
Ramai yang mengidam rak atau troli Ikea Raskog. Harganya boleh tahan ratusan juga, Tapi Puan Maria Ariana punya idea sendiri untuk membinanya dari barang kedai bajet.
Bahan-bahan:
3 biji bakul
4 biji roda (pastikan pilih tapak jenis rata)
Cable tight
8 pasang skru, bolt dan nut saiz 4cm
1 batang (20 kaki panjang) PVC saiz 15mm
Gam PVC
“L” Joint
“T” joint
Cara-cara:
1. Potong paip PVC mengikut ukuruan yang telah diberikan seperti di dalam gambarrajah
2. sambungkan bahagian tapak
-4pcs L joint
-4pcs T joint
-2pcs paip 2cm
-2pcs paip 36cm
-4pcs paip 9cm
Sambung dan gam ikut macam dalam gambar
3. Sediakan bahagian tiang pula
-4pcs paip 7cm(utk kaki bawah sekali tu)
-8pcs paip 23cm
-12pcs T joint
-12pcs paip 2cm(utk sambung bahagianT joint tu)dekat arrow kuning tu.
-4pcs L joint.
4. Cantumkan tapak dengan tiang. Jangan lupa gam
5. Tebuk lubang untuk ikat roda pada bahagian tapak. Ikat gunaan bolt dan nut
6. pasang bakul dan ikat ngan cable tie
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Zip Sarung Kusyen Rosak, Ini yang Anda Perlu Lakukan

Bayangkan sembilan sarung kusyen kerusi kita sudah pun dimasukkan dengan kemas. Tinggal yang terahir , tiba-tiba zipnya rosak! Adakah kita perlu tukar semua sarung kusyen yang lain kembali?
Sakitnya hati apabila sarung sarung kusyen kerusi kita kembang atau longgar setelah di basuh. Padahal elok lagi sarung kusyen kita dengan sulaman dan manik-manik yang ada. Harganya pula bukannya murah. Malah rugi pula rasanya hendak buang tetapi tak sempurnalah hiasan dekorasi kita dengan sarung kusyen ternga-nga begitu. Nak dicampak sayang, sebab masih elok, kainnya pun bagus.
Jadi jangan sentap! Perhatikan apa masalah sarung tersebut. Jika terdapat serabut benang pada landasan atau alur zipnya, gunting segera kerana serat benang ini juga antara sebab landasan zip kita tergendala. Malah adakala terus rosak hanya kerana serat benang ini.
Jangan sentap! Lihat kepala zip kita bagaimana keadaannya. Ini adalah kerana ada zip yang besinya agak lembut dan mudah terbuka sedikit cengkaannya apabila di basuh dengan mesin basuh yang penuh berkuasa. Tarik kepala zip pada landasan zip. Jika ia tidak mencengkam bermakna tapak bawah kepala zip dan atas berada di dalam jarak yang terlalu longgar sehingga tidak mampu menemukan gigi zip menjadi sebuah landasan.
Cara terbaik, kepit dengan cermat kepala zip agar tidak terlalu ketat. buat sedikit demi sedikit sehingga lubang cengkap kepala zip kembali berada di jarak yang betul bagi merapatkan gigi zip anda.
Manakala jika zip anda tersumbat dengan benang, perlahan -lahan mengguna klip rambut bagi mencungkil kembali serat benang yang adakala kita terlepas pandang.
Jadi tidaklah kita membazir dalam menghias rumah sempena hari raya ini. Zip tertutup, mulut kita pun terzip daripada membebel sentap.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Terrarium Bangkit Seri Meja Kopi

Seni terrarium iaitu tanaman hiasan balang kini semakin mendapat perhatian ramai lantaran ia mampu menyuntik efek segar dan hijau serta mudah untuk dihasilkan. Sifat tumbuhan sukulen yang menghiasi balang terrarium serta sesuai hidup di dalam ruang indoor juga, membuatkan ia menjadi pilihan untuk diletakkan di pejabat, balkoni, bilik tidur mahupun ruang tamu.
Apakah perkara-perkara asas yang perlu dilakukan untuk mereka bentuk sebuah terrarium?
Mereka bentuk terrarium bukanlah sesuatu perkara yang rumit. Beberapa langkah harus diperhatikan untuk mendapatkan sebuah reka bentuk terrarium yang menarik. Antaranya:
- Tentukan tema terrarium yang hendak direka untuk memudahkan anda menentukan jenis tumbuhan dan aksesori yang akan diletakkan di dalam balang tersebut.
- Pilih tanaman yang mempunyai pelbagai warna, tekstur dan ketinggian untuk membentuk hierarki.
- Tentukan sisi pandangan terrarium. Hal ini penting untuk menentukan posisi tanaman yang bakal ditanam di dalam balang. Jika terrarium dapat dilihat dari semua sisi, maka tanaman yang paling tinggi perlu diletakkan di bahagian hadapan dan sebaliknya.
- Salah satu tumbuhan yang digunakan di dalam balang haruslah mempunyai rona yang menonjol dan pelbagai untuk mewujudkan point of intrest.
- Bentukan kontur di dalam medium tanaman supaya reka bentuk landskap di dalam balang tersebut lebih alami
- Pastikan medium tanaman tidak melebihi 1/3 dari keluasan ruang di dalam balang. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada tumbuhan untuk tumbuh bebas di dalam balang.
- Letakkan hiasan tambahan seperti pasir, ornamen dan sebagainya untuk menceriakan lagi reka bentuk
Cipta taman mini di sudut meja
Cara-cara:
- Letakkan batu rona putih sebagai lapisan pertama.
- Tutup kesemua permukaan lapisan batu dengan medium tanaman kaktus sehingga penuh.
- Keluarkan sukulen dari bekas semaian dan jika perlu buang sebahagian rootball untuk membolehkan ia mudah ditanam di dalam bekas.
- Tanam dan susun sukulen mengikut cita rasa ke dalam bekas terrarium yang telah berisi tanah.
- Tambah tanah jika perlu sehingga menutupi keseluruhan root ball tumbuhan sukulen dengan menggunakan kon yang dibentuk dari sekeping kertas.
- Tekan permukaan medium dengan menggunakan kayu atau hujung berus untuk memadatkannya. Tambah medium jika perlu.
- Bersihkan tanah yang melekat pada permukaan kaca dengan menggunakan berus halus dan lembut.
- Sembur air pada permukaan medium untuk melembapkannya dan tidak perlu melakukan penyiram lagi setelah siap.
- Letakkan batu pada pangkal pokok untuk mengukuhkan root ball.
- Taburkan batu halus pada permukaan tanah sebagai kemasan.
- Letakkan cengkerang atau batu karang sebagai ornamen hiasan pelengkap gaya terrarium.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
TEMBOK Cantik & Kemas Guna Bata Merah Biasa, Ini TIP Dari Tukang Rumah

Tembok yang cantik dan kemas merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan rumah dan bangunan. Salah satu bahan yang sering digunakan dalam pembinaan tembok adalah bata merah. Bata merah bukan sahaja kukuh dan tahan lama, tetapi juga memberikan sentuhan estetika yang unik dan menarik.
Fahamkan perkongsian tip ikat bata merah seperti yang dikongsikan oleh Mohd Helmy Ismail ini sebagai rujukan;
Just share satu lagi kerja tembok bata merah yang berjaya disiapkan.Tembok ni saya hanya gunakan bata merah biasa sahaja, bukan jenis bata merah cantik@facing brick.Cumanya nak ikat tu kena slow and steady dan juga cermat.
Sedikit perkongsian tips untuk ikat bata merah:
1. Survey Bata Merah Sesuai
Untuk dapatkan bata merah biasa yang cun, sebaiknya round dan survey dulu di beberapa hardware. Hardware yang jauh sikit pun takpe, sebab selalunya hardware ni dapat stock bata merah dari kilang yang berbeza.Jadi kena rajin jalan-jalan cari bata yang sesuai.
2. Minta Turunkan Bata Guna Kren
Bila dah jumpa bata yang sesuai, dah masuk order, pastikan masa delivery bata tu, request hardware untuk turunkan bata tu guna kren.Tujuannya nak pastikan surface tepi-tepi bata tu tak pecah dan sumbing masa delivery.
Kalau turun pakai “bucket jack” biasanya hampir 50% keadaan bata tu rosak dan pecah.Kalau nak ikat bata then finishing plaster,takpa la..Tapi kalau nak dapatkan finishing tanpa plaster, kena jaga-jaga masa delivery lagi.
3. Masa Ikat Bata, Cuci Lebihan Air Simen
Untuk ikat bata ni, sekali lagi kena pilih dan check keadaan bata.Try pilih dan asingkan bata yang comel dan tak comel.Dapat bata yang comel, baru kita mula ikat bata.Masa ikat, pastikan lap dan cuci terus lebihan simen atau lebihan air simen tu.Tujuannya nak pastikan keadaan surface bata sentiasa bersih.Jangan tunggu sampai lebihan simen tu dah kering baru nak cuci…memang menangis nanti.

4.Pastikan Jarak Antara Bata Konsisten
Sebab tu nak ikat bata macam ni dan dapatkan finishing ni kena slow and steady.Memang akan ambil masa.Pastikan tukang ikat bata tu adalah seorang yang penyabar.Pastikan juga masa ikat tu, jarak antara bata tu konsisten.Baru nampak comel dan kemas.

5.Pastikan Simen Cukup
Bila dah siap ikat, cek balik ruang gap antara bata untuk pastikan simen cukup dan konsisten.Mana yang tak cukup simen, just tambah je.Cuma masa tambah, pastikan cuci terus surface bata tu bila terkena simen.Bila dah siap, dan simen cukup keras,cuci lagi sekali permukaan bata tu dan biarkan kering secukupnya.

6. Sapu ‘Clear Varnish’
Last sekali, bila dah cukup bata dah cukup kering dan bersih, kita boleh sapu clear varnish untuk naikkan kaler bata merah tu dan juga sebagai protection untuk surface bata tu.
Saya biasa guna clear varnish brand DOLPHIN.So far brand ni ok.Untuk design macam ni,ianya perlukan sedikit maintenance.Sebaiknya dalam tempoh setahun atau setahun setengah, sapu balik clear varnish pada surface bata merah tu.
Kelebihan Menggunakan Bata Merah
- Ketahanan dan Kekuatan: Bata merah terkenal dengan ketahanannya terhadap cuaca ekstrem dan daya tahan terhadap beban berat. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk tembok yang kukuh dan stabil.
- Estetika dan Keindahan: Bata merah memberikan penampilan klasik dan tradisional yang dapat meningkatkan nilai estetika sesebuah bangunan. Warna merah bata yang semulajadi juga memberikan keunikan tersendiri.
- Kebolehsuaian: Bata merah mudah disesuaikan dengan pelbagai reka bentuk dan gaya. Sama ada untuk gaya moden atau tradisional, bata merah boleh diatur dalam pelbagai corak dan bentuk.
- Penebatan Suara dan Haba: Bata merah mempunyai sifat penebatan yang baik, yang membantu mengurangkan bunyi bising dan mengekalkan suhu yang nyaman dalam rumah.
Kesimpulannya untuk buat tembok macam ni,kena banyak bersabar.Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat mencuba.
Jika berhasrat nak pasang tembok di rumah, jadikan tip asas ikat bata merah ni sebagai panduan. Barulah hasilnya elok cantik dan kemas nanti.
Mesti Baca:Beli Tanah Atau Rumah, Ini 10 Tip Dari Perunding Kewangan!
Baca Lagi Di Sini:Rumah Persaraan, Perunding Hartanah Beri Tip Apa Perlu Buat Sejak Dari Awal
Artikel Menarik:Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko
Sumber: Mohd Helmy Ismail
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI