Akar Pokok Lebih Sihat Dan Subur Guna Air Rendaman Daun Ketapang Je

Share

Kebiasaanya daun ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa diguanakan untuk tujuan membungkus makanan seperti tempe, tapai dan sebagainya. Namun, ramai tak tahu daun ketapang mempunyai nutrien yang baik untuk tanaman. Bagi yang mengamalkan amalan kebun hijau, daun ketapang boleh menjadi hormon penggalak akar dan booster. Ia mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang rumit.

Hormon pengakaran ini boleh digunakan untuk:

1. Mempercepatkan proses tut pokok tanaman
2. Mengakarkan keratan batang pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
3. Memulihkan pokok yang dialihkan
4. Menyuburkan tanaman yang mengalami kerosakan akar
5. Menyuburkan Medium Tanaman.

Cara Membuat Hormon Pengakaran:

1. Kumpulkan daun pokok Ketapang yang gugur. Pilih daun yang kekuningan dan masih segar..
2. Sukatannya ialah 1 kilo daun + 10 liter air
3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang.
4. Rendamkan dalam air biasa minimum semalaman.
5. Simpan air rendaman yang mengandungi hormon daun Ketapang tadi.
6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal pokok atau dalam pasu. Biarkan ia menjadi reput

Akar yang agresif di bawah timbunan daun ketapang

Cara penggunaan hormon:

Pokok> Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Keratan > Rendam keratan dalam air hormon semalaman sebelum ditanam.


Catatan:
Perlu diingatkan air daun ketapang bersifat acidic.
Penggunaan dalam jangka panjang bisa menyebabkan media menjadi masam (pH rendah).


Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN