Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.
Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.
MONOCHROMATIC Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.
Ads
HARMONIOUS Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna harmonious ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.
Ads
COMPLEMENTARY Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ‘lively’ dan bersemangat.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sudah selalu sangat kita dengar tip penggunaan cermin untuk dapatkan ilusi ruang yang lebih besar tapi tahukah anda, ada pelbagai lagi cara untuk jadikan kediaman kecil anda nampak lapang dan lebih besar dari sebenarnya. Kali ini IMPIANA ada senaraikan enam lagi langkah yang boleh anda cuba bagi memastikan ruang kecil kediaman anda terasa luas, lapang dan besar.
Gunakan Cermin Perkara paling asas untuk ruang kecil. Cermin berupaya memantulkan cahaya kepada seluruh ruang di kediaman justeru menjadikan ruang nampak luas serta lapang tanpa terlalu menyemakkan.
Kurangkan Perabot Kuantiti perabot pada sesebuah ruang cukup hanya yang asas dan perlu sahaja. Takperlu pun perabot yang banyak, cukup dengan meletakkan sebuah statement piece sebagai penyeri ruang.
Susunan Perabot Cuba jangan rapatkan sofa ke dinding dan ciptakan sebuah sudut di belakangnya. Jika kesemua perabot diletakkan rapat ke dinding, ruang akan nampak sempit dan terhad.
Bentangkan Karpet Corak Berjalur Untuk menciptakan ilusi ruang lebih panjang dan juga luas, gunakan karpet dengan corak stripes atau jalur.
Cat Dinding Dengan Warna Terang Warna terang atau cerah akan menjadikan ruang kelihatan dan rasa lebih lapang selain dapat mengurangkan haba terperangkap.
Pasangkan Wallpaper Pada Siling Dengan menampal wallpaper pada siling, mata kita akan cenderung untuk memandang secara menegak atau upwards dan memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.
Gantung Wall Art Bersaiz Besar Gantungkan sebuah art piece pada feature wall sebagai titik fokal sesebuah ruang. Ilusi saiz akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas berbanding saiz sebenar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tatarias sempurna pada kediaman yang terletak di Subang Jaya ini cukup mengujakan penulis kerana konsep yang dibawa bukanlah sesuatu yang kebiasaannya dilihat pada mana-mana rumah di rantau ini. Tetapi minat yang mendalam serta pengalaman tinggal di luar negara selama beberapa tahun telah mendorong pemilik untuk tampil dengan reka bentuk dalaman yang nyaman tetapi elegan, hasil sentuhan Puan Zubaidah sendiri.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Shamsuddin Othman & Zubaidah Abdul Rahman
Jenis Kediaman: Teres Dua Tingkat
Konsep: Chinoiserie Chic
Keluasan: 26 x 75 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Pertembungan dua budaya berbeza dilengkapi barangan antik dan perabot elegan nampak begitu menawan apabila dipadankan dengan hiasan porselin biru putih dan motif floral klasik. Menurut Puan Zubaidah, kediaman yang sudah didiami selama lebih 12 tahun ini baru sahaja diubah suai dari konsep ala Inggeris kepada konsep Chinoiserie. Beliau sendiri yang telah memilih gaya ini kerana ia terasa amat dekat dengan dirinya.
Chinoiserie merupakan trend versatile yang boleh boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut dan gaya berbeza. Ia dapat melengkapkan semua konsep hiasan dalaman tidak kiralah yang tradisional mahupun moden. Meniti kediaman dua tingkat ini, penulis dapat lihat gabungan sempurna antara chinoiserie dengan gaya klasik itali yang eksklusif.
Sebenarnya, bukan mudah untuk memastikan gabungan kedua konsep ini menjadi. Pemilik tidak membuat keputusan terburu-buru dan telah mengambil masa untuk memilih segala kemasan dan susun atur sehingga beliau benar-benar berpuas hati dengan hasilnya. Ternyata ia merupakan percaturan yang membuahkan hasil kerana kediaman ini bukan sahaja merupakan ‘syurga’ buat penghuninya malah turut menjadi lokasi pertemuan rakan-rakan Puan Zubaidah.
Minat Menghias Yang Mendalam
Puan Zubaidah yang merupakan ibu kepada dua orang anak ini juga bekerja sebagai perancang majlis. Jadi tidak hairanlah sentuhan tangan magis beliau berjaya membuatkan kediaman berukuran 26×75 ini tampak elegan dan eksklusif sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan.
Pemilik ada menyatakan, minat yang mendalam terhadap seni hiasan dalaman telah mendorong beliau untuk mengubah suai sendiri kediaman ini. Walaupun beliau tiada latar belakang dalam bidang berkaitan, minat dan citarasanya yang tinggi membuatkan sentuhan Puan Zubaidah amat berharga.
“Saya berasa teruja dan gembira apabila dapat melihat sendiri proses transformasi kediaman dari hasil titik peluh saya sendiri. Saya juga amat bersyukur kerana suami dan anak-anak menyokong hobi saya ini”.
Susun Atur Tidak Kovensional
Tatkala pintu utama dibuka, penulis begitu kagum dan tertarik dengan susun atur ruang tamu kediaman ini yang berbeza dengan susun atur kediaman normal. Perletakan perabot di kediaman Puan Zubaidah disusun sedikit senget untuk menampilkan kelainan.
Sofa biru dua tempat duduk yang terletak diruang tamu disusun selari dengan susunan meja makan bagi menampakkan flow yang tersusun selain sebagai salah satu langkah penggunaan setiap inci ruang dengan baik.
Bilik Cucian Kenangan Dari Itali
Menyusur kebahagian belakang kediaman, dimana terletaknya sebuah bilik tetamu yang telah dihias cantik dengan rona biru dan putih. Puan Zubaidah telah memberikan sepunuh perhatian terhadap setiap perincian kamar ini kerana baginya, tetamu haruslah dilayan bagaikan raja. Jadi sudah tentunya persinggahan sementara ini terhias kemas dan selesa oleh tuan rumah.
Disebalik tirai polos biru di dalam bilik ini pula, telah ditempatkan bilik cucian yang diilhamkan khas dari Itali, dimana pemilik pernah menetap beberapa tahun lalu. Salah satu elemen yang menjadi daya penarik dimata penulis ialah kabinet kayu berwarna hijau sebagai ruang penstoran bahan-bahan cucian pemilik.
Mengakhiri kunjungan ke kediaman ini, penulis sangat berpuas hati dengan sentuhan pemilik kediaman yang rata-ratanya kelihatan begitu berbeza dan sangat menginspirasikan.
+ TIP DEKORASI
1. Jangan takut untuk bereksperimentasi dengan susun atur perabot. Manfaatkan setiap inci ruang dengan sebaiknya agar ruang tidak nampak kosong dan hambar.
2. Gabungkan beberapa konsep berbeza dan lihat bagaimana ia mengubah ruagan anda menjadi lebih menarik. Tetapi awas, jangan sampai keterlaluan.
3. Utamakan keselesaan terlebih dahulu berbanding gaya. Tiada siapa mahu duduk di kerusi cantik yang keras.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dewasa ini, kebanyakkan rumah apartmen dan flat yang dimiliki mempunyai saiz dapur sangat terhad. Jadi, pemilik perlu bijak memanipulasi ruang yang tersedia untuk memastikan tempat penyimpaan barang dapur mencukupi. Selain menggunakan trik pemilihan perabot dan perkakas dapur, warna juga antara faktor terpenting dalam memastikan ruang yang sempit kelihatan luas.
Antara rona yang mudah dan sentiasa menjadi pilihan adalah putih. Rona putih bukan sahaja memberi impak ruang kelihatan lebih luas, malah secara tidak langsung ia memberi pencahayaan tambahan tanpa anda sedari.
Memiliki dapur putih sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia nampak luas, putih dan bersih. Tetapi masalah paling utama ialah ia cepat kotor dan ada kalanya cepat melekat kesan kotoran hitam yang lama kelamaan akan membuatkan kabinet dapur kelihatan berdaki dan kusam. Teknik yang diajarkan oleh wanita ini mampu mengekalkan kabinet dapur anda kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!