Sebelum membeli rumah dan turunkan tandatangan untuk segala dokumen SNP, kami di IMPIANA sarankan anda untuk ikuti senarai checklist ini dahulu. Ini adalah kerana untuk mengelak keluhan kita sebagai pemilik kediaman di kemudian hari disebabkan tabiat kita yang tidak mengambil kisah tentang keadaan rumah yang bakal kita beli.
Anda kena ingat, beli rumah bukan macam beli baju. Kalau berkahwin, ada proses merisik atau berkenalan antara dua keluarga dan pasangan pengantin, begitu juga dengan rumah. Artikel ini menerangkan tentang merisik rumah yang bakal anda beli. Ikuti senarai pendek ini untuk kemudahan anda semua.
Senarai ini telah dikongsikan oleh Pensyarah Senibina Uitm serta penulis buku Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah, Dr. Azizul Azli Ahmad melalui perkongsiannya di laman sosial media facebook miliknya.
Lawatan lebih dari sekali
Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.
Lawatan waktu berbeza
Perhatikan kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat pada waktu malam.
Lawatan waktu hujan
Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.
Ads
Tanya jiran, tanya gerai makan
Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang dan lebih arif
Pengawal Keselamatan sumber maklumat
Mereka tahu jenayah banyak atau sikit.
Matahari petang jatuh dimana
Untuk memudahkan kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti.
Ads
Jangan datang seorang
Rakan kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila dan tak nampak kelemahan yang ada.
Tekanan air tinggi
Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.
Pekerjaan jiran tetangga
Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. peluang kita kena ngorat itu ada.
Ads
Projek akan datang
Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON, MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin berharga.
Jangan Kagum Rumah Contoh
Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.
Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hoarding atau tabiat mengumpul barang secara berlebihan boleh mengubah rumah yang selesa menjadi ruang yang sesak dan tidak terurus. Ia bukan sahaja menjejaskan estetika rumah, tetapi juga kesihatan mental dan fizikal penghuni. Berikut adalah panduan praktikal untuk mengelakkan rumah anda daripada menjadi sarang hoarder.
Kenali Tanda-Tanda Hoarding
Hoarding bukan sekadar memiliki banyak barang, tetapi melibatkan kesukaran untuk membuang sesuatu walaupun ia tidak lagi berguna. Tanda-tanda awal termasuk:
Ruang rumah mula dipenuhi barang yang tidak digunakan.
Kesukaran mencari barang penting kerana kekacauan.
Kebiasaan menyimpan barang “sekiranya perlu” walaupun peluang menggunakannya tipis.
Rasa tertekan atau cemas apabila memikirkan untuk membuang sesuatu.
Langkah pencegahan: Tanyakan, “Adakah saya menyimpan barang kerana keperluan atau emosi?” Jika emosi seperti nostalgia atau rasa takut kehilangan, ini petanda awal hoarding.
Tetapkan Peraturan “Masuk Satu, Keluar Satu”
Untuk mengelakkan penumpukan barang, amalkan peraturan mudah: setiap kali membeli sesuatu yang baru, buang atau dermakan satu barang lama yang serupa. Contohnya, jika anda membeli baju baru, pilih satu baju lama untuk disumbangkan.
Petua: Buat senarai barang yang masuk dan keluar setiap bulan untuk kekal terkawal.
Susun dan Kategorikan Barang
Kekacauan sering bermula apabila barang tidak mempunyai tempat khusus. Luangkan masa untuk menyusun barang mengikut kategori seperti pakaian, dokumen atau peralatan dapur. Gunakan kotak, rak atau label untuk memastikan setiap barang ada “rumah” sendiri.
Langkah praktikal:
Gunakan kaedah KonMari (Marie Kondo): Simpan hanya barang yang “mencetuskan kegembiraan” atau benar-benar berguna.
Tetapkan ruang penyimpanan yang realistik. Jika ruang penuh, itu tanda untuk mula membuang.
Jadualkan Pembersihan Berkala
Jangan tunggu rumah jadi kelam-kabut. Tetapkan jadual mingguan atau bulanan untuk menyemak dan membuang barang yang tidak diperlukan. Contohnya:
Semak peti sejuk dan pantri untuk makanan tamat tempoh.
Siasat almari pakaian untuk pakaian yang sudah tidak muat atau rosak.
Buang kertas atau dokumen lama yang tidak lagi relevan.
Petua: Gunakan teknik “15 minit sehari”. Luangkan 15 minit setiap hari untuk mengemas satu sudut kecil rumah.
Hadkan Pembelian Impulsif
Pembelian impulsif adalah penyumbang utama kekacauan. Sebelum membeli sesuatu, tanya diri anda:
Adakah saya benar-benar memerlukan ini?
Adakah saya mempunyai ruang untuk menyimpannya?
Adakah saya akan menggunakannya dalam masa terdekat?
Langkah pencegahan: Tunggu 24-48 jam sebelum membeli barang yang tidak dirancang. Ini membantu mengurangkan pembelian emosi.
Utamakan Kualiti, Bukan Kuantiti
Daripada memiliki banyak barang murah yang cepat rosak, melabur dalam barang berkualiti tinggi yang tahan lama. Contohnya, pilih satu periuk tahan lama daripada tiga periuk murah yang mudah rosak.
Dapatkan Sokongan Jika Perlu
Jika anda merasa sukar untuk membuang barang atau rumah sudah mula sesak, jangan malu untuk meminta bantuan. Berbual dengan rakan, keluarga atau profesional seperti penganjur rumah (professional organizer). Dalam kes yang serius, berunding dengan kaunselor atau psikologis boleh membantu menangani punca emosi hoarding.
Sumber bantuan:
Di Malaysia, anda boleh mencari perkhidmatan penganjur rumah melalui platform seperti Recommend.my atau menghubungi Persatuan Kesihatan Mental Malaysia untuk sokongan emosi.
Budayakan Minimalisme
Minimalisme bukan bermakna hidup tanpa barang, tetapi fokus pada apa yang benar-benar penting. Mulakan dengan kecil:
Kosongkan satu laci atau rak.
Hadkan barang hiasan kepada beberapa keping yang bermakna.
Digitalkan dokumen atau gambar untuk mengurangkan barang fizikal.
Faedah minimalisme: Rumah yang teratur bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga mengurangkan stres dan memudahkan pembersihan.
Kesimpulan
Mengelakkan rumah daripada menjadi sarang hoarder memerlukan kesedaran, disiplin dan tindakan konsisten. Dengan mengamalkan peraturan mudah seperti menyusun barang, mengurangkan pembelian impulsif dan membuang barang yang tidak diperlukan, anda boleh mengekalkan rumah yang bersih, selesa dan bebas tekanan. Mulakan dengan langkah kecil hari ini dan nikmati ruang yang lebih harmoni esok.
IMPIANA: ‘Spring cleaning’ bukan sekadar aktiviti pembersihan biasa, tetapi juga peluang untuk memberi perhatian tambahan kepada rumah anda dan mencipta persekitaran yang lebih bersih, selesa dan menyegarkan untuk didiami.
Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-17, Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI, pada Rabu.Inisiatif pembaharuan jenama ini selaras dengan ulang tahun ke-17 Coway dan menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.
Semasa acara Brand Renewal, wakil-wakil dari Coway Malaysia berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia. Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaru.
Oleh itu, Coway juga percaya bahawa untuk mengekalkan relevansi jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi innovator and caregiver yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik – setiap saat setiap hari.
Duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud “Change” dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya. Pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway, penulen udara NOBLE dan banyak lagi telah dipamerkan semasa majlis tersebut.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, “2023 merupakan tahun yang hebat untuk kami di Coway Malaysia. Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik-detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami. Dan kini, kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui yang mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.”
Komitmen yang digalas oleh Coway 17 tahun yang lalu untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia tidak goyah dan akan terus memenuhi janji ini untuk membawakan pengalaman peralatan rumah yang holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat Best Life Solution.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Berikut adalah 10 jenis serangga perosak dan pemusnah yang digeruni pekebun-pekebun tak kira lah skala kecil mahupun besar. Bukan mudah untuk mengatasi serangga tersebut. Dah sembur racun hari-hari pun tetap ada serangan serangga. Sebab itu, kebanyakan peladang menggunakan racun yang sangat kuat untuk mengawal serangga bagi memastikan hasil tanaman yang diperlukan untuk pasaran mencukupi
10 serangga yang memberi ancaman tinggi kepada tanaman adalah seperti berikut:
Kumbang
Belalang
Kupu-kupu
Ulat Bulu
Siput
Lintah Bulan
Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit) Aphis @ Aphid @ kutu Daun
Koya Pianggang
Teritip (Scaler)
Kulat Putih
Namun, penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Terdapat cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
1 liter air
1 sudu besar minyak masak / minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh
4-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara-cara:
1) Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air.
2) Tumbuk 4 hingga 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi, kacau dan tapiskan
Cara penggunaan:
1. Untuk penyemburan, campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air. Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan 2-3 biji cili api yang telah di tumbuk atau dihancurkan ke dalam bancuhan semburan. Manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang sering digunakan untuk penggemar herba dalam kuantiti yang sedikit.
2. Bagi yang berskala besar, boleh campurkan ekstrak bawang, tapis dan campurkan air sebanyak 1 liter. Kemudian sembur pada pokok dan sesuai untuk mengawal penyakit reput antraknos.
Untuk masalah atau penyakit lain:
1. Mengawal masalah lecuh
Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)-untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).
2. Mengawal kulapuk
Ekstrak halia-untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.
3. Mengawal kutu
Ekstrak daun Neem (semambu)-untuk mengawal vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
4. Mengawa teritip dan lalat putih
Ekstrak bawang putih-untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1 :200.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!