Lembut kan daging memang makan masa yang lama. Nak pakai periuk tekanan, tak ada rezeki lagi nak beli. Tak jadi masalah. Yang penting pastikan stok baking soda atau baking powder sentiasa ada. Doktor Fatimah Salim berkongsi cara lembutkan daging dengan menggunakan baking soda atau baking powder
Saya kehabisan stock baking soda. Yang ada cuma baking powder. Sebab saya tahu bahan aktif dalam melembutkan daging ialah ion bikarbonat, dan saya juga tahu kandungan bikarbonat dalam baking powder adalah cuma 25% (1/4) daripada baking soda (100%), maka saya mandikan terus perapan daging dengan baking powder yang banyak
Cukup 15 minit, basuh bersih saja baking powdernya dengan air.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Hasil kajian dalam jurnal Neochemistry pada Oktober 2012 mendapati, Kekurangan vitamin C boeh menyebabkan penurunan kadar glukosa darah, kerosakan oksidatif lipid dan pelbagai lagi. Antara rekasi yang menunjukkan anda kekurangan vitamin C adalah seperti kudis, keletihan, kurang tenaga yang boleh menyebabkan masalah tekanan, sakit sendi, gusi berdarah dan pelbagai lagi.
Solusi popular masyarakat adalah dengan pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin C. Namun menurut Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, anda punya pilihan lain iaitu dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran setiap hari. Nak tahu, boleh baca perkongsian Doktor Kamarul di dalam Facebooknya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rekaan ruang pengstoran di dapur bukan sahaja untuk tujuan penyimpanan barang optimum, ia juga perlu mengambil kira teknik atau cara penggunaan ruang dapur tersebut untuk memastikan segala kerja yang dilakukan menjadi mudah dan terurus. Jika sesebuah organisasi memntingkan ISO atau QMS (Sistem pengurusan kualiti), dapur pun ibarat sebuah organisasi yang perlu diperincikan. Setiap perletakkan dan ukuran perlu ikut saiz dan keselesaan pengguna.
Rupanya, rekaan dapur praktikal bukan sahaja banyak digunakan oleh masyarakat moden sekarang. Malah, ia telah diasaskan sejak 1949 secara “blueprint” oleh United States Department of Agriculture. Rekaan dapur yang dihasilkan bukan sahaja mengikut sistem pengurusan kualiti yang masih boleh diguna pakai sehingga kini, malah ia langkah penjimatan ruang yang disarankan. Nak tahu lanjut, tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebenarnya, ada spesies strawberi yang sesuai untuk ditanam di tanah rendah Malaysia yang tidak memerlukan kaedah rumah hijau pun. Anak benihnya yang mudah didapati secara online juga menyebabkan tanaman ini kian menjadi popular. Namun anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut perlu dipatuhi bagi menjadi habitat sempurna untuk tanaman ini:
Strawberi memerlukan medium tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutaman ialah medium tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan nurseri menggunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanaman tanpa tambahan bahan lain. Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu mengekalkan kelembapan amat sesuai dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja kompos.
Pokok strawberi memerlukan pH yang seimbang dengan keperluannya. Untuk mendapatkan saiz buah yang optimum, pH ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.
Pokok strawberi memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim malaysia. Berbanding di negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum 6 jam sehari. Namun tidak terlalu terus. Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.
Pokok strawberi tidak suka tumbuh secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran penghasilan bunga dan secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah. Hal ini terjadi disebabkan apabila pokok terlalu berhimpit, bahagian bawah atau pangkal pokok yang menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci setiap satu.
Jika anda menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan apabila medium kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat,strawberi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap bukan basah tau. Jika terlalu banyak air, ia akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman paling perlu dijaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu dikurangkan untuk mengelak buah masam.
Pokok strawberi paling sesuai dengan baja cecair kerana ia lebih mudah diserap. Tambahan pula, sistem akar strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja jenis slow release. Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15 digunakan untuk penggalak buah. Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Namun AWAS! Baja kimia bersifat panas dan mudah merosakkan akar pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia perlu minima.
Seeloknya, pokok strawberi sesuai menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak optimum, jangka hayat tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
Daun pokok strawberi perlu dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan bagi setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak penghasilan buah akan terganggu. Ia disebabkan oleh permukaan bawah batang pokok yang menghasilkan daun, sulur dan bunga terlindung dari cahaya matahari. Lebih kerap anda memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat anda hasilkan. Selain itu juga, bilangan sulur perlu dikurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!