Rumah Banglo Bakal Dilelong, Kilafairy Nafi Milik Arwah Ibunya, Allahyarham Rohana Jalil

Share

Rumah banglo bakal dilelong, Kilafairy nafi milik arwah ibunya, Allahyarham Rohana Jalil. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Selangor Auction Property yang memaparkan sebuah rumah banglo 2.5 tingkat lot sudut di SS18, Subang Jaya, ditawarkan pada harga lelong RM1.2 juta.

Rumah Banglo Bakal Dilelong, Kilafairy Nafi Milik Arwah Ibunya, Allahyarham Rohana Jalil

Kediaman itu dikatakan atas nama seorang ibu dan anak, di mana si ibu merupakan seorang penyanyi lagenda tanah air yang meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru dua tahun lalu.

Spekulasi mula timbul apabila rumah tersebut dikaitkan dengan penyanyi era 80-an, Allahyarham Rohana Jalil. Tindakan lelongan ini juga menimbulkan persoalan netizen memandangkan tidak diketahui sebab rumah berkenaan tidak dihuni selepas pemergian Allahyarham.

Laporan Mstar Online menyebut, lelongan tersebut merupakan yang pertama kali dibuat dan nilai rizab yang ditetapkan mahkamah adalah RM1.2 juta, jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa yang dianggarkan sekitar RM1.7 juta.

Susulan penularan maklumat itu, anak kepada Allahyarham, pelakon dan penyanyi Kilafairy tampil memberikan penjelasan bagi menghentikan salah faham berhubung status rumah tersebut.

“Rumah itu bukan milik arwah mama, itu rumah saya. Saya jaga elok-elok dan tidak akan jual,” tegas Kilafairy.

Beliau turut menafikan bahawa rumah itu akan dilelong atau dijual seperti yang diperkatakan di media sosial.

Dalam pada itu, Kilafairy mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menyinggung hati keluarganya yang masih dalam fasa berduka atas kehilangan ibu tercinta.

“Saya tak nak komen banyak sebab benda ini tak betul. Tak ada siapa pun tanya saya sebelum kongsi benda yang tak sahih.”

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa sebuah rumah banglo milik penyanyi terkenal era 80-an akan dilelong dalam masa terdekat, namun tiada pengesahan identiti pemilik rumah yang disebut. Situasi ini membuka ruang kepada pelbagai andaian dan spekulasi netizen.

Untuk makluman, Allahyarham Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir pada 20 Jun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman dalam darah serta komplikasi pelbagai organ. Jenazah beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sumber: Mstar  Selangor Auction Property’s post Instagram Kila Fairy

Baca artikel lain juga: BELI RUMAH Jangan Hanya Sebab Cantik, Kena Tahu Plan Jangka Panjang ELAK Kena Lelong

Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi