Modal RM 17 Untuk Bekas Hidroponik Kangkung

Share

Kaedah tanaman hidroponik adalah teknik yang paling mudah disebabkan ia tidak memerlukan komitmen menyiram yang kerap. Jadi bagi anda yang sibuk bekerja, teknik tanaman ini adalah pilihan terbaik. Tak perlu modal yang banyak pun. En Abdul Sapawi Abdullah hanya memperuntukkan RM17 untuk siapkan bekas tanaman kangkung.

Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.

Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.

Di bawah ini adalah bahan-bahan yang perlu untuk bermula :

1. Baja A/B 500ml : RM10
2. Benih Kangkung Eco : RM2
3. Span Aquarium : RM5
4. Air Hujan : Free
5. Bekas Sabun : Free
6. Cup Minuman : Free

Usia baru seminggu selepas tanam

Usia 3 minggu selepas tanam

Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai 4kali selagi masih tumbuh! Jimat kan?

IKLAN