Lelaki Ini Kongsikan Cara Mudah Pemasangan Rumput Tiruan Di Balkoni

Share

Adakah anda mencari idea untuk menghias ruang balkoni seperti sebuah laman? Anda mampu miliki balkoni yang cantik seperti sebuah laman hanya dengan bajet yang rendah. Lelaki ini telah kongsikan bagaimana dia menghias balkoni kediamannya dengan pemasangan rumput tiruan. Hasilnya sangat memuaskan dan indah

Tahukah anda rumput tiruan kini semakin menjadi pilihan ramai. Ia mempunyai beberapa kelebihan buat ruang kediaman anda, antaranya;

  • Ia lebih mudah untuk diselengarakan.
  • Sesuai untuk ruang laman yang kurang pendedahan cahaya matahari.
  • Ianya lebih menjimatkan.
  • Rumput tiruan tahan lebih lama mengikut kualiti dan jenis material.
  • Sentiasa cantik, tidak kotor dan selesa untuk dipijak.

Cara pemasangan rumput tiruan untuk ruang balkoni.
1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.


2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alih dan kosongkan kesemua perabot yang terdapat pada ruangan tersebut.


3. Ukur ruang balkoni anda dengan pita pengukur supaya ukuran yang dibuat lebih tepat. Selain itu, pastikan lantai anda sama rata.


4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Dan potong lebihan rumput tiruan. Sangat mudah anda hanya perlu memotongnya menggunakan pisau pemotong.


5. Setelah mendapat bentangan yang tepat, gunakan gam dunlop untuk melekatkan rumput tiruan pada lantai. Tuang gam dan ratakan gam pada keseluruh ruang lantai. Kemudian hamparkan rumput tiruan tadi.


6. Untuk mencatikkan lagi ruang balkoni anda, letakkan batu putih seperti batu sungai pada sepanjang sudut tepi balkoni.


Mudah kan? Selamat mencuba!

 

IKLAN