Baru-baru ini ramai warganet tertarik dengan reka bentuk sebuah rumah di luar negara yang dibina dalam reka bentuk yang cukup unik, membuatkan ramai mempersoalkan mengenai keluasan kediaman ini. Bagaimana keadaan dalam ruang rumah ini, kerana reka bentuknya seluas lorong sahaja, adakah penghuni bersaiz kecil yang memiliki kediaman istimewa ini.
Seorang pengguna TikTok bernama eli.korn_ memuat naik satu video yang memaparkan sebuah rumah yang luar biasa itu, yang terletak di Deerfield, Illinois dan dianggap terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
Warganet di media sosial menjadi bingung dengan rekaan rumah yang unik itu kerana saiznya yang kecil dan ramai yang tidak memahami tentang bagaimana tuannya tinggal di dalam rumah tersebut.
Ads
Setelah meneliti laman web hartanah itu, ianya tidaklah begitu kecil berbanding dengan apa yang terlihat dari luarannya. Ianya digelar sebagai ‘Pie House’, kerana rupanya seperti potongan pai, ia lebih kecil di bahagian hujungnya dan menjadi semakin lebar ke sisi lain seperti bentuk segi tiga.
Rumah berbentuk pie di Deerfield bernilai 300,000 dollar Dibangun pada tahun 2003 dan dikenali sebagai “rumah pie”, rumah ini kelihatan seperti rumah kecil, walaupun pada ukuran 1122 kaki persegi, secara teknikal lebih besar dari ukuran maksimum 1,000 kaki persegi yang umumnya dianggap sebagai rumah bersaiz kecil .
Ads
Rumah itu juga turut dikatakan mempunyai dua bilik tidur, dengan satu terletak di ruang bawah tanah, serta dua bilik air.
Ads
Gambar sumber: 5 Chicago
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan saja buahnya sedap dan kaya dengan vitamin serta mineral, kulit pisang juga sangat kaya dengan kalsium, megnesium, sulfur, potossium, fosphat dan sodium. Kesemua bahan ini amat penting buat kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, pertumbuhan galak dan penghasilan bunga dan buah yang tinggi.
Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.
Berikut, IMPIANA kongsikan 10 kegunaan kulit pisang di laman :
1. SEMBURAN BAJA Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkan nya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar (baja dalam bentuk cecair)
Cara-cara membuat semburan kulit pisang :
Bahan yang diperlukan – kulit pisang, garam, kulit telur.
Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.
2. NUTRIEN TAMBAHAN
Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasikan (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja.
Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.
3. MENYUBURKAN POKOK TOMATO
Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim.
Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.
4. BAJA BENIH
Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih.
Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman.
Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan mer0sakkan akar kecil mereka.
5. KHASIAT UNTUK TANAH
Anda boleh menjadikan tanah anda mengandungi lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah.
Gali tanah, letakkan kulit pisang dalam keadaan meratakannya dengan menghadapkannya ke bahagian atas dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti besi, kalsium, kalium, dan fosforus.
6. MENGAWAL SERANGGA AFID
Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti afid. Afid ialah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang mer0sakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya.
Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan afid akhirnya hilang daripada pokok tersebut.
Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dij4ngkiti serangga afid dan tidak lama kemudian pasti serangga tersebut akan hilang dari situ.
7. CUKA PISANG
Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit.
Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.
8. AIR RENDAMAN KAYA NUTRIEN
Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari.
Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.
9. PERANGKAP SERANGGA
Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerang kapnya.
Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka m4ti di dalam cecair tersebut.
10. PENARIK KUPU-KUPU DAN BURUNG
Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan tumbuhan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke taman anda.
Pisang mungkin menarik kedatangan lebah, tebuan dan ulat beluncas, jadi jangan lupa untuk membuangnya sebelum matahari terbenam bagi mengelakkan kehadiran serangga per0sak ke taman anda pada waktu malam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebenarnya, pelbagai jenis tanaman sesuai menggunakan teknik Upside-Down seperti pohon tomato yang pernah dikongsikan impiana sebelum ini. Kali ini, IMPIANA nak kongsikan teknik menanam pokok cili secara Upside-down
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Konsep open-wardrobe jelas mempunyai pelbagai kelebihan buat pemilik. Antaranya termasuklah dapat menjimatkan ruang serta memudahkan proses organisasi pakaian dan barangan lain. Selain itu, open-wardrobe juga menjadikan pemilik lebih rajin mengemas dan menguruskan almari.
Dalam perkongsian Puan Aimi Ismail melalui laman Kelab Kaki Deko, beliau telah mengubahsuai ruang rehat tingkat atas kediamannya menjadi sebuah kawasan untuk “open-wardrobe” buat seluruh ahli keluarganya. Ia lebih tersusun dan memudahkan kerja beliau. Selain menyediakan tempat menggantung baju, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut menggosok pakaian. Segalanya berasa dalam satu kawasan, menjadikan ruang ini multi-fungsi dan praktikal.
KEADAAN SEBELUM
SETELAH DIKOSONGKAN
Ni ruang rehat tingkat atas
Memang dari asal buat tempat menggosok baju
Dan tempat gantung baju kerja mama baba dan baju sekolah anak-anak yang siap digosok untuk seminggu
Cuma tambahbaik supaya lebih teratur dan sedap mata memandang, tenang di jiwa
Sebab bilik semua dah penuh
KEADAAN SELEPAS
Dalam tempoh seminggu sahaja, ruang “open-wardrobe” ini telah berjaya disempurnakan. Menurut Puan Aimi lagi, segala-galanya dilakukan sendiri, “Suami hanya bantu gerudi dinding untuk menggantung rak”.
KOS YANG DIBELANJAKAN ;
– Lebih kurang RM400 (termasuk dua kotak vinyl untuk lantai)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ;
1. Plywood (tebal 12mm) – 1 keping 8 ft x 4 ft
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4kakiX1.5kaki), bawah 2 keping (4kakiX1kaki)
2. besi L – 12inci,10inci
3. mulig bar – 5
4. cat Jotun – 1L
5. Vinyl – 2kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
6. storage, dust cover beli kat Lazada
7. frame, cermin lekat di almari beli kat Eco
Moga bermanfaat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.