Dapur rumah adalah salah satu ruang yang cukup penting, macam selalu kita dengar orang kata dapur ni kan nadi sesebuah rumah. Tanpa adanya dapur anda tidak akan dapat memasak untuk ahli keluarga anda. Jika dapur yang anda ada sekarang ini agak kelihatan bosan, tidak salahnya anda cuba untuk ubah suai dapur rumah anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Dinah Rakhim.
Kalau dapur cantik mood nak masak pasti membuak-buak kan! Tengoklah hasil pengkosian ini, walaupun ruang tidak seluas mana. Tetapi pemilik bijak menyusun atur dan mereka bentuk dapurnya agar kelihatan luas dan selesa untuk berada di kawasan ini.
Ads
Makeover Dapur Lama Kepada Konsep Putih “Timeless” :
Kitchen Makeover untuk mereka yang sukakan dapur putih. Gambar “before & after” Putih itu “timeless” sebab itu dapur putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar. Using all white cabinets, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring & subway tiles.
Ads
Hasil dapur lama diberi nafas baru yang kelihatan mewah dan elegan.
Kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa merupakan tumbuhan dari keluarga halia yang sering digunakan didalam masakan.
Tetapi tahukah anda, rempah berwarna kuning ini bukan sahaja buat perasa masakan malah ia juga mempunyai 1001 manfaat kesihatan yang mungkin ramai masih belum tahu.
Melalui perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar di laman Facebook nya, beliau telah menerangkan secara terperinci antara 6 khasiat utama kunyit. Jom kita semak bersama!
Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi. Aku suka melangut lihat nenek aku bekerja.
Biasalah budak –budak. Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Hmm atau suka menyibuk.
Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon. Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.
Tok Bi ada 14 orang anak. 2 anaknya meninggal masa kecil. Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.
Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC. Sekarang dikenali sebagai Penang Port. Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu. Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.
Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit. Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.
Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan. Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.
Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada. Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.
Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.
Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit. Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.
Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.
Dia juga minum air kunyit. Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.
Selepas minum aku akan tanya “ Tok minum apa tu tok?”
Dia akan jawab sambil tersenyum, “air kunyit.” Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning. Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.
Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.
Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit, dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka. . Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut. Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.
Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal. Sama macam emak aku.
Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.
Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya. Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.
6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu. Contohnya :
1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik. Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya.
Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil. Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik. Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.
Macam mana pula boleh ada arsenik? Puncanya dari tanah. Kalau kandunga dalam tanah ada arsenik, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.
Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.
Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin. Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA. Lebih menarik lagi.
2. Kunyit adalah anti kanser. Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.
Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis. Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.
3. Kunyit adalah anti tumor. Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dar tumor.
Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.
4. Kunyit adalah penghalang Kerosakan Sel Otak. Part ini aku paling suka. Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.
Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen “neuroprotective”. Ala-ala security guard.
Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak. Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.
Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utama dalam kunyit.
5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing. Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.
6. Kunyit sebagai fat burner. Bab ini memang win. Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.
Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.
Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya. Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.
Masalah dapur sempit, banyak barang tak boleh simpan! Ini adalah salah sati petanda yang anda tidak mencukupi tempat simpanan atau storage. Kalau kita lihat sesebuah dapur yang lengkap dan sempurna, tiada barang yang diletakkan di atas lantai bukan. Pasti ada rak dan kabinet yang lengkap untuk menyimpan perkakas dapur.
Rak besi empat tingkat tahan kearat ini menjadi buruan ramai peminatnya untuk dijadikan kelengkapan pada ruang dapur. Ia amat sesuai utuk sudut dapur yang agak terhad. Mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.
Saiz produk: Lebar 60cm, Kedalaman 35cm Tinggi 148cm
Mampu menampung berat sehingga 10kg untuk setiap tingkat,
Melihat sentuhan rumah kecil yang terletak di Pasir Mas, Kelantan ini cukup menarik perhatian. Tambahan pula rumah ini dibina sewaktu musim PKP 1, 2 dan 3. Jom kita tengok perkongsian pemilik rumah ini dan apa coretan pemilik ini tetant kediamannya yang dibina bersebelahan sawah padi. Cukup indah pemandangan rumah ini. Kalau anda tak percaya jom IMPIANA kongsikan.
Alhamdulillah siap juga projek pkp 1 2 3 utk rumah rehat sy tengah bendang. Sebenarnya belum siap sepenuhnya lagi utk interior design tengah mencari idea lagi utk design.
Start pembinaan january 2021 dengan keluasan 368 sqft. Plan asal berkonsepkan studio 14×14 kaki dengan 1 ruang dapur kecil 5×8 kaki & 1 bilik air berkeluasan 5×6 kaki.
Keluasan berenda atas kolam 10×10 kaki.
Dalam gambar ni sy dah sediakan plan keseluruhan. Plan lukis je
Menara tinjau atas tu mula nya xde dlm plan, tp rasa macam rugi kalau x buat. Petang2 @ malam boleh santai2 minum teh sambil ditemani bulan dan bintang
Anggaran jumlah keseluruhan dlm rm50k sekali upah x termasuk landskap bunga2. Nanti dh siap deko dalaman sy share lagi ya. Semoga sedikit sebanyak boleh jadi inspirasi utk sahabat2 yg nak buat tiny house.
Lokasi : kg Belukar , Pasir Mas Kelantan
Kredit : Qaseh Canopy
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.