Kalau di pasar tu tengok sayur-sayur berdaun geram je. Nak-nak yang baru sampai dari ladang. Tapi kalau tengok sayur yang kita tanam sendiri kenapa tak menjadi sangat macam yang di pasar tu ye. Ada beberapa faktor sebenarnya yang menyubang kepada bentuk fizikal sayur berdaun macam tu. Faktor yang paling utama, sudah pasti pembajaan. Kalau di ladang sayur tu, Sudah pasti baja dan racun kimia digunakan secara berleluasa. Sebab tu, tanamannya sentiasa cantik tanpa sebarang serangan serangga dan daunnya lebar.
Bahan-bahan:
1Kg Timun
200g Gula merah
2 Liter air tanpa klorin
IKLAN
Cara-cara: 1. Masukkan gula merah dan air di dalam beaks kedap udara. Kacau sehingga gula tadi larut sepenuhnya 2. potong timun menjadi saiz-saiz kecil atau dadukan 3. Masukkan timun didalam beaks bancuhan gula tadi dan gaul rata 4. Tutup bekas tadi ketat dan diperap selama 20 hari 5. Selepas 20 hari, tapiskan hampas timun tadi dan taburkan ia sebagai baja. Manakala pati MOL timun disimpan di dalam botol kedap udara
IKLAN
Cara guna:
Bancuh 1 liter pati MOL timun bersama 20 liter air tanpa klorin. Jadikan bancuhan air tadi sebagai semburan pada sayuran berdaun setiap 7 hari sekali
Pernah tak denagr pepatah mengatakan bahawa kucing adalah sahabat baik taman? Maksud di sini, bukan lah sahabat yang membantu, tapi meroskkan tanam. Mesti ramai sahabat yang pernah kena laman berumput yang dititip baik menjadi tandas kucing. Aduh, kesannya, bukan kepalang. Sekejap sahaja dah nampak tindak balas tinja atau urin terhadap rumput. Rumput mula kekuningan dan dalam tempoh 24 jam, kelihatan seperti terbakar atau keperangan.
Tanaman lain juga tidak terkecuali terutamanya yang berpasu. Bukan setakat kena gali, silap-silap jadi tempat tidur kucing. Sebenarnya ada cara untuk merawat tanaman yang terkena urin kucing ni. Tapi sebelum itu kita WAJIB tahu apakah kesannya kepada tanaman jika tidak di rawat segera.
1. Urin kucing tinggi nitrogen. Ia akan menyebabkan tanah menjadi berasid 2. Kandungan manganese yang tinggi di dalam urin akan merencat pengambilan zat besi oleh tumbuhan 3. daun yang terkena kesan urin terutamanya untuk tanaman yang telah matang akan bertukar kekuningan kemudian mati
Cara merawat tanaman yang terkena urin kucing 1. Siram atau bilas tanaman hingga ke permukaan tanah sehingga anda yakin ia bersih 2. Untuk hilangkan bau yang tersisa, larutkan 1 cawan baking soda bersama 2 cawan air dan semburkan pada permukaan tanah. Soda penaik tadi akan menyerap bau hancing urin kecing. Tapi jangan guna terlalu banyak kerana baking soda akan menyebabkan daun melecur
Cara mengatasai batas anda dari menjadi tandas kucing 1. Sediakan sungkupan. Sebaiknya, guanakan sungkupan seperti grass clip atau sabut kelapa. Teksturnya tidak digemari oleh tapak kaki kucing yang gebu 2. Pagar atau lindungi batas tanaman anda. untuk anak pokok, boleh cuba cucuk garpu palstik atau lidi disekelilingnya atau sediakan rumah hijau miniyang diperbuat daripada botol plastik
Pisang Tanah atau nama saintifiknya, Dieffenbachia spp. yang berasal dari Amerika Selatan ini sering menjadi pilihan sebagai tanaman hiasan. Tanaman yang mempunyai ciri-ciri batang lembut dan tidak bercabang berwarna hijau dengan daun bertompok kuning, putih, atau hijau mengikut jenis. Ketinggian tanaman ini mampu mencecah sehingga 3 meter. Ia dijadikan sebagai tanaman hiasan di sekitar rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain kerana ia kelihatan cantik dan mudah dijaga. Namun, ramai yang masih tidak menyedari tanaman ini sebenarnya bertoksik dan mampu mendatangkan mudarat kepada kita terutamanya kanak-kanak.
Tanaman ini diklasifikasikan sebagai tumbuh-tumbuhan penyebab dermatitis oleh Pusat Racun Negara. Getah dari tanaman ini mampu menyebabkan keradangan di bahagian mulut, kulit, dan mata. Kesan daripada toksik dari tanaman ini juga mampu menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Kesan apabila tergigit tanaman beracun ini akan menyebabkan lidah membengkak dengan serta merta menghalang pernafasan. Selain dari itu, toksik yang terhasil dari tanaman ini juga boleh mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk bercakap.
Jika anda tersentuh tanaman ini, pastikan anda membasuh bahagian badan dengan air dan sabun. Manakala jika anda tergigit atau tertelan tanaman ini, segera minum air atau susu supaya ia dapat melarutkan toksik dari tanaman ini. Pastikan anda mendapatkan rawatan dari klinik atau hospital berdekatan.
Walaubagaimanapun, ingatlah bahawa mencegah lebih baik dari merawat!
Terletak di Bukit Gerja, Umbai Melaka, team LAMAN diperkenalkan oleh Jasni iaitu pemilik Homestay LimasTiga kepada Uncle Gan, iaitu pemilik kediaman yang bakal kami kunjungi ini. Mendengarkan cerita tentang taman ini sahaja sudah pun membuatkan penulis teruja. Bagai tidak sabar ingin menjamu mata menikmati taman ‘unik’ seperti yang digambarkan oleh Jasni.
Kedatangan kami tanpa di undang, disambut baik oleh Uncle Gan. Sebaik tiba di pintu masuk kediaman, mata penulis begitu tertarik pada reka bentuk pintu masuk kediaman ini. Sebuah pintu gerbang terpampang tulisan Garden D Art di atas sebuah perahu bagaikan memberi gambaran awal penulis bakal memasuki sebuah galeri seni yang nyatanya berbeza dengan yang lain. Paling unik apabila lot tanah uncle Gan ini bukanlah dikelilingi tembok pagar atau seumpamanya tetapi pemilik menanam tanaman renek Eugenia Oleana setinggi 10 kaki sebagai pagaran.
Kediaman yang dikelilingi tanah seluas 55,000 kaki persegi ini sememangnya begitu luas dan indah dengan pelbagai binaan dan ornamen oleh pemilik. Minatnya kepada laman boleh dilihat pada seni reka bentuk taman yang 100% dihasilkan sendiri olehnya. Pelbagai barangan antik dan lama tersimpan dengan baik dan diabadikan oleh pemilik di taman, kerana setiap satunya terpahat kenangan akan kisah pengalaman hidupnya sejak muda hingga kini.
Memulakan bicara pemilik menyatakan “Uncle sejak umur belasan tahun sudah bekerja sebagai pembalak di dalam hutan tebal. Pada masa itu memang tidak ada peralatan canggih seperti hari ini. Bayangkan kayu-kayu balak bersaiz gergasi perlu diangkat ke atas lori dan dalam masa yang sama terdapat pula pelbagai ancaman dari haiwan liar. Bermula sebagai pembalak itulah uncle mula terjumpa dengan kayu-kayu hutan berkualiti tinggi yang terbuang lalu dibawa balik ke rumah,” ungkapnya ramah.
Pekerjaannya pada ketika itu membawa pemilik ke serata tempat yang tidak mungkin terjangkau oleh kebanyakan orang. Dari situlah dirinya menemui pelbagai barangan unik yang kini menjadi hiasan laman kediamannya. Paling menarik perhatian penulis adalah sampan dan binaan gazebo yang menggunakan kayu teras asli seperti cengal dan medang. Semua struktur kekal taman dibina sendiri oleh pemilik menggunakan tulang empat keratnya. Walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi hasilnya begitu menakjubkan dan paling penting memberi kepuasan pada minatnya.
“Selain bekerja di hutan, uncle juga bekerja menjual pokok hiasan landskap dan selalu mendapat tempahan dari orang ramai dan kenalan. Mana-mana lebihan pokok yang tidak diambil pelanggan, uncle tanam di rumah. Selain itu uncle juga peminat bonsai. Malah uncle banyak memasuki pertandingan seperti Pertandingan Bonsai Suiseki dan berjaya memenangi banyak anugerah. Semua yang dilakukan banyak didorong oleh faktor minat barulah kita rasa gembira dan sihat,”ungkap pemilik panjang lebar dan turut membuatkan kami teruja mendengar kisahnya.
Melihatkan halaman kediaman pemilik, hamparan tanah yang luas tidak dibiarkan mendatar sebaliknya mounding dibentuk agar halaman kelihatan lebih natural dengan rumput menghijau di sekelilingnya. Di samping itu, pokok-pokok cycas berusia 100 tahun lebih menjadi penyeri sudut dengan peletakan bongkah batu melengkapi latar pemandangan kediaman ini. Kemahiran pemilik dalam bertukang digunakan sebaiknya dengan menghasilkan pelbagai elemen dekorasi taman dengan begitu kreatif.
“Dengan usia yang sebegini uncle sudah tidak mampu untuk bekerja keras di hutan lagi. Masa yang terluang banyak dihabiskan dengan bertaman. Uncle juga baru saja menyiapkan sebuah homestay dua tingkat di dalam lot tanah ini. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun menggunakan kayu cengal, balau dan meranti. Terasa rugi jika masa berlalu tanpa melakukan apa-apa, sebab itu uncle banyak isi masa dengan bertukang,” tambahnya lagi.
“Uncle juga minat mengumpul barangan lama. Ke mana sahaja uncle pergi andai terjumpa dengan tembikar, tempayan atau perabot lama, pasti sedaya upaya akan cuba mendapatkan barang tersebut. Ini kerana barang lama banyak meninggalkan nostalgia. secara tidak langsung kita akan mengimbas kembali zaman kita dilahirkan dan dibesarkan,” tambah uncle sambil memainkan lagu dari koleksi piring hitamnya.