Laman

Nak Tanam Sukulen? Hadam Info Ini Dahulu Kalau Tak Nak Pokok Mati

Share

Sukulen menjadi semakin popular kerana dua sebab. Pertama, mereka adalah menarik dan keduanya mereka hampir-hampir tidak dapat dimusnahkan. Tumbuhan ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kering di seluruh dunia, dari Afrika hingga ke gurun-gurun di Amerika Utara. Kita bernasib baik kerana penyesuaian mekanisma ini telah menjelmakan kepelbagaian bentuk dalam bentuk tumbuhan yang menakjubkan, termasuklah daunnya berbentuk pendayung, padat melata, dan rimbun atau turutan daun seperti air mata bercucuran.

Sebagai kumpulan, sukulen adalah sebahagian daripada tumbuhan yang begitu dikenali ramai seperti spesies Aloe dan Agave. Kaktus merupakan kumpulan unik dalam siri sukulen. Sukulen juga dapat menyerlahkan penampilan mereka terutamanya sebagai tanaman di dalam bekas atau pasu.

Habitat

Kebanyakan sukulen boleh didapati di kawasan-kawasan kering seperti savana, separuh gurun dan gurun. Suhu yang tinggi dan kadar penyejatan yang rendah memaksa tumbuhan ini untuk mendapat dan mengumpul air untuk terus hidup di musim kering yang panjang. Sukulen kadangkala menjadi seperti epipthytes atau tumbuhan udara. Ini berlaku kerana mereka hanya atau tidak langsung bersentuhan dengan tanah, dan semuanya bergantung kepada kebolehan mereka untuk menyimpan air dan mendapatkan nutrien melalui cara lain. Fenomena ini boleh dilihat pada spesies Tillandsia

. Sukulen juga banyak didapati dari spesies tumbuhan di persisiran pantai dan tasik yang kering, yang terdedah kepada kadar larutan mineral yang tinggi dan merbahaya kepada spesies tanaman yang lain.

Menanam Sukulen

Tidak kira apa jenis sukulen yang kita tanam, peraturannya adalah sama. Berikut merupakan langkah-langkah umum yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan sukulen yang berkualiti:

  1. a) Cahaya

Sukulen sukakan cahaya terang. Perhatikan daun-daunnya bagi mengenal pasti cahaya yang diterima mencukupi atau sebaliknya. Kebanyakan spesies akan terbakar sekiranya ia terdedah kepada sinaran matahari secara mengejut. Daunnya akan bertukar perang atau putih akibat mengelupas dan tisu lembutnya akan musnah. Sebaliknya, sukulen yang tidak menerima cahaya secukupnya akan mula meregang, batangnya memanjang dengan jarak daun yang jauh. Keadaan in dipanggil sebagai asetoliation. Sebagai solusi, pastikan sukulen menerima cahaya yang cukup dan mereka perlulah dipangkas ke bentuk asal.

  1. b) Cuaca

Sukulen dapat bertahan di dalam cuaca lebih sejuk daripada sangkaan ramai. Di kawasan gurun, di mana selalu berlakunya perbezaan suhu yang amat ketara di antara malam dan siang, sukulen mampu bertahan di dalam cuaca yang sejuk, kadangkala sehingga ke paras 40° F. Secara idealnya, suhu paling sesuai untuk sukulen adalah di antara 70° F dan 85° F pada waktu siang dan di antara 50° F ke 55° F di waktu malam.

  1. c) Air

Sukulen perlu disiram dengan banyak terutamanya ketika musim kemarau. Kombinasi spesies sukulen yang ditanam di dalam bekas atau pasu perlu dibiarkan kering di antara waktu menyiram, tetapi elakkan dari menyiram secara berlebihan. Semasa musim hujan, spesies ini berkeadaan dorman, jadi kurangkan aktiviti penyiraman kepada setiap dua bulan. Penyiraman secara berlebihan dan tumbuhan mereput adalah merupakan penyebab utama kegagalan tumbuhan tersebut untuk hidup. Namun perlu ditekankan bahawa sukulen yang disiram secara berlebihan pada mulanya akan kelihatan sihat. Tanpa kita sedari, punca kematian telah pun tercetus di bawah tanah iaitu apabila akarnya mulai rosak, serta ia mula menjalar ke atas dari sistem. Oleh itu, jangan biarkan akar sukulen terendam di dalam air.

Berikut merupakan simptom biasa yang memudahkan kita mengenal pasti  sama ada sukulen tersebut menerima kurang atau lebih jumlah air siraman:

  1. i) Lebih air siraman

Sukulen yang menerima air secara berlebihan akan menjadi lembut dan berwarna pudar. Daunnya menjadi kuning atau putih dan seterusnya akan hilang warna. Tumbuhan yang berada dalam keadaan ini sukar untuk dipulihkan, tetapi anda boleh cuba untuk mengeluarkannya dari bekas dan periksa akarnya. Sekiranya berwarna coklat dan reput, potong akar-akar tersebut dan masukkan balik ke dalam bekas bersama dengan media tanah yang lebih kering. Alternatif lain, potong sebahagian batangnya dari pokok induk dan lakukan pembiakan.

  1. ii) Kekurangan air

Sukulen memerlukan air yang banyak pada awal pertumbuhannya. Tumbuhan yang menerima air siraman yang tidak mencukupi akan mula berhenti membesar, kemudian daun-daunnya akan gugur. Mereka juga akan membentuk bintik-bintik coklat di atas daun.

  1. d) Media Tanah

Sukulen yang ditanam di dalam bekas atau pasu seeloknya mengandungi media tanah yang mudah kering. Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada media sebegini, lakukan pengubahsuaian kepada campuran media biasa dengan menambah bahan bukan organik seperti perlite bertujuan untuk menambah kadar pengaliran udara dan air. Tumbuhan ini biasanya mempunyai akar yang cetek yang membentuk seperti lapisan tikar padat hanya beberapa milimeter di bawah permukaan tanah.

Sukulen yang ditanam di atas tanah gemar kepada tanah yang sedikit berasid, pH di antara 5.5 ke 5.6. Sekiranya tanah tersebut terlalu berpasir, campurkan sedikit bahan organik untuk memelihara lembapan cukup bagi tumbuhan tersebut menggunakannya. Manakala bagi tanah liat, membina batas adalah pilihan terbaik.

  1. e) Fertilizer

Semasa waktu pembiakan musim panas, lakukan pembajaan sebagaimana diperlukan oleh  spesies tumbuhan lain. Elakkan melakukan aktiviti membaja semasa musim hujan.

IKLAN