RUANG MAKAN HIDANG IDEA AMALI DAN KESELESAAN. PILIHAN TEPAT SAJIKAN KESELESAAN.

Share

Mungkin ramai di kalangan tuan rumah yang lebih senang memilih elemen amali untuk menghias ruang makan daripada perhiasan atau kerawang berlebihan. Ruang makan sewajarnya tidak menyusahkan anda untuk duduk, bangun, apa lagi untuk menghidang. Lebih-lebih lagi anda yang sibuk melayan kerenah anak-anak.

Adakala ruang makan umpama medan peperangan  demi untuk memberi makan anak-anak. Kita sendiri adakala letih nak membersihkan meja makan yang begitu panjang dan besar. Apatah lagi jika kerusinya sama berat dengan kerusi ruang tamu.

Kepada yang mempunyai pembantu mungkin lebih bernasib baik. Bagaimana kepada yang tidak ada sesiapa yang sudi membantu? Apakah pilihan terbaik untuk kita memilih meja makan? Pakar menyatakan rona panas seperti merah, jingga dan kuning sesuai untuk ruang makan. Ia menjadikan kita lebih berselera.

Namun bukan semua yang gemar rona seumpama ini. Tetapi bayangkan pul anda memilih rona ungu  tua atau biru nila di ruang makan? Terbukakah selera anda? Jika ya baguslah…Jadi pastikan anda memilih rona hangat  untuk ruang makan. Paling penting adalah pemilihan meja makan yang tidak mengganggu lalu lintas di dalam kediaman. Bulat merupakan pilihan terbaik. Cuma tidak ramai orang kita yang menggemari bentuk bulat sedangkan ia mesra ruang dan tidak mempunyai bucu tajam.

Kebelakangan ini pula ramai di kalangan kita yang meminati ruang makan berkerusi moden. Kerusi selesa dengan rekaan kaki bangku yang menarik, menjadi aliran di kalangan tuan rumah kini. Malah gaya kerusi berbeza reka bentuk dalam sebuah set ruang makan menjadi idea pereka untuk menjadikan suasana di ruang lebih girang. Jika anda, pilih yang mana satu? Simple-simple je di IMPIANA.

IKLAN