Mewahnya Bilik Tidur Aaisyah, Anak Kesayangan Che Ta, Dekorasi Macam Bilik Hotel 5 Bintang

Share

Aaisyah Dhia Rana, anak perempuan selebriti terkenal, Rozita Che Wan sering menjadi tumpuan. Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan bilik tidur milik anak wanita yang mesra dengan sapaan Che Ta ini. Ramai warga maya berasa tertarik dengan ‘penampilan’ bilik tidur si cilik ini yang terlihat cukup mewah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dekorasi bilik Aaisyah dilengkapi dengan hiasan di dinding yang membuatkan ia seakan-akan bilik hotel. Perabot di dalam bilik Aaisyah juga dilihat tersusun rapi. Pendek kata semua perabot dalam bilik Aaisyah cukup mewah seolah-olah perabot yang digunakan di sebuah istana.

 

Bukan itu sahaja, bilik air anak comel kesayangan Che Ta ini juga turut mencuri perhatian ramai. Mana tidaknya, bilik air di dalam bilik Aaisyah dilihat begitu luas serta disediakan dengan tab mandi dan kerusi seperti di spa mewah.

@nurkhalafHeaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!♬ original sound – Nur Khalaf

Kelihatan juga dinding di dalam tandas diperbuat daripada batu marble yang berkilat, ‘sebiji’ macam hiasan hotel 5 bintang.

Perkongsian tersebut telah mendapat respon warga maya. Rata-rata begitu kagum melihat bilik kanak-kanak berkenaan dan membandingkan keluasannya dengan bilik mereka.

TIP BAGI MEMASTIKAN BILIK MANDI SENTIASA BERSIH:

1. Basuh bersih permukaan lantai tempat mandi daripada sebarang kesan sabun.

2. Bersihkan tumpahan ubat gigi atau buihnya dari permukaan sink atau kawasan sekitarnya.

3. Letakkan setiap barang yang digunakan pada tempatnya seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun.

4. Jika terlihat kesan kotoran pada permukaan dinding, terus ambil berus dan sental.

5. Sebenarnya anda tidak perlu menunggu seminggu sekali baru hendak mencuci tandas. Kerja-kerja membersihkan bilik mandi boleh dilakukan sambil mandi. Kiranya dua kerja boleh dibuat dalam satu masa (mandi dan membersihkan bilik mandi)

6. Pastikan setiap ahli dalam rumah mematuhi semua peraturan di atas.

Sumber: TikTok nurkhalaf

 

 

IKLAN