Dinding accent ataupun lebih sinonim dengan terma feature wall umumnya merupakan perkara pertama yang kita lihat apabila masuk ke sesuatu ruang dalam kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang dapat membezakannya daripada dinding yang lain.
Dinding accent merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang mahukan kelainan pada kediaman dengan mewujudkan satu titik fokus yang menarik dan lebih menonjolkan keunikan ruang. Dengan menumpukan perhatian pada dinding accent ini, ruang kediaman yang hambar akan serta-merta kelihatan lebih segar dan berwajah baharu.
Tetapi awas, dinding pertama yang anda lihat ketika memasuki ruang tidak semestinya sesuai dijadikan dinding accent. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih dinding yang ingin di highlight kerana jika tersalah pilih, ia hanya akan membuatkan ruangan tampak ganjil dan mengelirukan! Jadi bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan ini, IMPIANA telah sediakan tip dan panduan memilih dinding accent serta cara menghias sesuai mengikut ruangan yang ada.
PERTAMA
Dinding yang bertingkap atau pintu adalah perkara pertama yang patut anda elakkan ketika memilih dinding accent. Ia seharusnya menjadi titik fokus ruangan, jadi objek atau bukaan seperti tingkap hanya akan mengambil alih tumpuan pada dinding utama.
KEDUA
Ads
Berani bermain dengan warna. Untuk kesan yang lebih dramatik dan mendalam, padankan warna gelap pada dinding accent dengan warna yang lebih neutral dan ‘ringan’. Ini akan mewujudkan kontras yang amat menarik. Pasti tetamu tidak akan terlepas pandang pada feature wall yang anda cipta.
KETIGA
Ads
Sebelum memilih warna cat pada dinding accent, pastikan anda mengambil kira tentang perabot yang mungkin akan diletakkan dihadapannya. Pilih warna yang akan menonjolkan, bukan menenggelamkan hiasan anda.
KEEMPAT
Ads
Susunan perabot yang starategik juga amat penting bagi membantu menonjolkan lagi dinding accent yang telah anda pilih. Pencahayaan juga patut dititik beratkan supaya mendapat kesan yang maksima.
KELIMA
Terdapat juga alternatif lain selain mengecat dinding accent. Anda boleh pasangkan wallpaper ataupun binakan rak buku custom bagi menambah nilai estetik pada dinding. Apa saja yang anda rasakan dapat mencuri tumpuan pengunjung boleh digunapakai.
Jangan takut untuk bereksperimentasi, ikuti naluri kreatif anda dan yang paling penting, have fun! Selamat mencuba ya.
Selain untuk tujuan membersihkan gigi anda, ubat gigi juga mempunyai kegunaan lain yang jarang dipraktikkan. Berikut, 20 penyelesaian mudah dan cepat hanya dengan menggunakan ubat gigi:
11.Atasi jerawat Ramai telah membuktikan bahawa dengan menggunakan ubat gigi yang dibiarkan semalaman mampu menghilangkan masalah jerawat. Letakkan ubat gigi pada tempat-tempat jerawat sahaja tau..
12. Bersihkan seterika Seterika yang dah lama tu mesti tapaknya meninggalkan pelbagai kesan kotoran. Paling tidak, kekuningan kan? Dengan menggunakan ubat gigi seperti yang dilakukan pada barang perak, seterika anda kelihatan seakan baru.
13. Bersihkan skrin telefon Untuk mendapatkan paparan lebih jelas seperti baru di beli, gosok ubat gigi pada skrin telefon anda dan cuci dengan kain bersih yang telah dibasahkan sedikit
14. Hilangkan bau busuk pada kasut Kasut dah lama dan kerap dipakai mesti tak lari dari bau yang kurang menyenangkan. Ramai mengambil langkah untuk melakukan cucian. Cucian dengan menggunakan ubat gigi lebih berkesan untuk menyingkirkan bau kasut berbanding sabun.
15.Calar pada kereta Untuk menghilangkan kesan calar pada kereta, lakukan kaedah yang sama seperti menghilangkan calar pada CD.
16.Mencuci tangan Ubat gigi bukan sekadar boleh membersihkan gigi anda. Bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak seperti berkebun, penggunaan ubat gigi untuk tujuan membersihkan tangan usai berkebun lebih berkesan berbanding menggunakan sabun.
17. Hilangkan kotoran dan bau thermos Bekas thermos yang kerap di gunakan lama-kelamaan akan meninggalkan kesan kekuningan pada permukaan dalam di samping bau yang kurang enak. Gunakan ubat gigi sebagai gantian kepada sabun untuk mencuci thermos. Bukan sekadar bersih, thermos akan berbau segar.
18.CD dan DVD calar Kesan calar halus pada CD atau DVD anda mesti mengganggu ketika ia dimainkan. Untuk hilangkan kesan calar tersebut, gosok sedikit ubat gigi dengan menggunakan napkin secara perlahan-lahan dan dan lap dengan kain bersih.
19. Hilangkan kesan kotoran pada karpet Tidak perlu cemas jika ada air kopi atau kuah berminyak tumpah pada karpet anda. hanya perlu ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada permukaan karpet yang terkena tumpahan. Biarkan ia mengering semalaman dan cuci dengan air bersih.
20. Tampal poster Ya betul, anda boleh gunakan ubat gigi untuk menampal poster pada dinding. Letakkan sedikit ubat gigi pada penjuru poster dan lekatkan terus pada dinding. Dengan kaedah ini, ia mempu mengatasi korosakkan pada dinding anda jika menggunakan pelekat lain.
Bagi anda yang berhasrat untuk memasang pemanas air mandian di rumah, sudah pasti anda mahukan sebuah kelengkapan pemanas air mandian berkualiti tinggi serta memiliki ciri-ciri fungsi tahap keselamatan yang terbaik.
Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang berasa bimbang dengan tahap keselamatan penggunaan pemanas air mandian di rumah yang membolehkan pelbagai kejadian buruk seperti berlakunya renjatan elektrik misalnya.
Jenama barangan elektrik terkemuka, Panasonic Malaysia telah memperkenalkan sebuah pemanas air mandian terbaharu iaitu Panasonic U Series Jet Pump Water Heater. Mesti ada yang tertanya-tanya apa istimewanya dan kelebihan yang dimiliki oleh pemanas air mandian ini berbanding dengan pemanas air mandian yang lain.
Panasonic U Series Jet Pump Water Heater adalah sebuah kelengkapan pemanas air mandian yang memiliki tahap keselamatan yang terbaik.
Ini kerana, demi mahu memberikan tahap keselamatan yang terbaik kepada pengguna, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater telah didatangkan dengan sembilan fungsi ciri-ciri keselamatan seperti:
1. Kalis Air & Kalis Percikan
Pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah direka dengan permukaan badan luaran kalis air yang menggunakan teknologi IEC60529 (IP2X). Ia juga kalis percikan dan fungsi ini juga mampu mengelakkan pemanas air mandian ini terbakar atau berlakunya kejutan arus elektrik.
2.Mencegah Terlalu Panas & Kebakaran
Seterusnya, ia juga turut mempunyai fungsi kendalian pengawalan masalah pemanasan yang keterlaluan. Tidak dinafikan, pemanas air mandian yang sedia ada sememangnya berpotensi untuk menghadapi masalah pemanasan yang keterlaluan. Tetapi, dengan pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini anda tidak perlu berasa bimbang sekiranya pemanas air mandian anda rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik oleh kerana masalah ini.
3.Suis Tekan ON/OFF
Kawalan fungsi ‘One Push Switch On/Off’ yang ada pada Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini membolehkan anda menggunakan pemanas air mandian anda dengan hanya menekan satu butang sahaja. Jadi, ia lebih selamat dan sangat mudah untuk dikendalikan supaya anda tidak lagi perlu membuat tetapan berulang kali.
4.Mencegah Dari Renjatan Elektrik
Seluruh permukaan pemanas air mandian ini juga telah direka sepenuhnya dengan teknologi IEC60529 (IP2X) yang berupaya untuk melindungi diri anda daripada terkena renjatan arus elektrik sewaktu menggunakannya. Ini merupakan salah satu teknologi yang sangat penting untuk keselamatan anda dan keluarga.
5.Perlindungan Keselamatan Terhadap Kebocoran Arus
Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini mempunyai fungsi keselamatan perlindungan terhadap masalah kebocoran pada pemanas air mandian, ia telah didatangkan dengan teknologi The Built-in Earth Leakage Breaker (ELB) yang boleh mengawal secara automatik untuk menghentikan tenaga elektrik serta-merta sekiranya berlaku masalah kebocoran pada pemanas air mandian anda.
6.Mengesan Tekanan Air Untuk Mengelakkan Terlalu Panas
Selain itu, ia juga memiliki fungsi teknologi pengesanan tekanan aliran air pada pemanas air mandian. Sekiranya pemanas air mandian anda berlakunya tekanan aliran air rendah, tenaga elektrik akan dihentikan secara automatik serta-merta bagi mengelakkan berlakunya masalah pemanasan pada pemanas air mandian anda.
7.Dibina Untuk Mencegah Kebakaran
Permukaan luaran badan Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dan tidak mudah terbakar. Pemanas air mandian ini telah dihasilkan daripada bahan-bahan kategori UL-90-V0 yang boleh mengelakkan kebakaran.
8.Memutuskan Bekalan Kuasa Semasa Kegagalan Komponen
Menariknya lagi, pemanas air mandian ini akan menghentikan tenaga elektrik secara automatik serta-merta sekiranya pemanas air mandian anda mengalami masalah kerosakan komponen. Ini adalah antara fungsi yang amat penting dalam memilih pemanas air mandian untuk mengelakkan sebarang kejadian berbahaya berlaku.
9.Mencegah Terhadap “First-Degree Burn”
Selain itu, pemanas air mandian Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini mempunyai fungsi teknologi untuk menghentikan tenaga elektrik serta-merta apabila tahap suhu aliran air panas sudah melebihi 55 darjah celcius.
Oleh itu, dengan adanya sembilan ciri-ciri fungsi keselamatan yang dimiliki Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini, sudah semestinya pemanas air mandian ini selamat untuk digunakan seisi keluarga.
Untuk maklumat anda, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini telah pun mula dijual di pasaran dengan harga RM818 sahaja.
Perasan tak pada siling atau dinding pejabat ada tompokan hitam berdebu yang melekat? Menurut Public Health Malaysia, kulat tersebut mengundang ancaman kepada kesihatan seperti batuk dan selsema.
Kulat pada dinding dan siling rumah terhasil di sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini di cegah?
1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2.Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
3.Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5.Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.