Resepi Asam Laksa Super Mudah Guna Sardin Tin Sedap Kalah Kopitiam

Share

Menu petang-petang yang menajdi pilihan antaranya adalah laksa. Laksa ni pulak, terdapat pelbagai jenis. Tapi kali ni, IMPIANA nak kongsikan resepi asam laksa sedap kalah restoran kopitiam super mudah, bahan tak banyak dan dalam masa tak sampai 30 minit pun boleh siap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Noratiqah Nordin

Resepi laksa sardin tin. Sedap dia kalah kedai kopitiam lain. Sebenarnye dah lama sgt teringin laksa sardin tin. Pastu viral lak pasal laksa. Haaa terus rajin pulak nak memasaknye

BAHAN-BAHAN: 
– 2 tin sardin
– 4 biji bawang merah
-3 ulas bawang putih
– sedikit belacan
– 2 ketul kiub ikan bilis
– 2 senduk cili kering yang d blend
– 2 bunga kantan
– 3 ikat daun kesum
– 4 keping asam keping yang besar
– garam secukup rasa
– gula secukup rasa

CARA-CARA:
1. blend bawang merah. Bawang putih, belacan, 1 tin sardin besar, tin sardin kecik kita hancur kasar saja
2. dah blend. Kite masuk ke periuk
3. masukkan cili kering yang dah dikisar 3 senduk4. masukkan air ikut kepekatan yang kita nak5. masukkan sardin hancur kasar6. letak 2 ketul kiub ikan bilis. Nak bagi dia rasa lemak2 ikan7. masukkan daun kesum8. masukkn bunga kantan9. masukkan asam keping10. masukkan garam dan gula11. Masak hingga mendidih dan cukup masak

IKLAN