Modal RM94 Sudah Boleh Miliki Open Shelves Kabinet Dapur

Share

Ramai yang beranggapan untuk memiliki sebuah kabinet dapur, mereka harus berbelanja lebih sehingga ribuan ringgit. Disebabkan itu, dapur tidak mempunyai sistem storan yang bijak untuk menyimpan segala bahan serta perkakas dapur hingga menyulitkan segala urusan kerja.

Minggu lepas IMPIANA ada menyiarkan bagaimana memiliki counter table di dapur dengan bajet RM550

, kali ini kami akan kongsikan bagaimana anda boleh DIY Open Shelves Kitchen Kabinet dengan modal RM94.

Ia dikongsikan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli di laman facebooknya bagaimana untuk membina sendiri dapur kabinet terbuka dengan bajet yang rendah.

Sebagai permulaan, anda memerlukan:

1) Rak Buku
– RM14.90 x 6 set

2) Steel Angle Brackets (Kedai D.I.Y @ hardware)
– RM3.60 (12 pcs)

3) Paku Dinding (tak pakai drill)
– RM1 (sebungkus)

4) Sedikit tenaga pertukangan

JUMLAH PERBELANJAAN = RM94.00

Cara pemasangan adalah:

a) Setiap rak, diletakkan dua 2 Steel Angle Brackets (atas dan bawah) tepat pada tulang tengah.

b) Tingkat atas tidak perlu diikat, hanya letakkan baki rak buku di atasnya.

c) Setiap rak, diletakkan dua 2 Steel Angle Brackets (atas dan bawah) tepat pada tulang tengah. Tingkat atas tidak perlu diikat. (Pemasangan Steel Angle Brackets di bahagian atas adalah pilihan, nak pasang boleh, tidak mahu pasang pun boleh)

Hasilnya:

IKLAN