
RHM Design & Construction Sdn. Bhd., sebuah firma reka bentuk dalaman premium Bumiputera yang semakin menonjol dalam landskap reka bentuk Malaysia, melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran ibu pejabat (HQ) baharu serta pengenalan RHM Luxe, segmen eksklusif yang disasarkan kepada pelanggan berprofil tinggi dan berkeperluan tersendiri.
Lebih daripada sekadar pengembangan perniagaan, langkah ini memperlihatkan hala tuju jelas RHM Design & Construction, meletakkan kekuatan kreatif pengasasnya sebagai teras utama jenama, selari dengan keperluan pasaran yang semakin matang dan selektif dalam dunia reka bentuk dalaman premium.
Dari Studio Kecil ke Jenama Dipercayai

Ditubuhkan pada tahun 2015, RHM Design & Construction telah menyiapkan lebih 1,009 projek kediaman dan komersial di seluruh Malaysia. Namun di sebalik angka tersebut, kekuatan sebenar RHM terletak pada pendekatan reka bentuk yang konsisten, berfokus kepada manusia, gaya hidup dan fungsi jangka panjang.
Pengasasnya, Nurul Amira, lebih dikenali sebagai Akak Interior di TikTok, bukan sekadar pereka, tetapi figura kreatif yang memahami perubahan cara orang moden melihat ruang kediaman. Bagi Amira, rumah bukan hanya cantik di kamera, tetapi perlu hidup, berfungsi dan bertahan mengikut masa.
Pendekatan inilah yang menjadikan hasil kerja RHM mudah dikenali , kemas, praktikal dan tidak terikat dengan trend sementara. Ia memperkukuh kedudukan RHM sebagai salah satu firma reka bentuk dalaman premium paling dipercayai di Malaysia.
RHM Luxe, Evolusi Kepada ‘Curated Luxury’

Menjelang ulang tahun ke-10 syarikat, Amira memperkenalkan RHM Luxe sebagai kemuncak kepada perjalanan kreatifnya selama sedekad dalam industri.
Menurut beliau, keperluan pelanggan hari ini telah berubah.
“RHM Luxe bukan sekadar premium service. Ia adalah curated luxury — rekaan yang benar-benar disesuaikan dengan personaliti, aspirasi dan gaya hidup pelanggan. Mewah itu subjektif, tetapi fungsi dan emosi ruang adalah sesuatu yang universal,” jelas Amira.
RHM Luxe menumpukan kepada pengalaman pelanggan yang lebih peribadi, dari sesi konsultasi mendalam, pemilihan material berkualiti tinggi, hingga kepada hasil akhir yang bersifat timeless dan eksklusif — ciri yang menjadikan RHM antara peneraju reka bentuk dalaman premium di Malaysia.
Kreativiti Yang Realistik, Bukan Sekadar Estetika
Salah satu kekuatan utama Amira ialah keupayaannya menterjemah impian pelanggan kepada ruang sebenar tanpa mengorbankan kegunaan harian. Ini turut ditegaskan oleh Strategic Partner & General Manager RHM, Nurul Asiqin Binti Mohd Rashid.
“Tak ramai pereka yang boleh kekalkan ‘eye for design’ secara konsisten selama 10 tahun. Amira nampak potensi ruang yang orang lain terlepas pandang. Rekaan dia cantik, tapi realistik. Mewah, tapi masih praktikal untuk kehidupan seharian,” ujar Asiqin.
Pendekatan ini menjadikan RHM bukan sekadar penyedia perkhidmatan reka bentuk, tetapi rakan strategik kepada pemilik rumah dan pemilik perniagaan yang mahukan pelaburan ruang yang berbaloi serta beridentiti eksklusif.
Media Sosial Sebagai Platform Pendidikan & Pengaruh
Selain projek fizikal, kekuatan Amira turut terserlah di platform digital. Melalui TikTok, beliau berkongsi ilmu reka bentuk, perspektif industri dan realiti di sebalik dunia reka bentuk dalaman premium, pendekatan yang menjadikannya antara personaliti reka bentuk paling berpengaruh dalam kalangan generasi pemilik rumah baharu.
Kehadiran digital ini bukan sekadar membina populariti, tetapi mengukuhkan kredibiliti RHM Design & Construction sebagai jenama yang telus, berilmu dan relevan dengan keperluan semasa pasaran.
HQ Baharu, Cerminan Identiti RHM

Ibu pejabat baharu RHM direka sebagai refleksi jelas identiti Amira: moden, bersih, sofistikated dan berkarakter. Ruang galeri pameran, bilik konsultasi premium dan studio kreatif bukan sekadar fungsi operasi, tetapi menjadi manifestasi fizikal kepada falsafah reka bentuk RHM.
Setiap sudut HQ ini dirancang untuk memberi pengalaman menyeluruh kepada pelanggan, dari inspirasi awal hingga perbincangan rekaan yang lebih mendalam dan eksklusif. Ia menjadi simbol kematangan jenama RHM Design & Construction dalam dunia reka bentuk dalaman premium.
Era Baharu RHM Design & Construction
Pelancaran HQ baharu dan RHM Luxe menandakan permulaan era baharu buat RHM Design & Construction, era yang lebih fokus kepada premium experience, pendekatan kreatif yang lebih personal, serta penegasan peranan Amira sebagai salah satu suara penting dalam industri reka bentuk dalaman Malaysia.
Dalam pasaran yang semakin kompetitif, RHM memilih untuk tidak bersaing dari segi kuantiti semata-mata, tetapi memperkukuh nilai melalui kreativiti, ketulenan identiti dan kefahaman mendalam terhadap cara kita hidup hari ini. Pendekatan ini terus mengukuhkan RHM sebagai simbol reka bentuk dalaman premium tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di


