Melihat legasi yang dibina gah berdiri dengan gayanya yang tersendiri, membuat ramai ingin mendekati pengusaha kosmetik muda tersohor ini. Terkenal dengan trademark ‘Abang Terlajak Laris’, Dato’ Aliff Syukri pengasas De’ Herbs sebenarnya mempunyai minat yang amat berbeza jika dibandingkan dengan usahawan-usahawan berjaya yang lain.

Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar


Kediaman berkeluasan 2 ekar yang diberi nama Villa Syurga Syukri ini merupakan weekend house yang dibuka kepada umum untuk sewaan yang menempatkan dua buah rumah utama lengkap pelbagai kemudahan dan dua bilik inap yang harganya bermula daripada RM 150.


Pilihan lokasi yang agak terpencil menjadikan weekend house ini jauh dari segala pencemaran. Sekitarnya merupakan lot-lot rumah kampung dan dusun. Ini secara tidak langsung membentuk ambien yang mendamaikan di dalam lot vila ini.
Tanah berkeluasan 2 ekar ini tidaklah dibangunkan dengan rakus. Bahagian hadapannya dibiarkan lapang, hanya menjadi habitat pokok buah-buhan. Ia bertujuan memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan sebarang aktiviti termasuklah sewaan khas untuk tujuan majlis perkahwinan.

Dari jalan utama memang tidak kelihatan vila yang pernah menjadi viral dan kontroversi ini. Secara tidak langsung ia memberi privasi optimum kepada pengunjung dan pemilik.

“Asalnya saya miliki kediaman ini, usang dan tidak terurus. Perlahan-lahan setiap ruang diperkemaskan dari dalam hingga lah bahagian luar untuk memenuhi citarasa saya. Memandangkan saya ingin kediaman ini tampil berkonsepkan resort maka elemen kayu dan pokok-pokok tropika menjadi latar utama taman ini,” tambah pemilik. Begitu mengagumkan apabila kediaman yang berkonsepkan tradisional kontemporari ini di ubah secara total hingga tampil seperti sebuah resort.

Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar

IKLAN

Pemilik yang begitu meminati tumbuh-tumbuhan dan landskap ini memberi seluruh jiwa pada minatnya. Tidak hairanlah apabila setiap kediamannya wajib mempunyai laman yang dicanai oleh idea dan kreativitinya. “Saya sangat sayangkan tumbuh-tumbuhan sejak dari kecil lagi. Ketika bersekolah rendah, saya tinggal di rumah flat Seksyen 20 Shah Alam. Masih kuat di ingatan, saya telah mula menyemai dan menanam pokok di kediaman bertingkat. Jika musim orkid, saya akan menanam pokok orkid, jika musim bunga kertas, maka banyaklah jenis dan warna yang saya tanam. Malah saya turut menjual pokok bunga kertas pada jiran-jiran ketika itu. Sehinggakan saya pernah menyatakan hasrat kepada ibu ingin membuka sebuah nurseri”, jelas pemilik tentang minatnya terhadap landskap yang bercambah ketika kecil lagi.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, ruang hadapan tampil ringkas kerana pemilik lebih fokus pada ruang tengah. Namun apabila menyusuri laluan umpama lorong di bahagian tepi kediaman yang dihimpuni dengan tumbuhan tropika yang padat, ia seolah-olah membawa penulis ke satu dimensi magika yang berbeza. Laluan ini sebenarnya menghubungkan ruang hadapan dengan ruang taman di bahagian belakang kediaman utama.

Laluan ke laman belakang ini dihuni oleh pelbagai tekstur dan rona tumbuhan. Antaranya Alpinia purpurata, Heliconia rosrata, Plumeria spp, pokok kelapa dan pelbagai lagi. Memandangkan ruang ini kurang menerima pancaran matahari di kala pagi, pertumbuhan optimum rumput amat sukar diperolehi. Ini mendesak pemilik untuk menggunakan rumput tiruan sebagai kemasan. Gandingan rumput tiruan dan juga tumbuh-tumbuhan tropika kelihatan sempurna dan menarik sekali.

Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar Petua Sihat Abang Terlajak Laris Di kelilingi Laman Hijau dan Segar

Di hujung laluan pula, rumpunan buluh menjadi penghuni. Masih tidak terungkap lagi dimensi yang dicari penulis. Jelas pemilik inginkan privasi total bukan sekadar untuk dirinya, malah kepada pengunjung. Nah, desiran air mula kedengaran. Terbentang di hadapan mata sebuah kolam renang yang dipadankan dengan water curtain memberi instrumen bunyi air yang begitu menenangkan.

IKLAN

Membentuk kediaman ini double frontage memberi kelebihan kepada pemilik untuk menggunakan segenap ruang secara harmoni. Kolam yang dibina terdiri pada tiga kegunaan iaitu jakuzi, kolam kanak-kanak dan juga dewasa.
Menggalakkan pelbagai aktiviti, pemilik turut membina sebuah gazebo yang juga berfungsi sebagai pentas. Ia di bina lebih tinggi dari aras lantai laman bertujuan memberi kepelbagaian aras.

Secara tidak langsung ia menampilkan kesan visual yang lebih luas dan menetapkan penggunaan ruang bagi sesuatu tujuan. Di gazebo ini juga terletaknya outdoor gym untuk pemilik sekeluarga melakukan senaman sambil menghirup udara segar. Patut lah pemilik sentiasa kelihatan ceria dan sihat, salah satu rahsianya adalah sifat sayangkan tanaman dan minat berkebun.

Terus melangkah ke bahagian paling belakang, sebuah kolam ikan yang menjadi habitat ikan air tawar merupakan tempat kegemaran pemilik. Sebuah pondok dibina memberi lindungan dari terik mentari agar aktiviti yang dilakukan dapat dinikmati dengan selesa.

 

IKLAN

Penyusunan vegitasi lebih kepada bersifat sederhana dan bersahaja. Tidak seperti pada laluan yang menjadi penghubung bahagian hadapan dan belakang laman. Hanya bersifat tumbuhan parameter yang mengaburkan visual keras pada tembok-tembok dinding kediaman.


“Saya tidak memperuntukkan jumlah yang banyak untuk membeli tumbuhan-tumbuhan yang menghuni taman kediaman ini. Apa yang ada saya ikhtiar cambah kan sendiri dari tumbuhan asal kediaman ini untuk memenuhi segenap rongga yang kosong. Agar setiap arah mata yang memandang saya nampak adanya pemandangan hijau yang menenangkan. Malah saya sangat sayangkan pokok-pokok hinggakan jika ada yang hampir mati atau patah, saya jaga dan belai sehingga ia tumbuh subur merimbun kembali.” Jelas pemilik sambil tersenyum.

Amat memahami dengan setiap keperluan tanaman di lamannya, pemilik yang mempunyai kekangan masa dibantu oleh beberapa orang pekebun untuk menyelenggara keseluruhan laman. Dari awal pembinaan kediaman ini pemilik sangat teliti dari segenap sudut bermula dari pemilihan pokok, peletakan hardscape juga penjagaan tanaman.

Menurut pemilik juga memandangkan vila ini adalah rumah percutian hujung minggu maka pemilik membuka pintu sebelum ini kepada mereka yang ingin bercuti ke sini dengan bayaran yang berbaloi. Daripada terbiar kosong jarang digunakan adalah lebih baik berkongsi keindahan suasana persekitaran dengan mereka yang mencari lokasi percutian di kawasan pinggir bandar.

Penulis memperuntukkan masa seharian mengenali keseluruhan Vila Syurga Syukri ini namun bagaikan tidak puas. Melihat kolam renang terbentang dengan bunyi desiran air yang menenangkan membuatkan hati penulis meruntun untuk membawa ahli keluarga menginap di vila ini.

Meninggalkan kediaman usahawan kosmetik yang popular ini, penulis akui bakat dan kreativiti luar biasa pemilik bukan sahaja dalam perniagaan yang diusahakan tetapi juga minat dan jiwanya dalam mendekorasi taman dan juga hiasan dalaman rumahnya begitu mengagumkan.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI