Ikon Bandaraya Putrajaya iaitu FLORIA Di Raja Putrajaya kembali semula selepas setahun tidak membuka tirai kepada peminat landskap dan hortikultur. Festival bunga terbesar Malaysia ini bakal berlangsung pada 25 Ogos hingga 2 Septemebr 2018 dengan bertemakan “10 Kegemilangan FLORIA” atau “10 Wonders of FLORIA”. Tema dipilih sempena meraikan ulang tahun penganjuran FLORIA ke-10 dengan bertemakan keajaiban 10 bunga yang pernah dipilih untuk menjadi ikon atau tema setiap tahun penganjuran. Seperti biasa, lokasi penganjuran bertempat di Anjung Floria Event Centre, Persint 4 Putrajaya dan di buka kepada umum 9.00 pagi hingga 10.30 malam untuk hari Isnin hingga Khamis dan 9.00 pagi hingga 12.00 malam pada hari Jumaat hingga Ahad. 

Floria Di Raja 2018 telah di anjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Tourism Malaysia yang diuruskan oleh anak syarikat milik PPJ iaitu PULSE Group dan Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB). Selain bertemakan 10 kegemilangan bunga iaitu bunga Raya, Orkid, Heliconia, Ros, Bunga Kertas, Begonia, Lily dan Kekwa, turut diraikan ulang tahun ke-61 Hari Kemerdekaan Malaysia. Justeru, pelbagai suntikan semangat patriotism, kesenian, kebudayaan dan pelbagai lagi dalam menyemarakkan bulan Kemerdekaan ini.

Antara tarikan utama dan komponen baru yang diperkenalkan di FLORIA di Raja Putrajaya 2018 adalah Wonder garden, Miniature garden, Entrance Statement, Designer Boutique Garden,  Fertigation garden dan Hipster Square. Manakala untuk pengajuran tahun ini, Floria Di Raja telah memilih Taman Diraja Perak yang diilhamkan dari Istana Kenangan di Kuala Kangsar dan Masjid Ubudiah. Tidak terkecuali, ikon-ikon budaya Perak seperti Arca Labu sayung dan motif sulaman tekap akan mengindahkan lagi keseluruhan rekabentuk Taman Diraja ini.

Pesta Landskap Dan Hortikultur,  FLORIA Di Raja Putrajaya Kembali Meraikan Ulangtahun Kegemilangan Yang Ke-10

Ads

Pesta Landskap Dan Hortikultur,  FLORIA Di Raja Putrajaya Kembali Meraikan Ulangtahun Kegemilangan Yang Ke-10

Entrance statement di laluan utama Anjung Floria Event Center sering menjadi perhatian pengunjung seawal melangkahkan kaki ke ruang festival ini. Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar ketika menyusurinya. Saban tahun penganjuran sebelum ini mempamerkan rekaan langitnya yang unik. Untuk 2018, gabungan fabrik berwarna dan beralun yang diinspirasikan daripada logo FLORIA diselang bersama 10 panel akrilik, memaparkan 10 tema bunga untuk setiap tahun penganjuran bakal mewarnai langit dan lantai ruang ini apabila menerima pancaran matahari dan limpahan lampu.

Ads

Selain pameraan taman dan bungaan, turut menjadi peminat hortikultur dan florikultur adalah Garden Bazaar dan Horticulture Market. Pelbagai jualan spesies tanaman ornamental mahu pun pokok buah-buahan akan dijual terus dari peladang dan pengusaha nurseri. Terdapat juga jualan hasil segar dari ladang yang dijangka akan menarik pengujung untuk ke Garden Bazaar. Di samping itu, Garden Bazaar turut menghimpunkan pelbagai produk dan teknologi pertanian dan khidmat landskap yang lain.

Sepanjang 9 hari penganjuran, landskap dan taman yang dipaparkan akan dibahagi kepada beberapa katergori iaitu The Wonder of Bonsai & Suiseki, Garden of Malaysia, Designer Boutique Garden, Taman Khas, Taman Kerajaan dan Korporat serta Taman Universiti dan kolej. Namun, untuk tahun ini Taman Sekolah yang dipertandingkan setiap tahun tidak mengambil tempat di sebabkan festival bakal berlangsung ketika musim cuti sekolah. Kesemua rekaan landskap dan taman yang dipertandingkan bakal merebut piala ulung Royal FLORIA Putrajaya Garden Cup dan Royal FLORIA Putrajaya Prime Award berserta beberapa anugerah sampingan lain dan wang tunai berjumlah RM 15,000 bagi pemenang anugerah utama iaitu Garden Prime Award.

Ads

Di samping itu juga, FLORIA di Raja Putrajaya 2018 turut membuka penyertaan di peringkat antarabangsa di mana 10 negara telah mengesahkan penyertaan di Floral Pavillion iaitu Brunei, China, Indonesia, Japan, Korea, Macau, Singapore, Vietnam, Taiwan dan Thailand. Flora Pavilion menawarkan piala rebutan Royal FLORIA Putrajaya International Cup.

Pengunjung bakal dikenakan harga tiket RM 12 dewasa dan RM 6 bagi kanak-kanak untuk weekday, manakala RM 15 dewasan dan RM 8 kanak-kanak pada weekend. Namun bagi mempercepatkan dan melancarkan urusan jual beli, pengunjung digalakkan membuat tempahan tiket secara online dengan potongan harga 20% dari harga biasa. Pihak penganjur berharap, sepanjang 9 hari penganjuran bakal memberi peluang perniagaan dan networking sesama pengusaha landskap dan hortikultur tempatan mahupun luar negara. Di samping itu juga, ia dijadikan sebagai platform untuk mendidik masyarakat di semua peringkat usia supaya lebih menghargai alam sekitar dan menghargai seni landskap.

Pesta Landskap Dan Hortikultur,  FLORIA Di Raja Putrajaya Kembali Meraikan Ulangtahun Kegemilangan Yang Ke-10

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI