Nak beli gerudi dinding atau drill boleh jadi keliru. Bukan sahaja macam-macam jenama yang ada di pasaran, pelbagai fungsi, kod dan jenis pun boleh buat anda pening kepala. Lebih-lebih lagi, bila anda sebenarnya bukan lah nak menukang beria-ia macam pro. Cukup sekadar nak tebuk dinding untuk gantung bingkai dan kegunaan asas.
En Azmi Moh berkongsi jenis drill yang sesuai dengan kegunaan asas di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Ads
Ads
Ads
Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli DRILL ni, macam-macam jenis, macam-macam jenama, macam-macam kod, macam-macam fungsi.
Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah, pilih Hammer Drill, 700w keatas. Tak kisah jenama apa. Yang penting watt dia. Ia menunjukkan kekuatan Drill itu mampu bekerja. Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah.
Kalau tukang, kena adalah lah semua DRILL A,B&C. Fungsi dia berbez-beza. Daril Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang screw. Kerja-kerja kayu dan elektrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar. Semoga bermanfaat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Lampu sensor pada air-cond yang normal kebiasaanya berwarna hijau atau biru (bergantung pada jenama) Tapi, apabila lampu sensor kuning atau merah menyala apa yang perlu anda lakukan? Pertama, periksa timmer pada remote air-cond. Jika semuanya telah dilakukan dan apu kuning/merah masih menyala, Ia menunjukan air-cond anda alami berberapa masalah atau kerosakkan. Antaranya ia disebabkan oleh:
1. Gas bocor/tidak cukup
2. masalah pada coil sansor
3. Masalah capacitor
Namun, ada juga masalah ini berpunca dari kerosakkan lampu sansor. Namun, jika air-cond dah on, tapi tak rasa sejuk atau kipas diam ia mungkin disebabkan oleh 3 masalah di atas. Untuk masalah-masalah, sebaiknya panggil pakar untuk baik pulih dengan kadar segera
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Di musim PKP ini ramai yang banyak masa untuk cantikkan rumah. Begitu juga dengan Mohd Haffez Hanip (panggilan Afiy Hanip) dan isteri Ungku Nurshahfarina Ungku Abdul Rafar ini telah menghasilkan sebuah ‘accent wall‘ atau dinding tumpu untuk kediaman mereka. Pasangan yang dikurniakan dua orang cahaya mata ini dapat menghasilkan accent wall yang cukup mengujakan ramai peminat dekor diluar sana. Jom kita dengan kisah sebalik DIY dinding tumpu ini.
“Tercetusnya idea untuk projek DIY accent wall ini adalah untuk buat suasana rumah nampak lebih cantik dan minimalis. Selain itu saya sendiri ingin mencuba benda baru and jadikan inspirasi kepada orang ramai di mana konsepnya adalah hiasan ala bangsawan dengan bajet ekonomi. Idea dan permintaan ini juga tercetus drpd isteri sendiri juga, Ungku Nurshahfarinah, kata Afiy.
Tambahnya lagi, trend wainscotting juga ada di dalam radar idea saya untuk buat hiasan dinding tetapi saya cuba mencari sesuatu yang lain dari yang lain. Saya juga ada membuat rujukan dan akhirnya dapat inspirasi accent wall ni daripada laman facebook Tukang Apa Hari Ini dan rujukan idea accent wall dari google.
Keseluruhan projek dibuat secara DIY ( Do it yourself ) dimana semua barang dan peralatan dibeli sendiri dari. Seperti peralatan kayu saya ada beli sendiri di kilang kayu sebab boleh pilih kayu yang lebih cantik dan berpuas hati dengan jenis kayu yang dipilih. Kos barangan yang dibeli dalam RM 210 sahaja. Kalau Pereka hiasan dalaman pasti kos berlipat kali ganda dan tersasar dari konsep hiasan mampu milik.
Peralatan asas yang perlu ada :-
1. Kayu yang siap diketam dan dipotong. Saiz panjang 8 kaki tebal 10mm (depends pada keperluan masing2)
2. Gam kayu
3. Muskin tape
4. Pita pengukur
5. Pensel penanda
6. Tangga
7. Cat Kansai Paint Deer Skin
8. Gergaji mata halus
Afiy hanya ambil masa dalam seminggu untuk proses mengukur, memotong dan melekatkan kayu pada dinding untuk struktur accent wall. Kemudian proses mengecat dalam 3-4 jam
Saya harap hasil Accent Wall DIY ini dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk berkarya menghias kediaman masing. Aktiviti ini juga boleh jadi aktiviti sihat keluarga di musim PKP dimana masa terluang di rumah lebih banyak.
Daun kesum disebut juga di sesetengah tempat sebagai daun cenohom atau rau ram namanya di Vietnam. Kesum adalah tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggara yang tumbuh meliar di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Ia dikenali juga dengan nama botaninya polygonum minus. Pokok kesum merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga polygonaceae yang terdapat diMalaysia dan negara beriklim tropika.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.
Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.
Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Dalam 100 g, bahagian yang boleh dimakan daun, daun kesum mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 18.4 g, serat 2.8 g, kalsium 232 mg, fosforus 19 mg, ferum 3.2 mg, natrium 19 mg, kalium 308 mg, karotena 7433 mg, vitamin A 1239 mg, vitamin B10.15 mg, vitamin B2 0.2 mg, niasin 2.8 mg, vitamin C 125 mg.
Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob. Ðaun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran. Kajian mendapati kandungan bahan alipathis aldehyde ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu.
Dari aspek dunia perubatan Melayu, herba yang bersifat panas ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara kelebihan daun kesum ini ialah :
1. Menguatkan daya penglihatan
2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman 3. Mengharumkan tubuh
4. Mengatasi masalah keputihan 5. Baik untuk wanita lepas bersalin
6. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh. 7.Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.
8. Mengharumkan tubuh 9. Bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam.
10. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah.. 11. Tonik hati, buah pinggang dan darah
12. Mengeluarkan angin dari perut dan usus. 13. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,
14. Membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid. 15. Ubat Gout/radang sendu. Ðaun kesum juga digunakan untuk merawat reumatisme, gout
16. Merawat radang sendi 17. Melegakan batu karang.
18. Masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut
** Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas. 19. ubat pupuk di tempat berkudis.
Namun bagitu pengambilan terlalu kerap adalah tidak digalakkan, kerana kandungan asid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam tubuh.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!