Posisi Fleksibelnya Membuat Kita Tertipu…

Share

 

Ada apa dengan dia? Adakah dia bersalah hanya dilihat cantik juga menarik? Atau mereka yang tergoda dengannya yang menukar tajuk cerita apabila tak dapat memilikinya? Benar, dia boleh dipelbagaikan, boleh berada dipelbagai posisi mengikut selera anda. Cakap sahaja di mana dan bila , ottoman boleh bertindak sebagai penyeri ruang kediaman anda dalam sekelip mata. Sebab itulah ramai yang tertipu akan kelebihan ottoman ini.


Di datangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, ottoman sememangnya berguna untuk dijadikan tempat duduk dan meja kopi jika perlu. Ada di datangkan dalam bentuk berkaki seumpama sebuah bangku . Sama ada empat segi tepat atau empat segi sama. Ada juga yang tidak memperlihatkan kaki mereka. Ia seumpama sebuah bongkah cantik dan dibina dengan cukup kukuh .


Diperkemaskan dengan teknik chesterfield atau plos begitu aja. Jika anda mempunyai tetamu yang agak ramai, ia boleh djadikan tempat duduk. Jika tidak menjadi meja kopi sahaja. Tetapi bukan dijadikan bangku panjang untuk bersenam ye! Paling menarik, ada juga di kalangan pereka ottoman menjadikan ia sebahagian daripada ruang penstoran. Malah adakala kemasan lembut yang dipilih juga nampak sedondon dengan langsir dan kusyen.


Jika anda mempunyai ruang terhad , ottoman bulat dilihat cukup sempurna. Manakala ruang memanjang, ottoman empat segi tepat lebih menarik. Tidak salah jika ottoman diberi suntikan warna yang agak berbeza dari set sofa. Ia tidak perlu sedondon. Segalanya terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memberi ruang solekan ala warna harmoni atau satu warna lain di tengah ruang. Simple-simple aja di IMPIANA.

IKLAN