Pilih Chandalier, Moden Atau Klasik?

Share

Chandalier, lampu indah cantik dan megah selalunya ditempatkan pada ruang tamu atau sisi ruang hadapan mahu pun tangga. Namun rata-rata ramai di kalangan kita yang masih beranggapan chandalier itu perlu sarat dengan kristal dan sebagainya. Ia secara tidak langsung menjadikan lampu ini terbatas penggunaannya.

PESONA DRAMATIK DENGAN REKAAN KLASIK YANG MENAWAN. SILING TINGGI MESTI NAMPAK CANTIK.

DUA ILHAM MODEN KLASIK YANG MENGGABUNGKAN ELEMEN KLASIK DAN IDEA SEGAR. SENTUHAN UNIK MEMBERI PESONA BERBEZA.

Kini pereka memberi pelbagai pilihan buat anda. Lampu megah dengan bentuk besar mencuri tumpuan anda kini boleh didapati dalam pelbagai rekaan. Janga terkejut jika ada lampu seumpama ini di dtangkan dalam bentuk rustik, globe, bentuk arca dan pelbagai lagi ilham moden yang menepati selera tuan rumah muda.

ILHAM SEGAR CHANDALIER BERBENTUK GUGUSAN BERRY TERUNGKAI DENGAN INDAH DAN SESUAI UNTUK KEDIAMAN MODEN KONTEMPORARI

Malah anda boleh dapati dari harga mampu milik sehingga mahal yang bersesuaian dengan material yang digunakan. Mungkin tidak semua yang mapu emiliki lampu berjurai indah ini kerana faktor aras siling tetapi masih terdapat chandalier yang bersaiz kecil buat anda yang merupakan peminat rekaan lampu seumpama ini. Cuma tempatnya lebih sesuai di hujung sudut kediaman dari  di tengah ruang.

BENTUK DAN GARISAN, INSPIRASI KEDIAMAN MODEN

ANDA BERANI?

TIGA IDEA REKAAN BERBEZA YANG MEMANCARKAN PERSONALITI TUAN RUMAH DARI MODEN, KE KLASIK KE KONTEMPORARI. ILHAM INDAH YANG UNIK BUKAN SAHAJA MENJADI PEMANCING MATA MALAH MENJADI FOKUS KEPADA RUANG.

IKLAN