
Petua mudah hapus rumput liar tanpa racun, hasil nampak dalam seminggu. Anda pening kepala tengok rumput liar makin galak tumbuh di laman rumah? Lagi stres bila dah cabut, esok lusa tumbuh balik!
Kalau anda nak cara mudah dan selamat tanpa perlu guna racun kimia, ada petua ringkas yang boleh anda cuba sendiri di rumah.
Kaedah ini hanya perlukan bahan dapur yang biasa kita guna, tapi hasilnya cukup memuaskan. Dalam masa seminggu, rumput yang degil akan mula kering dan senang untuk dibersihkan. Jom cuba!
Kalau anda sedang mencari kaedah selamat dan mudah untuk mematikan rumput liar tanpa perlu gunakan racun berbahaya, anda boleh cuba cara ini. Hasilnya boleh dilihat dalam tempoh seminggu sahaja!
Cuka makan
Sabun pencuci pinggan (cecair)
Botol penyembur
1.Isikan cuka makan ke dalam botol penyembur.
2.Campurkan kira-kira 3 hingga 4 sudu besar sabun pencuci pinggan ke dalam cuka tadi.
3.Goncang perlahan agar semua bahan sebati.
Semburkan larutan ini terus ke kawasan rumput liar yang ingin dihapuskan, sebaiknya ketika cuaca panas terik untuk kesan lebih efektif.
Semburan ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Dalam masa lebih kurang seminggu, rumput akan berubah warna menjadi coklat, mengering dan mudah untuk dicabut atau dibersihkan.
Cara ini lebih selamat, mudah dan tidak memerlukan penggunaan bahan kimia yang memudaratkan. Selamat mencuba!
Dengan cara ini, anda bukan saja dapat bersihkan kawasan halaman, tapi juga elak daripada guna bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan keluarga dan haiwan peliharaan. Mudah, jimat dan selamat. Itu yang paling penting!
Sumber: Pertanian Satu Perniagaan
Baca artikel lain juga: Rahsia Tanam Bayam Subur, Sihat Dan Besar-besar, Boleh Ikut Cara Lelaki Ini
Jangan Terus Guna Tanah Lama Kalau Nak Tanam Pokok Baru, Buat Langkah Ini Dulu
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.