Setiap orang inginkan kediaman cantik. Tak kiralah bajet banyak mahupun sikit, paling tidak pepatah “RUMAH KU SYURGA KU” perlu direalisasikan. Yang penting bila pulang ke rumah selepas seharian penat melunaskan kerja di pejabat, perasaan rasa tenang dan tenteram.
Seperti yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett. Dari sebuah bilik, ia dijadikan dapur. Tak cukup hanya disitu, dapur yang dibina diubah suai menjadi sebuah ruang cantik bak insta-worthy dengan modal RM 200 hanya menggunkan barang-barang dari kedai bajet ECo dan Mr. DIY
Artikel berkaitan
Ads
Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri je hehe.
SINKI SEBELUM SINKI SELEPAS
Struktur sinki telah dibina sendiri oleh suami dengan menggunkan kayu. Untuk menutupi bahagian lompong bawah sinki, langsir plastik RM 8 (MR. DIY) untuk bilik mandi (shower curtain) dipotong dua dan dijahit
Frame rm8 (mr.diy)
Bunga rm20 (mr.diy)
Para plastik rm17 (mr.diy)
Ads
TEMPAT BANCUH KOPI SEBELUM TEMPAT BANCUH KOPI SELEPAS
Lebihan langsir plastik yang digunakan untuk menutupi bahagian bawah sinki diletakkan sebagai penutup bawah meja bancuh kopi
Bunga rm10 (mr.diy)
Rak rm15 (mr.diy)
Ads
TEMPAT MASAK SEBELUM TEMPAT MASAK SELEPAS
Bidai rm23 (mr.diy)
Rak bawang rm25 (mr.diy)
Frame (rm15) mr.diy
Bekas sudu (eco Rm2)
CARA NAK BUAT LANGSIR SINKI DAN MEJA KOPI1. Potong dua langsir plastik (shower curtain)
2. Lipatkan bahagian hujung dan jahitkan (suami buatkan jarum dari straw)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah teres jenis setingkat milik Mohd Firdaus Tahir yang bertempat di Klang, Selangor dengan keluasan 1500 kaki dilengkapi dengan ruang tamu yang cukup selesa, tiga bilik tidur dan sebuah dapur yang melengkapkan nadi kediaman ini.
Pastinya ramai akan teruja dengan cerita di sebalik kediaman ini, dengan hanya berbelanja kecil tetapi rumah milik peribadinya ini mampu kelihatan seperti sebuah syurga mahligai indah serba lengkap. Inilah yang dikatakan bijak berbelanja menang memakai.
Anak kedua dari empat beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini memilih konsep moden dan Inggeris bagi kediamannya. Bukan itu saja malah gabungan moden dan Inggeris ini tidak mengehadkan Mohd Firdaus untuk berkarya.
“Ruang tamu diwujudkan dengan ciri-ciri tenang mendamaikan, pilihan warna lembut dan warna asas yang sesuai menjadikan kediaman saya cukup selesa. Saya jenis yang cukup minat dalam bidang dekorasi dan tak suka terikat dengan satu. Jadi saya ambil keputusan untuk mix and match hiasan dalaman rumah.
“Bagi rumah saya yang agak kecil, saya cuba elak menggunakan warna gelap sebabnya warna sebegini akan membuatkan ruang tamu nampak sempit. Sebaliknya saya gunakan warna-warna yang lembut untuk memberikan impak luas pada sesuatu ruang. Warna terang boleh digunakan pada salah satu dinding untuk dijadikan fokus utama sesuatu ruang,” ujar Mohd Firdaus membuka bicara.
Beli Barangan Yang Digemari
Ketika berbual-bual dengannya, Mohd Firdaus menerangkan secara keseluruhan hiasan rumah adalah daripada ideanya sendiri. Bagi mendapatkan idea baru, dia gemar berkunjung ke kedai-kedai hiasan dalaman. Pada waktu itu dia akan membeli barang perhiasan yang digemari dan sesuai dengan kediamannya.
“Saya tidak berkira sangat mengenai harga barang perhiasan yang saya beli asalkan berkualiti, cantik dan tahan lama. Setakat ini saya telah peruntukan untuk dekorasi dan perabot lebih kurang RM40,000 tanpa sebarang pengubahsuaian rumah.
“Bagi saya biarlah rumah kita nampak cantik dan menggembirakan hati kerana rumah adalah tempat berehat setelah pulang daripada kerja. Malah saya sanggup berhabis untuk mempunyai dekorasi pilihan hati sebab ia memberi kepuasan kepada saya.
“Inspirasi untuk menghias datang melalui majalah dekorasi, Internet, Grup Dekorasi, showroom IKEA dan showroom SSF. Sebab dari situ saya ambil idea cara susunan dan hiasan rumah agar nampak lebih kemas,” tambah Mohd Firdaus yang menggemari ruang tamu dan ruang makanan kerana kedua ruang ini merupakan tempat yang paling kerap dirinya menghabiskan masa.
Minat Hias Rumah Sejak Kecil
Bertugas sebagai jurutera minyak dan gas, Mohd Firdaus yang berasal dari Kedah ini minat menghias rumah sejak dari kecil.
“Minat saya bercambah sejak kecil terhadap hiasan rumah apabila selalu tengok ibu mengemas rumah. Dalam masa yang sama saya memang suka tengok benda cantik dan menarik.
“Bagi saya tak salah rasanya jika lelaki pun suka menghias rumah. Malah ada sesetengah lelaki berkemas lebih cantik dan kemas. Tapi dalam bab menghias ini kena tengok pada kemampuan diri sendiri. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Saya menghias mengukur bajet yang termampu.
“Saya sebenarnya minat menghias sejak zaman duduk rumah sewa yang lama lagi. Walaupun berkongsi sampai enam orang satu rumah tetapi saya tetap menghias mengikut kemampuan waktu tu,” tambah Mohd Firdaus yang akan membersihkan kediamannya seminggu sekali dan menjadikan penyedut hampa gas sebagai sahabat untuk memudahkan kerja menyedut segala habuk.
Walaupun rumah yang didiami hanyalah rumah sewa, namun Mohd Firdaus tidak menjadikan ia satu penghalang. Malah keluasan rumah yang agak terhad memberi cabaran dalam menyusun atur dalaman rumah nampak tidak serabut dan kemas.
Mohd Firdaus juga menjelaskan dia sudah memiliki rumah sendiri namun masih belum terfikir untuk meninggalkan rumah sewanya yang cukup selesa ini.
Mohd Firdaus Kongsi 10 Tips Rumah Sentiasa Tampak Bersih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan semua orang ada keberanian untuk memilih sofa atau tempat duduk di ruang tamu dengan warna-warna yang terang seperti merah, biru atau ungu. Bukan sahaja takut ruang tampak sesak malah bimbang tidak berpadanan andatara satu sama lain. Jadi IMPIANA kongsikan gaya ruang tamu yang di hiasi dengan sofa rona terang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dapur merupakan tempat di mana kita akan menghabiskan masa untuk makan, bersosial dan melayan tetamu. Jadi tempat duduk yang terhad boleh membuatkan keinginan ini terbantut.
Jika dapur anda memiliki kawasan yang luas dan ada ruang yang ‘mati’ dan kekok, boleh digunakan idea ruang makan santai yang lebih privasi untuk menambah jumlah tempat duduk di meja makan.
Tidak kira meja anda bulat, bujur atau segi empat, asalkan ada ruang untuk membinanya pasti tiada masalah. Mari lihat enam idea yang charming dan menarik ini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!