Memang sedap makan makanan ketika hangat. Mak-mak dulu pun selalu pesan, kalau makanan dah sejuk, panaskan dulu sebelum makan. Tapi, ada satu makanan yang lebih sesuai dimakan ketika sejuk. Sejuk di sini tidak lah bermaksud sejuk beku. Tapi sejuk pada suhu bilik.
Sekali lagi, Fatimah Salim berkongsi tip makanan di dalam group Makmal Makanan (MaMa). Kali ini, mengenai kebaikkan makan nasi sejuk
Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Ads
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Ads
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Ads
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pemilik ini kongsikan inspirasi kediamannya sepanjang PKP lalu. Hasilnya cukup mengujakan, walaupun kediaman ini sudah lama dan bertahun dibina landskapnya. Idea untuk menambah baik sudut lain di setiap inci ruang rumah mahu pun dalam membuahkan suasana yang cukup sempurna dan baik, biarkan ia menjadi satu terapi tatkala berada di dalam rumah ini. Pemilik adalah seorang pencinta laman yang cukup menghargai setiap jenis halaman yang dianugerah.
Bermain dengan pasu yang besar dalam memperindahkan landskap kediaman membuatkan ruang halaman milik beliau tampak elegan dalam ciri tersendiri. Jika dilihat konsep dan aura laman yang diketengahkan seakan berada di kediaman Inggeris dan ada pula sudut yang membawa aura berada di sebuah resort. Inilah terapi tatkala melihat laman milik peribadi pemilik ini, yang tidak mahu dikenali.
Beliau juga berkongsi tip bagaimana untuk menjaga pokok disekeliling halaman agar sentiasa segar dan tidak mudah mati. Setiap hari jam 7 pagi beliau akan pastikan semua pokok disiram dan diberi vitamin (baja) yang sebaiknya dan mana pokok yang perlukan cahaya matahari sepenuhnya beliau akan mengubah kedudukan pokok tersebut untuk memastikan ia mendapat cahaya sebaiknya.
Halaman
Interior
Pilihan konsep terbuka dalam perincian klasik membuatkan ruang dalam rumah ini nampak lebih santai dan selesa untuk pemilik sekeluarga.
Mungkin gambar kediaman ini mampu menjadi insipirasi para pembaca diluar sana.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai pemilik rumah pertama yang masih belum berpengalaman terlalu teruja ingin memasuki dan mula mengubah suai rumah baru tanpa terlebih dahulu melakukan beberapa perkara penting ini. Menurut pakar hartanah ini, pemilik perlu melakukan inspection atau pemeriksaan terperinci dan menyeluruh terhadap rumah baru tersebut. Sebaiknya setelah mendapat rumah baru anda jangan mengubah suai rumah tersebut dalam tempoh 18-24 bulan kerana pemaju yang akan menanggung kecacatan rumah tersebut.
SENARAI SEMAK PERKARA YANG PERLU PEMILIK LAKUKAN SELEPAS TERIMA KUNCI ;
1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.
2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.
3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.
4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.
5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.
6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.
7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.
8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.
9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!
10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.
11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.
12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.
13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.
14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.
15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata. Lebih istimewa ajak isteri mandi sama sama!
Lebih istimewa waktu periksa ini dah ada orang rumah, boleh cat rumah sambil pegang tangan sama sama.
Cegah sebelum terlambat. Akibat daripada tidak ambil peduli tentang kehadiran anai-anai, pasangan ini telah kerugian hampir RM10 ribu apabila dapur kediaman mereka roboh secara tiba-tiba. Pihak bomba telah mengenal pasti punca dapur kediaman pemilik roboh disebabkan oleh anai-anai yang telah merosakkan beberapa tiang utama dapur mereka.
Bagi anda yang memiliki kediaman yang mempunyai bahan binaan kayu, anda harus ambil perhatian tentang perkara ini. Anai-anai ada di mana-mana saja kawasan yang bertanah. Tak kira di mana anda tinggal samada di bandar atau di kampung, anai-anai pasti ada. Jadi ketahuilah tanda-tanda awal rumah anda diserang anai-anai.
Tanda-tanda Awal Rumah Anda Diserang Anai-anai
Oleh itu, amat penting untuk anda tahu serba sedikit bagaimana nak kesan kehadiran anai-anai di dalam atau luar serta sekitar rumah anda. Dengan sedikit pengetahuan berkenaan teknik mengesan kewujudan anai-anai ini, anda dapat bertindak lebih awal sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai.
Berikut adalah tanda-tanda yang dapat menunjukkan bahawa ada kehadiran anai-anai di rumah anda:
Kayu atau dinding terlopong kosong. Ini satu lagi kesan ketara berlaku pada kayu yang telah dirosakkan oleh anai-anai. Bila diketuk akan keluar bunyi menunjukkan bahawa ada ruang kosng di dalam katu tersebut. Biasanya anai-anai akan makan kayu bahagian dalam dan meninggalkan lapisan nipis sahaja pada bahagian luaran kayu.
Kehadiran tanah lembab. Anai-anai tidak tahan dengan kekeringan dan cahaya. Oleh itu biasanya mereka akan membina lorong kecil yang diperbuat daripada tanah yang lembab. Pilihan utama anai-anai adalah membina lorong di dalam dinding kayu atau batu. Jika tidak ada pilihan, mereka akan keluar dan membina lorong diluar dengan binaan lorong tanah lembab tersebut.
Kehadiran kelkatu. Samada anda melihat adanya kelkatu ataupun anda terjumpa sayap-sayap yang ditinggalkan oleh kelkatu, itu merupakan tanda bahawa ada aktiviti anai-anai di sekitar kawasan rumah anda. Jika anda rajin, elok cari dari mana datangnya kelkatu tersebut. Kelkatu biasanya keluar daripada koloni anai-anai yang telah melebihi had jumlah populasinya.
Kayu berubah warna. Jika anda lihat kayu pada dinding atau bumbing atau siling rumah telah berubah warnanya, ia berkemungkinan telah dimakan oleh anai-anai. Ianya lebih ketara jika kayu tersebut telah disapu dengan varnish.
Terjumpa anai-anai hidup. Sudah tentu jika anda berjumpa anai-anai hidup, menunjukkan rumah anda sedang diserang oleh anai-anai. Tetapi jika tiada anai-anai hidup ditemui, ia belum tentu bermakna tiada anai-anai di dalam rumah atau primis anda. Anai-anai yang ditemui biasanya bila anda buka tempat sembunyi atau lorong tanah yang dilaluinya. Biasanya anda akan jumpa samada askar atau pekerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.