
Pembiakan Mawar Melalui Keratan Batang, Cara Mudah Tanam Ros Cepat Berakar! Rose atau mawar merupakan antara tanaman wajib bagi mereka yang meminati laman dan kediaman berkonsepkan Inggeris. Walaupun tanaman berduri ini berasal dari kawasan iklim sejuk, kini terdapat pelbagai spesies yang sesuai dan serasi ditanam di Malaysia.
Disebabkan bentuk dan warnanya yang pelbagai, ramai peminat bunga sanggup berbelanja lebih demi menambah koleksi ros di laman mereka. Satu pokok mawar sahaja boleh mencecah puluhan ringgit. Namun begitu, tahukah anda bahawa pembiakan mawar sebenarnya amat mudah dilakukan dengan teknik yang betul?

Cara Paling Mudah Pembiakan Mawar
Antara teknik yang sering diamalkan untuk tujuan pembiakan mawar ialah melalui kaedah keratan batang. Melalui cara ini, proses pembiakan boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan menjimatkan kos.
Langkah-langkah Pembiakan Mawar Melalui Keratan Batang
- Ambil keratan batang dari pokok mawar yang sihat.
Potong setiap keratan batang kira-kira 6 inci panjang dan tinggalkan hanya dua set daun di bahagian atas. Selepas dipotong, segera rendamkan keratan batang tersebut ke dalam air bersih tanpa klorin. - Kikis kulit di bahagian bawah batang.
Kikis lebih kurang 1 inci kulit di bahagian bawah menggunakan pisau atau gunting tajam. Lakukan perlahan-lahan bagi mengelakkan batang ros cedera. Tujuan proses ini adalah untuk merangsang akar baru tumbuh dengan lebih cepat.



3. Rendam dalam hormon pengakaran.
Masukkan keratan batang yang telah dikikis ke dalam larutan hormon pengakaran selama beberapa minit sebelum ditanam.

4. Sediakan medium semaian.
Gunakan botol atau cawan plastik sebagai bekas semaian dan pastikan terdapat lubang saliran di bahagian bawah. Medium yang sesuai ialah tanah campuran organik yang peroi dan mempunyai pengudaraan baik.

5.Buat lubang tanam.
Dengan menggunakan batang kayu atau lidi, buat lubang sedalam 3 inci di tengah-tengah medium semaian untuk menanam keratan mawar.

6.Masukkan keratan batang ke dalam medium.
Letakkan batang yang telah direndam hormon pengakaran ke dalam lubang tadi, kemudian padatkan tanah di sekelilingnya supaya berdiri tegak.

7.Susun dan siram.
Susun semua bekas semaian ke dalam kotak atau tong plastik lutsinar. Siram dengan penyembur halus bagi memastikan medium sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah.

8.Tutup dan simpan.
Tutup permukaan kotak dengan pembalut makanan (plastic wrap) dan buka sedikit ruang untuk pengudaraan. Simpan di kawasan teduh yang tidak menerima cahaya matahari secara langsung.

9. Siraman
Lakukan siraman dengan menggunakan penyembur dan pastikan medium tanaman lembap sepenuhnya.


Penjagaan Selepas Pembiakan Mawar
Selepas seminggu, keratan batang mawar di dalam mini greenhouse akan mula mengeluarkan tunas baru. Apabila daun baru tumbuh dan kelihatan matang, ia menandakan akar telah terbentuk sepenuhnya. Pada tahap ini, anak pokok ros boleh dipindahkan ke pasu kekal.

Dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini, anda boleh menghasilkan banyak pokok ros baharu tanpa perlu membeli setiap kali. Kaedah pembiakan mawar melalui keratan batang bukan sahaja menjimatkan, malah memastikan anda mendapat tanaman yang serupa dengan pokok induk asal.
Selamat mencuba dan semoga laman anda bertambah meriah dengan keindahan bunga mawar yang harum dan menawan!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca: Self-Pegging Ros: Teknik Mudah Bentuk Rimbunan Mawar Cantik & Banyak Bunga!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di


