Tidak semua di antara kita bernasib baik apabila baru berkahwin tetapi telah mempunyai sebuah rumah besar lengkap dengan perabot dan sebagainya. Kebanyakan daripada pasangan baru berkahwin bermula dengan kosong dan berdikit-dikit menyediakan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga. Ada yang mengambil masa bertahun dan ada pula yang bijak merancang lalu mereka berjaya menghias kediaman dengan kos yang rendah tetapi cantik.
Ini yang dilakukan oleh Jazlan Nangar iaitu seorang jurugambar profesional. Beliau dan isteri mengumpul barang dekorasi sedikit demi sedikit dan kebanyakannya dibeli dengan harga yang berpatutan. Caranya adalah rajin survey kedai-kedai barangan dekorasi dan ada juga yang dibeli di Ikea (as-is). Paling unik kayu palet yang disusun menjadi rak tv. Kreatif dan yang penting bijak jimat kos.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Spesifikasi: 1 ruang utama (ruang tamu, ruang makan dan dapur), 6 kamar beradu, 6 kamar mandi
Karya pereka sememangnya merupakan satu ilham untuk berkomunikasi dengan kita secara halus. Ada yang cuba menegur kepincangan sesebuah masyarakat, ada yang cuba memberi pandangan serta banyak juga yang menyalurkan motivasi kepada kita.
Karya seni reka bentuk dalaman pereka wanita yang satu ini pula adalah mewarnai kasih sayang di antara ahli keluarga. IMPIANA meninjau idea dan sentuhan moden pereka Steph Low dariYong Studio.
AURA KEKELUARGAAN
Kediaman berkeluasan sekitar 4468 kaki persegi diolah sempurna oleh Steph Low dan pasukan perekanya. Mereka telah mencanai ilham agar ruang kediaman semi D tiga tingkat ini tampil selesa, moden dan eksklusif. Apatah lagi tuan rumah mempunyai anak kecil dan memerlukan ruang yang selamat untuk trafik domestik. Bahkan ruang utama juga perlu memudahkan pemilik untuk melaksanakan aktiviti seharian mereka tanpa adanya gangguan dan rasa resah.
“Saya melihat kediaman ini agak besar dan selalunya kediaman seperti ini membuatkan ahli keluarganya lebih senang bersendiri atau melakukan urusan sendiri. Jadi, saya berhasrat untuk menyatukan aktiviti mereka di dalam satu ruang bagi menerbitkan aura kekeluargaan dan kasih sayang,” ujar Steph yang begitu sensitif dan prihatin dengan gaya hidup pelanggannya.
Bagi ruang utama, pereka membuka apa juga dinding yang menghalang agar ruang ini tampil lebih luas, selesa dan memberikan suasana lebih positif untuk anak-anak bermain juga lain-lain aktiviti kekeluargaan. Tidak hairanlah jika Steph memilih ilham moden ringkas dengan hiasan eksklusif bagi setiap ceruk ruang.
RUANG UTAMA BERSIFAT ABADI
Jika dilihat ruang utama dihias dengan perabot dan aksesori moden kontemporari. Ringkas namun selesa dengan pilihan perabot eksklusif yang direka dengan material mewah. Bagi Steph, setiap daripada material ini mempunyai nilai estetika penuh elegan. Oleh itu ruang ini tidak perlu dipenuhkan dengan hiasan lain, malah pemilihan warna juga dilihat sangat santai dan bersifat abadi. Tidak akan jemu biar dimamah waktu.
Jika dilihat pada ruang tamu dan makan ruang kediaman semi D ini juga umpama sebuah kediaman banglo moden kerana bebas daripada dinding penghalang. Manakala kehadiran dapur kering di situ dengan rekaan urban elegan melengkapkan lagi pelan lantai sebuah kediaman moden.
“Bagi saya ibu bapa hari ini mempunyai waktu yang terhad untuk menguruskan anak-anak mereka. Biar pun begitu, dengan adanya segala kelengkapan di dalam sebuah ruang akan membantu mereka memantau anak-anak di samping menyempurnakan tugasan lain,”ujar Steph lagi.
SELESA SEGAR
Bagi Steph, dia berasa puas apabila diberi amanah mereka ruang kegunaan sekeluarga dengan semaksimum mungkin. Penelitian bukan sekadar pada warna tetapi juga pada pencahayaan dan sistem pengudaraan semula jadi. Ini penting agar ruang kekal selesa dan segar. Projek yang mengambil masa sekitar tiga bulan ini sememangnya banyak memberi ilham kepada Steph bahawa ruang mampu mengikat kemesraan antara ahli keluarga. Malah kediaman ini diolah dengan bijak dan strategik. Steph berjaya menukar ruang yang dahulunya biasa tampil luar biasa dan berguna kepada semua.
Tip Dekorasi Oleh Steph Low
*Fotografi: Yong Studio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Peach adalah warna yang cukup popular dan digemari ramai. Namun tidak ramai yang sedar bahawa peach adalah warna yang agak payah untuk disuai padan dengan rona lain. Malah peach sendiri hasil kombinasi jingga dan merah jambu. Jadi dua rona yang cukup berpengaruh ini adakala membuat kita keliru. Adakah ia sesuai dipadankan dengan rona perak atau emas? Begitu juga dengan rona yang lain, adakah ia sesuai di padankan dengan rona lembut atau terang?
Peach dilihat antara rona romantis yang unik. Tidak terlalu feminin malah elegan dan matang. Selalunya pereka akan mengenakan rona selamat seperti putih gading atau putih asli sebagai padanan untuk hiasan. Jika biasannya agak gelap sedikit, disamakan dengan perabot kayu seperti ala Sepanyol, Bali dan perabot jati. Ia dilihat mampu memberi keseimbangan pada ruang agar tidak gelap dan membosankan. Malah ruang nampak lebih warm dengan kemasan yang sesuai seperti terracota dan kemasan mewah seperti papan jalur.
Tidak salah jika anda mahu memilih gaya romantis dengan memilih rona peach yang lebih lembut. Rona pastel selalunya dapat digandingkan dengan baik dan cantik jika kita bijak memilih apa yang sesuai dengan ruang mahu pun konsep yang mahu kita serlahkan. Jika mahu tampil harmoni, anda boleh memilih jingga pastel dan merah samar sebagai satu gandingan yang indah. Jika mahukan sentuhan kontra yang indah mungkin hijau samar dan unggu pudar dilihat lebih menyerlah. Malah yang menariknya rona ini cukup sesuai untuk kamar kanak-kanak, kamar pengantin dan kamar untuk warga emas. Apa yang anda perlu lakukan, pilih biasan yang sesuai.
SIMPLE-SIMPLE JE DI IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebelum ini Impiana ada kongsi mengenai usaha gigih seorang ayah membina sendiri banglo idamannya yang menjadi syurga buat seisi keluarga. Kali ini kita sambung pula mengenai pengorbanan si bapa demi menjamin keselesaan anaknya. Sekali lagi coreten Hajar Yahya menyentuh perasaan. Nak tahu apa ceritanya pula kali ni, Jom baca.
Artikel ini aku dedikasikan khas buat abah aku, Pakya. Walaupun dia tiada FB, kalau dia terbaca ni, aku harap dia tahu aku bangga punya ayah macam dia.
Bulan puasa tahun lepas pemula segalanya. Aku yang berniaga online sering mengeluh sebab tak punya ruang pejabat sendiri.
Habis satu rumah bersepah dengan barang perniagaan aku. Depan TV tempat aku tulis pesanan, di dapur kering tempat aku bungkus barang, di ruang tamu tempat aku buat sepah dan macam-macam lagi.
“Abah, boleh tak nak guna bilik jadikan ofis? Buat macam ofis betul.” Aku harap dia jawab ya.Sebaliknya dia jawab,
“Tak boleh. Nanti abah buatkan ofis untuk awak.”
Speechless…
Tak lama lepas tu, lepas raya seingat aku. Abah aku mula mengemas garaj kereta dia. Dia bersihkan lantai garaj dan buka atap. Selepas itu, bahan-bahan binaan pula sampai. Batu blok, pasir, simen selambak di depan rumah.Tak banyak cakap, abah aku pun mula kerja buruh kasar dia. Naik batu blok satu persatu.
Usai solat Subuh, aku tengok abah dah siap salin “uniform” kerja. Garaj yang dulu kosong tanpa dinding, sudah ada dinding.Tak mengeluh, tak mengadu. Semuanya dia buat sendiri.
Aku yang sayu. Ya Allah bergenang air mata aku tengok dia usung kereta sorong penuh dengan pasir dan simen pukul 1 tengahari.“Abah, makan dulu. Dah tengahari ni.”
“Nantilah. Abah nak siapkan ni sikit je lagi.” Dia balas ringkas.
Ya. Itulah abah aku. Orang kata “action speaks louder than words”.
Ha macam itulah abah. Tak banyak cakap, dia buat je kerja. Dia buat semuanya dengan seikhlas hati. Dan kalau tengah kerja, dia mesti buat sampai habis.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Dah berbaldi peluh keringat dia kalau aku boleh kutip dari mula dia buat kerja. Aku bayangkan pejabat aku tu nanti comel je. Sebab saiz garaj hanya boleh muat sebuah kereta.
Sekali siap jadi dua tingkat.
Ada tingkat bawah dan atas. Masa tu perasaan aku punyalah wowww tak terkata. Impress gila dengan abah aku. Garaj kereta sepatutnya bertukar menjadi pejabat kecil. Yang tersergam indah depan aku adalah sebuah rumah kecil. Lengkap segalanya. Ada ruang tamu, ada ruang dapur siap kabinet, ada bilik tidur, ada ruang rehat, ada tandas semualah. Bergenang air mata aku sekali lagi dengan abah. Betapa besar pengorbanan dia pada aku. Terpancar kasih sayang ayah pada anak. Dan aku sedar, latarbelakang pendidikan bukan segalanya. Yang penting semangat dan usaha tanpa putus asa.
Abah bukan arkitek apatah lagi engineer. Dari sekolah rendah, kalau cikgu tanya ayah awak kerja apa, aku jawab aku anak tukang kayu. Bertukang dah sebati dalam darah yang mengalir dalam diri dia. Ada sesekali aku terdengar perbualan tetamu yang datang ke rumah dengan abah.
“Mana pakcik dapat idea buat rumah ni?”
“Semuanya dah ada dalam kepala ni. Automatik siap dengan kiraan kos dan bahan-bahan.” Dia balas selamba.
Wallahualam. Mungkin itu anugerah Allah pada abah.
Jujurnya rumah kecil ini banyak yang custom made. Tingkap labuh ni semuanya abah tempah ikut saiz yang dia nak.
Kabinet dapur pun abah buat ikut selera sendiri.
Hiasan dan dekorasi pun semuanya kami cari sendiri. Tinjau sana sini baru beli. Dan mesti kena ikut tema dan citarasa abah.
Jemputlah tengok gambar hasil tangan abah dan aku (sikit je hias-hias). Untuk barang dalam rumah, kebanyakannya dari Ikea dan Mr DIY. Ringkas tetapi sedap mata memandang pada kami.
Akhir kata sebagai penutup, cinta ayah itu kadang kala memang tak terlihat. Tak nampak. Tapi kita pasti merasakannya. Ayah yang tak banyak bicara terkesan tak peduli, tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya adalah kita. Abah, pinjamkan aku hatimu agar aku belajar bagaimana menghadapi masalah tanpa mengeluh sedikit pun.
Di setiap keringatmu, di setiap lelah nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih abah.
Kredit: Hajar Yahya dan www.thevocket.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.