Limau jari, limau paling mahal di dunia, 1 kg boleh cecah lebih RM1k. Pokok limau jari atau lebih dikenali sebagai Finger Lime adalah sejenis pokok sitrus unik berasal dari Australia.
Buahnya kecil, berbentuk silinder panjang seperti jari, dengan isi berbutir kecil yang digelar citrus caviar kerana bentuknya seakan telur ikan. Rasanya masam-masam manis, sesuai untuk hiasan makanan mewah, minuman, atau sebagai perasa eksotik.
Buahnya berbentuk seperti jari panjang bukan sahaja tampil menarik, malah buah ini mengeluarkan bau harum dan sering digunakan sebagai bahan pewangi semula jadi di rumah.
Pokok ini juga menjadi pokok hiasan eksotik yang semakin popular di Malaysia, terutama dalam kalangan penggemar pokok rare dan eksotik.
Kalau anda berminat nak tanam sendiri, ini langkah mudah dan tip penjagaan pokok limau jari:
Boleh tanam melalui biji benih, tetapi ambil masa lebih lama untuk berbuah (3-5 tahun).
Kaedah terbaik adalah beli anak pokok hasil cantuman (grafting) yang lebih cepat matang dan berbuah.
Gunakan campuran tanah gembur seperti:
*Tanah topsoil
*Pasir kasar (untuk saliran baik)
*Kompos organik atau baja tahi ayam reput
Pokok limau jari tidak suka tanah terlalu padat atau bertakung air.
Letakkan pokok di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh minimum 6 jam sehari.
Boleh tanam terus di atas tanah atau dalam pasu besar (minimum 14-18 inci lebar).
Siram sekali sehari waktu pagi, atau dua kali sehari jika cuaca sangat panas.
Pastikan air tidak bertakung dalam pasu untuk elakkan akar busuk.
Gunakan baja sitrus atau NPK 12:12:17 setiap dua minggu.
Tambahkan baja organik seperti kompos atau tahi ayam sebulan sekali untuk suburkan tanah.
Pangkas ranting kecil atau daun berlebihan untuk galakkan pengudaraan dan cahaya sampai ke dalam pokok.
Boleh bentuk pokok jadi lebih rendah dan rimbun supaya senang tuai buah.
Periksa daun selalu untuk pastikan bebas dari serangan kutu daun, semut, atau penyakit kulat.
Sembur racun serangga organik atau air sabun jika perlu.
✅ Letakkan pokok di kawasan panas dan terbuka.
✅ Jangan terlalu kerap siram jika musim hujan.
✅ Baja dengan baja bunga dan buah bila pokok matang.
✅ Gunakan teknik cantuman atau tut jika nak gandakan pokok.
✅ Bersihkan rumput atau lalang sekitar pokok untuk elak serangga perosak.
✔ Buah eksotik, isi berbutir cantik dan digemari chef antarabangsa.
✔ Pokok renek, sesuai tanam dalam pasu atau halaman kecil.
✔ Tinggi nilai komersial jika dijual.
✔ Menjadi tanaman hiasan yang unik di rumah.
Pokok limau jari atau Finger Lime adalah antara pokok sitrus rare yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi memberi pulangan lumayan jika dijaga rapi. Dengan langkah tanam yang betul dan penjagaan konsisten, anda boleh nikmati sendiri hasil buah unik ini di rumah.
Sumber: Afeeq Garden dan Afeeq Garden via Kebun Bandar
Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah
Petua Pantas Hilangkan Bau Durian Di Rumah Dengan Mudah Dan Berkesan!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.