Kalau sebut je Masjid Putra, mesti ramai yang kagum dengan seni bina indah bertatahkan warna merah jambu yang menawan di Putrajaya.

Baru-baru ini, kecantikan masjid ikonik ni mendapat perhatian luar biasa daripada netizen luar negara yang terpesona dengan reka bentuk dan keunikan arkitektur Masjid Putra.

Netizen Luar Negara Kagum Keindahan Masjid Putra, Gabungan Seni Bina Moorish, Persian, dan Arab

Ramai yang puji gabungan seni bina Islam klasik dan sentuhan moden yang terserlah pada setiap sudut masjid ini. Kubah merah jambu yang besar dan halus, ukiran seni halus pada dinding, serta pemandangan tasik yang tenang di sekitarnya menjadikan Masjid Putra bukan sahaja tempat ibadah, tapi juga simbol keindahan seni bina yang memukau.

Seorang pengguna media sosial dari luar negara menulis, “Masjid Putra ni macam karya seni hidup. Sangat cantik dan tenang. Rasa macam nak datang Malaysia hanya untuk tengok sendiri.”

Ads

Selain dari bentuk dan warna yang unik, perhatian juga tertumpu pada susun atur ruang dalam masjid yang luas dan kemas, sesuai untuk menampung jemaah ramai tanpa mengorbankan keindahan dalaman.

Untuk mereka yang suka dekorasi dan seni bina, Masjid Putra boleh jadi inspirasi terbaik bagaimana elemen tradisional digabungkan dengan konsep moden untuk hasilkan ruang yang elegan dan penuh aura ketenangan.

Ads

Netizen Luar Negara Kagum Keindahan Masjid Putra, Gabungan Seni Bina Moorish, Persian, dan Arab

5 Fakta Menarik Masjid Putra, Putrajaya

  1. Diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, masjid ini dinamakan Masjid Putra bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Alhmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
  2. Ia dibina pada 15 Mac 1996 iaitu ketika bermulanya pembangunan fasa pertama pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan dirasmikan dan dibuka kepada orang ramai pada 30 Ogos 2000.
  3. Warna Kubah Merah Jambu
    Kubah utama masjid ini berwarna merah jambu yang unik, dibuat daripada seramik import dari China, memberikan penampilan yang sangat memukau.
  4. Reka Bentuk Gabungan Seni Bina
    Masjid Putra menggabungkan seni bina Islam tradisional dengan elemen moden, termasuk gaya Moorish, Persian, dan Arab.

  5. Kapasiti Jemaah
    Masjid ini mampu menampung sehingga 15,000 jemaah dalam satu masa, menjadikannya antara masjid terbesar di Malaysia.

  6. Lokasi Bersebelahan Tasik
    Masjid Putra terletak bersebelahan Tasik Putrajaya, memberikan pemandangan indah dan suasana tenang yang menambah keindahan masjid.

IMPIANA : Jadi, kalau anda ada masa, jangan lupa singgah ke Masjid Putra dan nikmati sendiri keindahan seni bina yang membuatkan netizen luar negara pun tak berhenti kagum!

Ads

Mesti Baca: Kehilangan Tokoh Seni Bina, Arkitek Utama Masjid Negara Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Baca Lagi Di Sini: Cara Mudah Lipat ‘Non Woven Bag’, Elok Kemas Jimat Ruang!
Artikel Menarik: Cara Paling Mudah Nak Jimat Ruang Untuk Simpan Toto Dan Comforter

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI