Baru dapat kunci rumah, mesti berkobar-kobarkan hendak menghias kediaman. Itu ini semua nak buat, sampai lupa apa perkara wajib yang kena buat dulu kan!
Jangan bimbang, lima tip ini boleh menjadi panduan untuk anda.
1. Mulakan proses mengemas sekurang-kurangnya dua bulan sebelum anda berpindah. Tetapkan satu ruang atau bilik, tentukan apa yang mahu dibuang, dikitar semula atau didermakan. Dengan cara itu, apabila sudah tiba masanya untuk berpindah, anda tidak serabut.
Ads
2. Cari sofa yang boleh dibuka apabila diperlukan. Apabila sudah berpindah, anda boleh mix and match pelbagai gaya untuk memberikan ‘warna’ perabot klasik anda. Lebih murah untuk membeli beberapa bantal dengan corak grafik atau permaidani baharu daripada menggantikan sofa.
3. Pertimbangkan berat perabot sebelum anda membuat pembelian. Cari material baik tetapi ringan. Walaupun anda tidak bercadang untuk berpindah, perabot yang ringan menjadikan lebih mudah untuk anda menyusun semula atau membersihkannya.
Ads
4. Apabila menghias rumah, cuba tetapkan supaya ia kelihatan seperti rumah contoh. Ini bermakna tiada barang bersepah, segala-galanya tersusun dan setiap bilik mempunyai sentuhan aksesori dan warna yang tepat. Bakar lilin wangi dan nikmatilah rumah baharu anda!
Ads
5. Jika anda mempunyai projek yang ingin anda lakukan, seperti menaik taraf lampu, lukisan atau menggantikan lantai, lakukannya sebelum anda masuk ke rumah baharu- jangan tunggu sudah pindah masuk baharu nak mulakan. Kata kuncinya, perancangan dan sistematik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Konsep gaya Klasik Inggeris ini sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman kediaman tampak lebih cantik serta menarik. Jadi, tidak hairanlah mengapa konsep ini telah menjadi kegemaran dan pilihan ramai. Betul tak?
Bagi anda yang meminati dengan dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini khususnya, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum mula mendekorasi antaranya ciri-ciri konsep yang betul dan sebagainya.
Pertama, kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini seharusnya mempunyai permukaan siling yang lebih tinggi berbanding dengan konsep gaya yang lain. Ini kerana, konsep ini mengetengahkan ruang dalaman yang tampak lebih luas dan lapang.
Selain itu, konsep gaya Klasik Inggeris ini juga kebiasaanya dipadankan dengan tona warna serba putih bagi bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan nyaman dalam kediaman.
Untuk menyerikan lagi dekorasi ruang dalaman kediaman, konsep gaya Klasik Inggeris ini di bahagian permukaan lantai sering dipadankan dengan pemilihan jubin bercorak ‘Marble’ yang tampak lebih elegan dan mewah.
Di samping itu, kebiasaannya kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini mempunyai ruang tamu dan dapur yang terbuka bagi memberikan aliran pengudaraan yang lebih baik.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Inspirasi motif jubin dinding dapur yang cantik dan attractive pastinya menjadi idaman setiap wanita. Pilihan dinding dapur yang estetik dapat tonjolkan ruang dapur anda luar biasa.
Dinding dapur adalah satu kawasan atau ruang yang perlu dititik berat dan tidak boleh diambil ringan. Ini kerana ruang dapur adalah ruang yang boleh jadi ruang yang sangat kotor dan sangat bersih. Sebab itulah pemilihan jubin pada dinding dapur amat penting. Bukan sekadar cantik sahaja malah anda perlu ambil tahu pelbagai jenis faktor dan kesesuaian seramik dapur sebelum anda pasang.
Permukaan seramik jubin yang tahan panas, tidak mudah menyerap air dan kotoran mudah dibersihkan adalah seramik kualiti terbaik untuk dinding dapur anda. Inilah perkara yang perlu anda titik beratkan bukan sekadar warna dan motif sahaja.
IMPIANA kongsikan idea seramik dinding dapur estetik yang mampu jadikan ruang dapur anda lebih menyerlah.
Jubin Estetik Mewah
Bagi yang gemarkan ruang dapur nampak lebih mewah pemilihan warna cerah iaitu putih sudah menjadi kemestian. Manakalah seramik dinding dapur dengan motif marmar akan menghasilkan aura mewah yang lebih menonjol. Bijak memilik kombinasi kabinet dapur dengan warna serta corak yang seakan. Pasti menawan!
Jubin 3D
Memang cantik untuk dijadikan backsplash pada ruang dapur. Ia akan memberi satu ilusi yang berlainan dalam suasana tersendiri. Nampak lebih menonjol dari ruang dinding yang lain. Tetapi kena rajin la cuci selepas masak kena cepat-cepat bersihkan kotoran minyak yang melekat pada seramik 3 Dimensi ini. Kalau tidak celah-celah jubin ini akan menangkap kesan kotoran degil dan membuatkan anda pening kepala untuk membersihkannya nanti.
Jubin Berciri Kayu
Memilih dinding dapur dengan seramik bercirikan kayu ini adalah satu keputusan yang bijak. Bagi yang gemarkan konsep tidak mudah lapuk dek zaman. Menariknya dapur anda seakan dibina dengan kemasan kayu tetapi sebaliknya ia adalah seramik yang tahan panas dan tidak mudah terbakar. Menarikkan, suasana akan nampak lebih warm.
Jubin Berwarna Warni
Pada suatu masa jubin kecil ini menjadi pilihan ramai. Berwarna-warni meriah dengan konsep dapur, merah, hijau dan banyak lagi warna yang boleh dijadikan pilihan. Jubin ini menjadi trend backsplah dapur pada suatu maa. Memang cantik dan menarik perhatian, harus di cuci setiap kali selepas memasak. Celah jubin itu menjadi satu perkara yang rumit dan lama kelamaan akan menjadi kesan kuning dari kotoran minyak yang melekat.
Air setiap hari mungkin mengandungi kekotoran seperti karat, pasir, kotoran, zarah terlarut, logam berat, dan rasa dan bau klorin. Toksin ini berbahaya kepada kesihatan seseorang. Penapis air sangat berguna dalam membuang kotoran dan bahan pencemar daripada air supaya ia selamat diminum untuk anda dan keluarga. Walau bagaimanapun, perlu disebutkan bahawa hanya beberapa jenis penapis air yang mampu membersihkan unsur-unsur tercemar dengan sempurna. Jadi dengan ini, saya akan memberi beberapa rekomendasi penapis air yang terbaik untuk rumah anda.
Penapis Air Panasonic TK-CS20
Jika anda sedang mencari penapis air jenama Panasonic, Panasonic TK-CS20 ialah penapis air yang mudah dipasang yang boleh menapis 6-liter air dalam satu minit. Iaitu, anda boleh mengisi botol 1L dalam masa kurang daripada 10 saat! Tambahan pula, kerana bentuknya yang padat, peranti ini sesuai digunakan di lokasi yang kecil dan terkurung di dapur. Tambahan pula, terdapat campuran dua bahan (kain bukan tenunan dan karbon teraktif serbuk) dalam kartrij Panasonic ini yang berfungsi sebagai penapis untuk mengeluarkan 95 peratus sisa klorin dan 90 peratus kekeruhan daripada air.
Penapis air ini juga mempunyai jangka hayat kartrij yang panjang, dengan kapasiti 12,800 liter. Pertimbangkan setiap ahli keluarga mengambil 8 gelas air sehari (kuantiti yang disyorkan), yang setanding dengan 2 liter; satu kartrij penapis mungkin bertahan sekitar 3 tahun untuk 6 keluarga, menjadikannya penapis air yang ideal untuk keluarga besar dan penggunaan di tempat kerja kecil. Yang penting, penapis air ini mungkin memberikan keluarga anda bekalan harian air minuman yang bersih dan selamat tanpa bahan cemar berbahaya.
Cuckoo Vivid
Penapis air Cuckoo Vivid ini mempunyai tangki air panas 5 liter dan tangki suhu bilik 1.3 liter. Ia juga dilengkapi dengan Sistem Penapisan Nano Positif (Penapisan Nano Positif), yang bertujuan untuk menyediakan air minuman yang bersih, selamat dan berkualiti tinggi. Jika anda mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau untuk membeli alat penapis air Cuckoo Vivid ini. Ini disebabkan oleh pemasukan ciri keselamatan, iaitu Kunci Keselamatan Kanak-kanak, untuk mengelakkan kanak-kanak daripada tersilap menolak air panas, justeru mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pada hakikatnya, butang air panas mempunyai petunjuk suhu untuk air panas.
Coway GLAZE
Penapis air Coway semakin popular di seluruh Malaysia hasil daripada kos rendah dan spesifikasi berkualiti tinggi. Penapis Air Coway Glaze ini adalah model air tulen terbaru Coway. Model Glaze ini menggunakan teknologi paparan digital ringkas, mempunyai empat tetapan suhu (1 panas, dua sejuk dan satu suhu bilik), dan tiga tetapan isipadu air (120ml, 250ml dan 500ml) untuk memenuhi keperluan anda, menjadikannya sesuai untuk yang kecil. kepada keluarga sederhana. Tambahan lagi, Penapis air Coway ini juga mempunyai ciri penjimatan tenaga yang dikenali sebagai Eco Mode. Penapis Coway Glaze secara automatik akan menurunkan tahap larian motor dan pemanas selepas waktu malam menggunakan ciri ini. Ini cuba menjimatkan kuasa, seterusnya mengurangkan perbelanjaan elektrik isi rumah.
Baiklah, itu sahaja jenis penapis air yang saya boleh sarankan dan ia boleh menjaminkan keselamatan dan kebersihan untuk keluarga.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!