Ruang Kecil, Impak Besar: Trik Simpanan & Susun Atur Bijak Untuk Rumah Comel

Share

Tak semua orang ada rumah besar, tapi itu bukan alasan ruang kecil tak boleh nampak wow! Dengan trik simpanan bijak dan susun atur kreatif, rumah comel pun boleh jadi luas, kemas, dan super stylish.

  1. Guna cermin besar untuk ilusi ruang

Letak bertentangan tingkap, terus nampak luas dan cerah.

2.Pilih perabot kaki tinggi

Senang bersihkan bawah, ruang rasa lapang, dan boleh selit storage bakul atau kotak.

3.Pasang rak terapung

Boleh letak buku, dekor, atau barang dapur tanpa makan ruang lantai.

4.Guna pintu sliding atau pintu lipat

Jimat ruang berbanding pintu biasa yang perlukan ruang bukaan.

5.Pilih warna cerah dan motif minimalis

Dinding putih, pastel atau nude buat ruang nampak lebih “lega”.

6.Gantung barang guna rail atau hook

Contohnya di dapur dan bilik air—semua barang mudah capai, tak perlu kabinet besar.

Kesimpulan:

Rumah kecil tetap boleh nampak luas dan kemas kalau pandai guna storage tersembunyi dan perabot multi-fungsi. Susun barang dengan kreatif, pastikan hanya simpan yang perlu—confirm rumah sentiasa selesa!

Baca artikel lain juga: Ubahsuai Bilik Siling Tinggi Bina Loteng, Makeover Rumah Teres Lama Usia 35 Tahun

Artikel lain: Ubah Suai Indoor Laundry & Dapur Basah, Tak Perlu Risau Baju Kena Hujan

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

 

Published by
Putri