
Dalam membina atau mengubahsuai rumah impian, ramai yang memilih untuk melantik interior designer (ID) demi hasil yang lebih profesional, praktikal dan estetik. Tapi tak semua pengalaman manis. Ada juga kisah sebaliknya, bila rumah siap, cantik memang cantik… tapi rasa selesa dan ‘jiwa’ rumah itu entah ke mana.
Begitulah yang terjadi kepada ramai pemilik rumah yang terlalu menyerahkan segalanya 100% kepada ID tanpa komunikasi yang jelas tentang citarasa, gaya hidup dan keperluan sebenar.
Ramai pemilik rumah mengeluh apabila ruang yang dibina kelihatan lebih sesuai untuk majalah atau Instagram, tapi bukan untuk kehidupan sebenar. Sofa yang terlalu keras, lampu yang suram, dapur yang terlalu kecil untuk memasak harian, semuanya kerana keputusan dibuat sepenuhnya atas tangan pereka, bukan pengguna sebenar.
Memberi kepercayaan kepada ID itu penting, tetapi ia perlu disertai dengan komunikasi dua hala. Bila pemilik langsung tak menyuarakan pendapat atau terus setuju dengan semua cadangan atas dasar “mereka lebih tahu”, risiko kekecewaan akan lebih besar.
Rumah sepatutnya jadi tempat paling selesa, paling ‘kenal’ dengan diri kita. Tapi bila ia terlalu dipengaruhi oleh trend atau gaya ID semata-mata, ia tak lagi mewakili siapa kita. Akhirnya rumah jadi cantik di mata orang, tapi asing bagi pemilik sendiri.
Rumah yang “trendy” tak semestinya tahan lama. Pilih elemen yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan seharian.
Interior design bukan sekadar menjadikan rumah nampak mewah atau ‘Pinterest worthy’, tapi memastikan setiap inci ruang menyenangkan penghuninya. Rumah bukan galeri pameran, ia tempat berlindung dan mencipta kenangan. Jadi jangan serah segalanya bulat-bulat, biar cantik itu datang bersama jiwa.
Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa ubah semula selepas beberapa bulan duduk kerana tak tahan dengan ketidakselesaan.
Mengupah interior designer bukan kesilapan. Tapi menyerahkan semuanya tanpa komunikasi yang jelas boleh buat rumah hilang identiti pemiliknya. Rumah bukan sekadar tempat tinggal, ia refleksi diri, kenangan dan tempat paling selesa untuk pulang. Jadi pastikan, dalam setiap inci dekorasi, ada sebahagian daripada jiwa anda di situ.
IMPIANA: Jadi buat yang dah dapat kunci rumah, sebelum fikir nak dekorasi atau tentukan konsep rumah, utamakan 7 perkara asas ini dahulu. Lakukan ikut langkah yang betul supaya rumah yang didiami nanti lebih selesa dan tak menyesal apabila terlepas pandang untuk melakukannya.
Mesti Baca: Pantas, Mudah & Berbaloi, Urusan Pindah Barang Rumah Tak Lagi Menyusahkan
Baca Lagi Di Sini: PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu
Sumber: Leeya Marlia Ramli