PERMAIDANI TERBANG DALAM ILHAM RUANG

Share

Jika dahulu, tidak sah jika kediaman kita tidak mempunyai permaidani. Apatah lagi sewaktu kenduri kendara dan majlis hari raya, permaidani sudah pasti antara alas lantai penting bagi menyambut tetamu.  Biar apa pun coraknya atau warnanya itu semua tidak penting kerana dahulu, bukan mudah untuk orang kita memiliki permaidani. Apatah lagi yang bersaiz besar. Kini segalanya jauh lebih mudah dan murah.

Permaidani Parsi, permaidani buatan tangan yang begitu halus dan mahal harganya sudah pasti antara produk yang dibanggakan oleh tuan rumah. Malah permaidani persi lama dan buruk pun tetap ada nilaiya sebagai barangan antik. Ia boleh kita takrifkan sebagai karya seni yang bermutu tinggi. Mengambil masa sehingga beratahun-tahun untuk disiapkan dengan corak yang padat lagi sarat. Malah warnanya juga diperbuat daripada bahan organik

.

Pun begitu kini banyak permaidani merupakan produk buatan mesin yang jauh lebih pantas dan pelbagai rekaan yang mampu memenuhi permintaan khalayak dengan harga mampu milik. Ini juga merupakan satu fenomena yang mana  pereka mahukan sebuah permaidani  yang serasi dengan konsep di luar sana. Pelbagai idea dan sentuhan pereka untuk ruang di luar sana. Ia bagi memberi kepuasan dan menyelaras visual konsep  yang ada agar tidak nampak janggal.

 

Kini permaidani mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan warna serta corak. Dari polos, ke warna-warni, ke tekstur yang memberi kepuasan pandangan mata. Seperti konsep scandinavian yang agak ringkas, diserikan dengan permaidani buatan tangan. Begitu juga gaya kontemporari dan moden yang tampil elegan dengan permaidani corak moden yang adakala begitu ringkas dan bersahaja.

Gaya terbaik menikmati permiadani di ruang tamu adalah kaki hadapan permaidani perlu jejak sempadan permiadani.  Anda juga boleh bermain dengan permaidani bulat untuk  meja kopi bulat. Tidak salah jika anda menggandingkan perabot moden dengan permaindai corak etnik. Ia akan menukar mood ruang menjadi eklektik yang sangat eksklusif. Bayangkan hanya dengan sebuah permaidani boleh kita tukar mood ruang utama terbangnya sang permaidani di dalam minda kita. Simple-simple sahaja di IMPIANA.

IKLAN