Kabinet dapur dapat merubah penampilan ruang dengan serta merta. Pemilihan kemasan yang teliti juga memainkan perana yang penting dalam mewujudkan dapur yang praktikal dan selesa.
Salah satu perincian yang perlu kita beri perhatian adalah warna kabinet yang dipasang. Jika pemilihan rona kurang memberangsangkan atau tidak sesuai dengan kemasan lain, pasti ia akan mencacatkan suasana dapur anda.
Selain warna putih, hitam atau corak kayu yang biasa digunakan untuk kabinet, Impiana ingin mencadangkan anda satu warna yang kian mendapat perhatian.
Disini IMPIANA kumpulkan idea dan inspirasi buat anda yang mahu memberi suntikan kelembutan rona biru pada dapur baharu. Selamat mendeko!
Ads
Ads
Ads
Please credit: Rebecca McAlpin when Copyright 2019 Rebecca McAlpin. All Rights Reserved.
Beberapa hari ni, ramai yang berkongsi masalah jubin di lantai mahupun dinding pecah atau meletup secra tiba-tiba. Tidak kira, rumah yang baru siap atau pun lama, masalah ini akan berlaku. Jangan cemas! Sekiranya rumah anda masih dalam tempoh WARRANTY sila lakukan pemeriksaan dengan segera dan laporkan kepada pemaju.
Berikut antara punca jubin anda meletup atau pecah secara tiba:
1. Jubin yang dipasang tidak melekat dengan sempurna.
2. Hollow tile/ jubin berongga
3. Campuran bahan seperti simen dan simen gam tidak mengikut spesifikasi yang betul.
4. Pengembangan haba/ termal expension
Untuk baik pulih, hanya bahagian yang pecah sahaja di tampal baru. Namun, bagi memastikan yang baru ditampal kelihatan sama dengan yang asal memang agak sukar. Setidaknya, mesti akan berbeza sedikit warnanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Buka peti ais je mesti berbau busuk. Walhal, semua makanan basi dan dah rosak telah dibuang. Rutin cucian peti ais pun telah dilakukan secara berkala. Dari mana aroma busuk ni hadir? Macam bekas simpanan makan, tak kira menyimpan makanan baru dimasak mesti berbau selepas dicuci bersih. Betul tak? hal ini sama seperti peti sejuk. Aroma yang melekat pada dinding peti sejuk adalah punca. Ia memakan masa dan tempoh yang lama untuk dihilangkan.
Bagi mempercepatkan proses menghilang atau mencegah aroma busuk dalam peti sejuk, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:
1. SERBUK PENAIK / BAKING SODA
Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
2. CUKA PUTIH
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.
Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
3. SERBUK KOPI / TEH
Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabur serbuk kopi / teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk.
Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk.
4. ARANG
Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk.
Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari.
5. ROTI
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering. Jika masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang.
Jadi, lain kali kalau ada baki sekeping dua roti, jangan buang ya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.