan disukai manusia, tetapi tidak lipan; letak hirisan pandan di tempat strategik.
Serai wangi – bau serai juga agak tidak disukai oleh banyak serangga termasuk lipan.
Minyak pati (peppermint, eucalyptus) – titiskan pada kapas dan letakkan di sudut; bau boleh jadi penghalang bahan semula jadi.
Kurangkan populasi serangga lain di dalam dan luar rumah seperti lipas, semut, cacing dan perosak lain. Bila “makanan” lipan berkurang, mereka tiada alasan untuk kekal.
Elak longgokan kayu reput, daun kering, akar tumbuhan rapat dinding rumah atau ranting dekat dinding. Singkir objek yang boleh jadi habitat lipan.
Jika perlu, bawa masuk pengawal serangga profesional. Kalau anda sedang menghadapi masalah lipan di rumah, mula dengan langkah mudah hari ini. Jangan tunggu sampai satu malam anda jumpa lipan merayap atas kerusi. Masalah lipan terlalu banyak atau tak dapat dikawal sendiri, panggil pengawal serangga (pest control). Teknik seperti residual spraying, foam injection ke ruang tersembunyi dan rawatan chemis boleh bantu membasmi lipan tersembunyi.
Masalah lipan dalam rumah terutama waktu hujan bukan isu kecil, ia boleh menyusahkan dan membawa risiko kepada penghuni. Tetapi, langkah pencegahan awal sangat penting:
– Pastikan rumah rapat dan kering
– Tutup pintu dan celah yang berpotensi
– Gunakan repeler semula jadi
– Keluarkan “makanan” lipan
Mesti Baca: Tampil ‘Bold & Vibrant’, Terjemahan Konsep ‘Mixed Culture’ Serlah Keunikan Dekorasi ‘House de Verde’
Baca Lagi Di Sini: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’
Artikel Menarik: Perancangan Teliti Pemilik Realisasikan Kediaman Konsep Terbuka Inspirasi Modern Mediterranean