Mengapa Mesin Basuh ‘Front Load’ Kena Guna Serbuk Pencuci Khas?

Share

Bagi anda yang mempunyai mesin basuh pakaian jenis ‘front load’ di rumah, mungkin ada yang di kalangan anda yang tidak tahu sebenarnya untuk menggunakan mesin basuh seperti ini memerlukan serbuk pencuci pakaian khas untuk cucian mesin basuh jenis ‘front load’. 

Untuk pengetahuan anda, tidak semua serbuk pencuci kain sesuai dan boleh digunakan untuk mesin basuh jenis ‘front load’. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa untuk mesin basuh jenis ‘front load’ ini memerlukan penggunaan serbuk pencuci jenis ‘Low Sudsing Detergent’. 

Hah! Apa itu ‘Low Sudsing Detergent’? Mesti ada yang tertanya, betul tak? Untuk maklumat anda, serbuk pencuci jenis ‘Low Sudsing Detergent’ ini mempunyai fungsi untuk mengawal kadar kapasiti buih sabun yang dihasilkan. 

Kebanyakkan serbuk pencuci kain yang lain akan menghasilkan buih yang sangat banyak, jadi ia tak sesuai untuk digunakan pada mesin basuh jenis ‘front load’ yang hanya menggunakan sedikit air ketika proses mencuci. 

Namun begitu, tidak banyak serbuk pencuci khas untuk mesin basuh ‘front load’ yang ada di pasaran luar. Ada beberapa jenama serbuk pencuci khas untuk mesin basuh ‘front load’, antara jenama yang popular dan ada di pasaran adalah TOP dan Persil. 

Jadi macam mana nak tahu pula serbuk pencuci itu khas untuk mesin basuh ‘front load’? Kebiasaannya, serbuk pencuci khas untuk mesin basuh seperti ini tertera tulisan ‘Low Suds Detergent’ pada bungkusan serbuk pencuci.

Sumber: Instagram Ainasyafiqka

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Tip Untuk Menjaga Mesin Basuh Supaya Jangka Hayat Tahan Lebih Lama

 

IKLAN