Pelan Kediaman TERES Terbaik, Pilih Ikut Keperluan Keluarga!

Share

Pelan Kediaman TERES Terbaik, Pilih Ikut Keperluan Keluarga! Memang ada benarnya memilih kediaman yang terbaik untuk keluarga merupakan satu keputusan besar. Pemilihan pelan lantai kediaman juga memainkan peranan penting.Pastikan ia benar-benar memenuhi keperluan dan sesuai dengan keluarga kita.

Baca perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad ini sebagai panduan.

MANA PELAN KEDIAMAN TERES TERBAIK?

Kita bukan orang kaya, boleh jadi beli kediaman sekali seumur hidup sahaja. Pastikan kediaman kita pilih penuhi matlamat dan keperluan hidup kita. Setiap dari kita ada matlamat berbeza.

Jenis Pelan Lantai Kediaman

A. Kelebihan kediaman jenis A ini akan nampak ruang lebih luas. Dari pintu depan akan nampak terus ke dapur makan. Kurang manis jika dapur kita tidaklah kemas.

Apatah lagi ruang dapur ini adalah ‘aurat’ bagi wanita selalu disitu. Kedudukan bilik yang menghadap terus ruang jika terbuka adalah kurang baik. privasi kurang diutamakan.

B. Kediaman jenis ini, mengabungkan ruang tamu dan ruang makan. Selepas memasak, perlu ke depan untuk hidangkan makanan. Kedudukan bilik agar tertutup dan baik. Aurat penghuni rumah lebih terjaga jika ada tetamu.

C. Kediaman jenis ini menjaga privasi tuan rumah. Hanya ruang tamu dihadapan dan melindungi pandangan penghuni rumah. Ruang dapur dan makan bersebelahan dan mudah untuk disedikan. Cuma kamar mandi untuk bilik 2 dan 3 perlu keluar melalui ruang makan. Tak manis berkemban woi!

D. Kediaman jenis ini lebih baik secara privasi kepada penghuni. Setiap bilik ada kamar mandi sendiri dan laluan masuk bilik terlindung dari pandangan umum. Aurat penghuni lebih terjaga.

Kawan kawan, pilih kediaman yang penuhi keperluan keluarga kita.
Elakkan beli kediaman yang perlukan kita keluarkan belanja renovasi beribu harganya. Ia tidak penuhi keperluan hidup kita.

Pastikan kediaman kita beli ada 3 zona ruang iaitu PRIVASI, SEMI PRIVASI dan PRIVATE

Mesti Baca:Panduan Beli Rumah Teres, Bakal Pembeli Jangan Pandang Remeh


Baca Lagi Di Sini:Kalau Berhajat Nak Beli Rumah Teres, Ciri-Ciri Ini WAJIB Ada
Artikel Menarik:Rumah Teres Berusia 80 Tahun Kini Sebuah Resort Moden Tropikal

IMPIANA:Semoga perkongsian ini menjadi panduan. Apa pun sebelum membeli kediaman pastikan ia memenuhi keperluan hidup keluarga kita.

Sumber:Azizul Azli Ahmad

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN