Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, pasti pernah berdepan dengan masalah untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut di rumah. Malah, mesti ada juga di kalangan anda yang sudah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya namun masih tidak berjaya untuk menangani masalah tersebut.
Tahukah anda, sebenarnya ada petua dan cara mudah untuk menghapuskan haiwan perosak tersebut buat selama-lamanya daripada terus membiak dalam kediaman anda dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja.
Bahan diperlukan
Bahan apa yang cuma anda perlukan adalah serbuk belerang. Umum mengetahui, serbuk belerang adalah merupakan salah satu bahan kimia yang beupaya untuk menghalau haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular. Selain itu, ia berupaya untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut ini.
Cara-cara
Caranya, ambil satu atau dua sudu serbuk belerang dan bungkus ia menggunakan sehelai kain kecil. Lalu, diikat seperti seakan-akan sup bunjut yang selalu kita guna untuk memasak.
Ads
Apabila bunjutan serbuk belerang itu telah siap, letakkan ia di kawasan yang tersorok di sekitar dinding luar dan dalam rumah terutamanya di dapur.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda yang berhasrat ingin membeli sebuah rumah baharu khususnya di bawah projek perumahan dengan pemaju, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebagai seorang pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman tersebut.
Maka oleh itu, dalam episod Tip Impiana kali ini kami bawakan tetamu jemputan istimewa iaitu Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama hos segmen Tip Impiana, Raff dan tetamu jemputan telah memaklumkan ada beberapa perkara yang penting sebagai pembeli harus tahu sebelum mahu membeli rumah baharu dengan pemaju.
“Apa yang saya kongsikan ini sebenarnya adalah perkara asas yang pembeli harus tahu terutamanya kepada mereka yang pembeli rumah pertama yang masih tidak tahu beberapa perkara penting yang wajib anda tahu.
“Pertama sekali, anda perlu tahu mengenai pemilihan lokasi kediaman anda. Maksudnya di sini, anda perlu tahu di mana lokasi projek perumahan anda itu bakal dibangunkan dan sebagai pembeli anda kena tahu rumah yang anda mahu beli itu berada di lokasi mana dan sebagainya.
“Ini kerana sebagai pembeli anda kena tahu jarak dari lokasi perumahan anda ke tempat-tempat kemudahan awam seperti hospital, kedai ke tempat kerja dan sebagainya.
“Mengapa saya kata lokasi ada perkara pertama yang penting wajib anda tahu ini kerana kita lihat potensi projek kawasan perumahan kita itu sebab kita bukan beli rumah semata-mata, tetapi kita beli dengan persekitaran kawasan perumahan itu sekali,” jelasnya.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara yang penting wajib anda tahu sebagai seorang pembeli rumah baharu dengan pemaju, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tak sampai tiga hari beli sayur dah layu dalam peti sejuk. Selalukan jadi macam ni kan!
Ramai yang tidak tahu ada teknik simpan sayur agar tahan lama dalam peti sejuk.Teringin nak buat sup makan malam ni, tapi bila fikir balik, kalau beli bahan banyak terbuang, terus lupakan hasrat. Zaman sekarang ni, tak perlu risau, pelbagai cara digunakan untuk memudahkan kerja dapur. Suri rumah ini kongsi tip mudah dan jimat cara penyimpanan bahan masakan yang ada di dapur untuk tahan lebih lama.
Cara penyimpanan yang berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je
-daun sup perlu disimpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan di dalam peti ais
potong DUA botol minuman.masukkan daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR.Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk
-daun yang disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan
– Disimpan di dalam botol kaca dan diisi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut
-Air boleh ditukar dua minggu sekali atau ikut keperluan
-Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya
-Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk
-Disimpan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar
-Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah
-Simpan dalam peti sejuk InshaAllah akan tahan lama
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yang betul akan dapat bertahan lama .Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran,duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Siapa yang suka makan lobak putih ni? Tahukan khasiat lobak putih ni banyak sangat. Apabila bercakap pasal lobak, pasti terbayangkan lobak merah, betul tak? Namun hakikatnya, lobak putih juga tidak kurang hebatnya.
Bagi yang nak cuba tanam, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau dikenali juga sebagai Cikgu Kebun berkongsi panduan penanaman serta tip untuk dapatkan umbisi yang besar.
Tanam lobak putih ni memang syok sebab tanaman ini jenis nampak batang lobak keluar dari tanah bila dah matang. Paling best masa nak tuai, cabut dan pegang lobak tarik keluar dari tanah. Syok yaamat.
CK nak ajar macam mana nak tanam lobak putih, cara CK simple tapi hasilnya mantap.
1. Sediakan tong air
Cari tong air 200L belah 2, kalau tengok tong biru ni CK tak lubangkan. Sebab nak baja dan air 100% lobak ini ambil. Tapi jangan letak di tempat terbuka atau panas mesti letak bawah bumbung/ green house atau awning rumah.
ADVERTISEMENT
2. Buat campuran tanah
Bagi pokok jenis umbisi jangan guna tanah yang keras. Susah untuk lobak membesar. Boleh buat campuran macam ini; 2 baldi tanah sawit, 2 baldi tanah merah, 2 baldi sabut, 1 baldi sekam bakar, 1 baldi sekam mentah dan 500g baja wangi serbuk. Gaul semua campuran ini kemudian siram Soil treatment atau apa-apa Effective Microb (EM) untuk tanah.
3. Semai biji benih
Semai dulu biji benih lobak putih (boleh beli online) tapi jangan semai banyak. Sepokok satu lubang dalam tray semaian. Biji lobak putih jenis besar macam biji kangkung jadi cepat tumbuh. Kalau semai banyak macam CK, jenuh nak tanam. Kemudian pilih pokok yang betul-betul sihat untuk pindahkan.
4. Jarakkan sejengkal
Buat jarak sejengkal atau lebih setiap pokok, dan antara pokok. Sebabnya daun lobak putih tumbuh macam pokok sawi, lagi luas ruang lagi besar lobak kita akan dapat.
5. Siraman
Siraman kena ngam-ngam saja sebab CK tak lubangkan tong air sebelah bawah, jadi kalau air lebih nanti berenanglah lobak-lobak tu. Air siram basah saja, gunakan jari telunjuk cucuk dalam tanah. Kalau lembap tak perlu siram lagi.
6. Pembajaan
Cara pembajaan pula CK akan tabur baja wangi serbuk seminggu sekali dan siram dengan baja air LOF atau Single AB secara kerap tapi sikit-sikit. Lagi banyak kita buat pembajaan secara konsisten lagi besar lobak dan cepat hasil kita dapat. Disebabkan tempat tanam tiada lubang semua baja pokok dapat dengan banyak. Kesannya cepat pokok tumbuh membesar.
7. Kawalan serangga
Jangan lupa buat kawalan serangga seminggu sekali, secara semburan pada daun dan tanah. CK guna produk organik saja untuk buat kawalan ini.
8. Top up tanah
Bila nampak lobak putih mula keluar dari permukaan tanah, top up tanah. Tambah lagi banyak, lagi besar lobak akan dapat.
Insya Allah kalau buat yang CK ajar dalam 45-60 hari dah boleh tuai lobak putih. Bagus tanam atas bagi tinggi sikit macam buat rak, nanti nampak lobak putih ini menonjol atas tanah.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.