Minat Kediaman Dengan Konsep Gaya Klasik Inggeris, Ini Ciri-Ciri Dekorasi Yang Wajib Anda Tahu!

Share

Konsep gaya Klasik Inggeris ini sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman kediaman tampak lebih cantik serta menarik. Jadi, tidak hairanlah mengapa konsep ini telah menjadi kegemaran dan pilihan ramai. Betul tak?

Bagi anda yang meminati dengan dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini khususnya, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum mula mendekorasi antaranya ciri-ciri konsep yang betul dan sebagainya. 

Pertama, kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini seharusnya mempunyai permukaan siling yang lebih tinggi berbanding dengan konsep gaya yang lain. Ini kerana, konsep ini mengetengahkan ruang dalaman yang tampak lebih luas dan lapang. 

Selain itu, konsep gaya Klasik Inggeris ini juga kebiasaanya dipadankan dengan tona warna  serba putih bagi bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan nyaman dalam kediaman.

Untuk menyerikan lagi dekorasi ruang dalaman kediaman, konsep gaya Klasik Inggeris ini di bahagian permukaan lantai sering dipadankan dengan pemilihan jubin bercorak ‘Marble’ yang tampak lebih elegan dan mewah.

Di samping itu, kebiasaannya kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini mempunyai ruang tamu dan dapur yang terbuka bagi memberikan aliran pengudaraan yang lebih baik.

Foto: Facebook Kakideko

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Tak Perlu Lagi Guna Seterika Untuk Gosok Baju, Cuma Guna Penyembur Khas Ini Mampu Hilangkan Kedutan Dengan Mudah!

nbsp;

IKLAN