Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .
Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna gelap untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.
Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer dalam proses mengubahsuai kediaman.
Ads
Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!
Dalam banyak-banyak kerja rumah yang paling ramai orang tak suka adalah lipat baju yang baru di basuh. Nak-nak jumlah isi rumah ramai, memang tak sudah kerja jadinya. Keadaan ini bertambah parah bila baju yang telah kering berlonggok berhari-hari. Cikgu Syikin Zahir ada tip dan petua untuk mak-mak yang berdepan dengan masalah ini.
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.
Ni semua akan mengganggu mental & emosi mak2 kan? Nanti mulala stress, nak marah, penat bertingkat2, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini)
LANGKAH 1
– Sediakan bakul untuk setiap anak
– Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
– Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung jua.. Kikiki
Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak
Pinjam gambar Nur Wanny. Nampak tak beza dia. Gambar atas dan bawah sama sahaja. Kain baju yang belum dilipat. Bezanya yang atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju.
Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan
LANGKAH 2
Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yg diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pon. Kenapa?
Pengkhususan:pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.
Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2.sekali lagi.. PSIKOLOGI.. kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
MOTIVASI YESSSS! tinggal satu bakul je belum lipat maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyakkkkk nau nak lipat!!!
LANGKAH 3
cara kita susun baju dalam almari anak. Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB.. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.
Sekarang dah pandai susun gini, anak2 pun senang nak pilih baju sendiri dan tak ada kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Umum tahu, durian terkenal dengan gelaran nya sebagai raja buah disebabkan bentuk fizikal nya. Tapi tahukah anda bahawa betik adalah raja buah sebenar disebabkan kandungan khasiatnya yang tinggi. Hal ini dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar di dalam Facebooknya
Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.
Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.
Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.
Antaranya:
KALSIUM
Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil
Susu lembu untuk dapatkan kalsium.
Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.
VITAMIN C
Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nanas.
Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.
VITAMIN A
Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nanas.
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.
VITAMIN K
Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstrak dari nanas.
Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan osteoporosis.
CAROTENOIDS
Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids
Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai antioksidan bantu tangani radikal bebas.
Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosphorus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E. Keseluruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).
Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik. Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh.
Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Walaupun kelihatan cantik, bahan mudah terbakar seperti langsir, ropol, bunga hiasan dan kertas dinding perlu dielakkan dari diletakkan berhampiran dengan dapur.
Selain meningkatkan risiko kebakaran, keberkesanan barang elektrik juga mungkin akan berkurangan serta meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat peralatan.
KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR
– Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan ketika sedang memasak
– Sentiasa awasi dan periksa masakan di dalam alam pembakar seperti ketuhar mikro
– Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau selepas mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk
KEBERSIHAN DAPUR
– Jangan pegang bahan-bahan mudah terbakar seperti pembalut makanan mahupun buku resipi berhampiran atau diatas kawasan dapur gas
– Pastikan ruang memasak sentiasa dibersihkan selepas diguna. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api
– Elak sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir atau tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak
KESELAMATAN LITAR ELEKTRIK DI DAPUR
– Hanya gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket, dalam satu-satu masa
– Pastikan fius dan pemutus litar diwujudkan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlkau lebihan kuasa
– Pastikan rintangan didalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik
– Ganti wayar yang telah pecah atau rosak
– Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug dengan kadar segera
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!